Slot Samarinda Asmaradana Mampukah Tiz Zakiah?
Pelakon Tiz Zakiah, antara pelakon baru berbakat, yang mampu menyerap watak dengan berkesan
DRAMA - Adakah Tiz Zakiah bakal meneruskan fenomenanya di dalam slot samarinda 25 episod drama Asmaradana....itulah yang cuba dikupaskan semuanya terletak pada jalan cerita dan 'watak' yang dipegang oleh Tiz dalam drama ini.Seandainya watak drama yang Tiz lakonkan di dalam drama Asmaradana ini masih ada terbau- bau watak atau sinonim Nur Aminah dalam drama Nur Kasih...sudah ternyatalah Tiz bakal sekali lagi meledakkan fenomena dalam drama lakonannya yang kedua ini...mengapa sebegitu?
Seperti yang telah dinyatakan dalam blog entry yang lepas TIZ ZAQIYAH VS NUR AMINAH watak Nur Aminah telah berjaya memberi impak MAKSIMA yang amat mendalam...kepada warga penonton, dengan penampilan wajah tiz yang 'ala - ala innocent'( penulis tidak bermaksud utk mengatakan tiz tu hipokrit ) yang dimaksudkan di sini adalah expresi wajah beliau seperti di gambar ini....
raut wajah 'innocent look'
Raut wajah 'innocent look' beginilah yang sinonim dengan Nur Aminah yang membuatkan penonton teruja dan bersimpati dengan 'Nur Aminah, ibarat lekapan gam yang amat kuat....INILAH expresi semulajadi Tiz yang membuatkan penonton terpaku..ibarat Tiz dan Nur Aminah itu adalah satu personaliti yang sama. Walaupun watak kali ini mungkin berbeza (penulis juga masih belum mendapat sipnosis drama Asmaradana, ketika menulis entry ini) , namun sekiranya riak-riak expresi WAJAH dan lakonan seperti itu diadakan atau wujud dalam siri drama 25 episod Asmaradana kali ini...ternyatalah, Tiz berjaya mengorak catur karier lakonannyadengan baik ....untuk terus melonjakkan namanya di persada dunia lakonan negara,
samada Tiz sedar atau tidak inilah hakikatnya, KERANA PENONTON MASIH MENDAMBAKAN wajah-wajah Nur Aminah..
Mengapa watak sinonim seperti ini perlu bagi Tiz...semuanya kerana NUR AMINAH..mungkin selepas ini barulah tiz BOLEH berdikit-dikit bergerak ke arah watak yang BERBEDA....oleh yang demikian penonton tidak akan begitu terasa dan dapat menerima...watak-watak seterusnya dengan seadanya, tanpa mengalami KEJUTAN.
Drastik membawa watak 'JAHAT' hanya akan membuat peminat 'NUR AMINAH tersentak...dan impak dari watak ini sudah tentu akan mendatangkan satu lagi fenomena KEBENCIAN. Justeru itu Tiz perlu berhati-hati memilih watak-watak seterusnya. Tiz perlu mula menilai watak-watak seterusnya..SEMOGA BINTANG YANG sedang bergemerlapan ini terus digilap dengan berhati-hati, untuk menerjah lelangit persada seni.
Jangan rebah ketika melangkah dilaluan kejayaan yang sedang terbuka luas dihadapan mata....kerana sejarahnya telah banyak dilihat sebelum ini.
Diantara pelakon muda yang bakal meletup seperti Tiz Zaqiyah ...dimana penulis baru sempat tontoni di dalam drama bersiri TV9 , iaitu drama Londeh, watak seorang anak gadis yang bernama 'K', K ada ciri-ciri 'innocent look' macam Tiz Zaqyah, cuma wataknya dalam drama tersebut teralu biasa DAN tidak dapat menonjolkan,aura 'K' seandainya Tiz tidak MEMEGANG WATAK sebagai Nur Aminah, rasanya 'K' memang sepadan.(penulis belum dapat mengenalpasti nama pelakon tersebut).
Antara lainnya ialah Lyana Jasmay juga bakal meletupkan namanya didalam filem 'NIYANG RAPIK', lakonannya cukup NATURAL dan bersahaja, .......namun Lyana lebih menampakkan ciri-ciri 'natural look' didalam lakonannya. Namun Tiz Zaqyah telah terlebih dahulu berjaya, menemukan lubuk emasnya iaitu
'drama Nur Kasih'...dan .....tak hairan sekiranya trend 'innocent look' ini disertai dengan bakat, bakal menerajui, pelakon-pelakon popular di dalam negara.
Hanya pendapat penulis blog: apaajanews.
watch samarinda, streamshow, online, tv show
Slot | samarinda | Watch Samarinda-asmaradana | lakonan pelakon Tiz Zakiah selepas Nur Kasih | Model Silkygirl | tayangan | TV3 | Nur Aminah | apaajanews | jombuzz | tweet this