MELAWAT MUZIUM TUDM KL  | RMAF MUSEUM

MELAWAT MUZIUM TUDM KL | RMAF MUSEUM

posted in , , , at 6:17 PTG

MUZIUM TUDM SG BESI

Cockpit MB-339AM TUDM - ..boleh ke jadi pilot ni...yang penting belajar rajin...hati kena kering skit la...dan cukup inci

published date : 12 Feb 2012
Mungkin yang tinggal di Kuala Lumpur, menganggap lawatan ke MUZIUM TUDM Sg Besi Kuala Lumpur, sebagai suatu perkara yang biasa je, maklumlah mungkin dah pernah pergi dan selalu pergi.

Namun bagi yang pernah pergi mungkin dah biasa dan tak teruja lagi, tujuan penulis sebenarnya adalah untuk memaparkan secara agak detail tentang apa yang ada dan boleh anda lawati, apabila datang ke muzium ini, terutamanya bagi pelajar-pelajar sekolah rendah yang berada di lain-lain negeri, pastinya masih ada yang tak pernah melawat ke sini, jadi dengan  melebihkan foto-foto yang diambil ini, mereka akan dapat melihatnya...dan bolehlah mengajak cikgu sekolah buat rombongan lawatan ke Kuala Lumpur dan memasukkan lawatan ke muzium TUDM ini sebagai salah satu acara lawatan....pelbagai pameran pesawat lama TUDM boleh dinaiki, betul tak adik-adik.

Kanak-kanak mempunyai impian dan cita-cita, mungkin ada yang bercita-cita nak jadi pilot bila besar, semoga foto-foto ini dapat menambahkan lagi minat adik adik sekalian..apa yang pentng belajar kena rajin, skor markah tinggi-tinggi...insyallah akan berjaya.

melawat muzium tudm
pelawat - mencuba untuk masuk kedalam pesawat  Aermachi  MB-339AM TUDM

Aermachi MB339AM TUDM
Aermachi MB339AM TUDM - merupakan koleksi terbaru muzium TUDM

A4-PTM SKYHAWK TUDM
A4-PTM SKYHAWK TUDM - jenis pesawat pejuang pertama TUDM yang dilengkapi refueling probe

HANGAR MUZIUM_TUDM SUNGAI BESI KL
HANGAR_MUZIUM_TUDM - kawasan hangar muzium TUDM KL

MUZIUM TUDM
COCKPIT MB-339AM TUDM - seronok habis dapat masuk dalam cockpit


Alouette IIIB TUDM - buatan Peranchis, helikopter gunship TUDM yang banyak berjasa dalam melawan insurgency, mula diperkenalkan pada Ogos 1963.


HELIPKOPTER TUDM - barisan jenis jenis helikopter TUDM yang banyak berjasa melatih juruterbang


HELIPKOPTER WESTLAND WASP - Helikopter ini digunakan oleh TLDM, sebelum diganti dengan SUPER LYNX, berperanan sebagai pesawat anti kapal selam

hangar muzium tudm
Bahagian dalam hangar muzium TUDM - antara jenis pesawat di dalam hangar muzium

hangar muzium tudm
Backdrop muzium TUDM - dulu tak ada macam ni...sekarang backdrop cantik dihias dengan informasi pesawat TUDM.

hangar muzium tudm
hangar muzium tudm - lagi koleksi pesawat lama TUDM di dalam hangar muzium

hangar muzium tudm
COCKPIT - bukan senang nak duduk dalam cockpit jet sebenar

clear for take off
clear for take off - peace no war, bro

reading log book
reading log book - and check sistem sebelum terbang...he he

MB-3399AM cockpit
MB-339AM cockpit - ini yang lama cockpit MB-339CM yang baru lebih canggih

F5-E TUDM
F5-E TUDM - pesawat ini bakal menamatkan perkhidmatan sepenuhnya apabila TUDM memiliki pesawat AEW, jenis jet pejuang supersonik yang pertama dalam iventori TUDM. 

Refuel probe
Refuel probe - digunakan semasa mengisi minyak di udara, jet pejuang tak pakai diesel atau petrol yop

melawat muzium tudm
Galeria TUDM - 2 buah bangunan galeria sejarah TUDM untuk dilawati

galeria tudm
Galeria tudm - galeri sejarah TUDM, pameran bergambar disertakan dengan maklumat bertulis

galeria tudm
Galeri sejarah TUDM - pameran bergambar disertakan dengan maklumat bertulis

Akhir kata semoga entry ini dapat menjadi rujukan dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukannya, kesemu foto diambil dengan menggunakan kamera handphone samsung mini galaxy.

MUZIUM TUDM | TUDM MUZIUM | TUDM SG BESI | ROYAL MALAYSIA AIR FORCE MUSEUM |RMAF MB-339AM | MB-339CM |

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

Comments (25)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Untung betul warga KL.. Banyak tempat boleh dilawati pada hujung minggu.

Tak sabar nak bawa keluarga ke muzium TUDM jika berkesempatan. Insyallah..
2 replies · active 475 weeks ago
singgah jgn tak singgah
13-14/02/2016 pihak muzium TUDM akan mengadakan hari terbuka,orang ramai dijemput hadir.
Tentu teruja dapat masuk didalam cockpit kapal sawat pejuang.
My recent post Lempeng pisang untuk minum petang
1 reply · active 683 weeks ago
Nak jadi pilot kena belajar subjek sains terutamanya matematik tambahan dan fizik ... :p
My recent post PESANAN KEPADA KFC MALAYSIA
1 reply · active 683 weeks ago
betul bro capt...agi idup agi ngelaban...teringat pulak pada kanang
Kalau dapat naik hornet dan MIG lagi bagus :D
My recent post PESANAN KEPADA KFC MALAYSIA
1 reply · active 683 weeks ago
HALAMAK yg tu bro..susah la ...kot...melainkan dah lulus dari pultibang3 kot baru dapat greenlight
Kalau ada masa benjy cadangkan melawat mezium Tentera Darat di port dickson :D
My recent post PESANAN KEPADA KFC MALAYSIA
1 reply · active 683 weeks ago
dalam perancangan tu...sebab jauh sikit..tengok masa yang sesuai nanti.
best nyer, saya pon suka tentera nih
My recent post October Sky 1999
1 reply · active 683 weeks ago
aku tau ko suke sebab tu ...aku...bagi backlink tadi muah ha ha...
Hehehe...terbaik bro...aku punya last entri muzium ni masih kantoi lagi sbb gambar agak kureng berkualiti sikit....segan la nk publish....
My recent post Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog
1 reply · active 683 weeks ago
puas juga cari angle...maklum lah kamera handhone je...bro
saya suka melawat tempat2 cam ni tp suami saya tu workahilic tk dapat buat apa lah hehe ..

gambar cantik2 belaka ..
1 reply · active 683 weeks ago
tak sia sia berpanas terik...ambik gambo he he, bee kalau nak pergi sebelah pagi...tengahari...panas terik
memang bagus bawa budak2 tgk semua bahan pameran kat situ, membuka mata dan keinginan diorang nak bina kerjaya jugak
My recent post Justin Bieber Hadiahkan Cincin Berlian Buat Selena Sempena Valentine?
Terbaik bro...satu usaha yang baik bawak family p jalan2 ke Muzium TUDM... boleh tanam sifat sayangkn negara n menanam mnat pada anak2 kepada TUDM.... nice one.... keep it up bro...hehe...
My recent post Malaysian UN Forces in Lebanon
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saya dari Kedah...memang berhajat sangat nak lawat muzium ni...

Bagaimana dengan jadual lawatan? terbuka hari-hari tertentu saja atau bagaimana?

minta penjelasan sikit tentang prosuder lawatan ...boleh :) ?

lokasi?

terima kasih
1 reply · active 637 weeks ago
masa lawatan utk sana...hari apa tutup,
minta maklumat tuan.
pukul berapa buka ni?
great post

Post a new comment

Comments by

share

The last comments for

GOWIND CLASS MENJADI PILIHAN SGPV KEDUA MALAYSIA

jone

Okutandental is a dental clinic that provides various dental services including cosmetic dentistry, ...

February 06, 2023 12:04:55 Jump to

The last comments for

waze aplikasi navigasi android

noisecontrol

Acoustic Panels Solutions Perth...

July 17, 2021 09:05:55 Jump to

The last comments for

MRSS SHIP UNTUK TLDM PART3

Amazing Post! very interesting and useful post........October 12, 2019 01:49:12 Jump to

Great post. Happy to read this post.

June 11, 2019 13:48:06 Jump to

Glad to find this post. Happy to read this post.

December 13, 2018 06:34:54 Jump to