Photobucket

Google Kenal Blog Anda Atau Tidak?

posted in at 4:04 PTG


Dimanakah setiap blogpost yang anda poskan berada di dalam enjin carian Google?Google kenal tak nama blog anda? errmm nak juga tahukan, disini serba sedikit asasnya,dari pengalaman penulis, semoga anda semua mendapat serba sedikit ilmu tentangnya.   
Biasalah apabila kita baru mengenali sesuatu, baru baca sesuatu yang baru tentu kita masih kurang ingat, mungkin hari pertama kita jumpa kita ingat, tapi selepas 2..3 hari kita mungkin dah lupa maklumlah yang kita jumpa tu bukan kawan-kawan kita yang pernah kita kenali....lainlah kalau jumpa kawan yang dah lama kita tak jumpa

Begitulah penulis cuba sinonimkan dengan 'blog post' anda dan juga Google.

Jadi bagaimana nak jadikan Google PELAHAP, pelahap ni kalau dikiaskan pada manusia, ialah orang yang tak pernah tolak diberi makan, kalau makan pula macam dah setahun tak makan.

Pertamanya mestilah 'REBRANDING' dulu nama blog anda, bagi Google ni kenal serba sedikit dulu nama blog anda, bagaimana?  Rajin-rajin post artikel, dari situlah google akan kenal dan camkan blog anda...then
barulah dapat branded. Bila dah ada brand name, tak payah nak risau lagi...sememangnya Google akan menjadi pelahap pada setiap blog post anda.

Bila sudah kenal, BARULAH KITA MASUK KE part2 - SEO (coming soon) 
nak tahu google kenal blog anda atau tidak, atau nama blog anda tu dah ada BRAND pada google search engine mudah saja,

Taipkan nama blog anda sahaja tanpa full url, contoh, kalau url/nama blog anda  http://apaajanews.blogspot.com , taipkan hanya 'apaajanews' pada  google search, lihat ada tak tersenarai full URL anda pada carian tersebut, dan dimanakah ia tersenarai.




Adakah adakah nama tersebut berada teratas...sekiranya teratas, adakah nama tersebut merupakan alamat URL blog anda, atau sebuah nama yang sinonim tetapi ianya blog ataupun website orang lain?


Anda boleh pergi try test dulu...saya akan bersambung lagi pada next entry.

nota: ada eloknya para blogger, yang tak pernah ambil tahu pasal bab SEO (search engine optimization) ambil tahu juga serba sedikit asas tentang tajuk ini. tak susahpun artikel penulis ini hanya bagi gambaran yang mudah.

SEO | asas seo | basic | learn seo | white hat seo | apaajanews | Digg | Yahoo

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share