GOWIND CLASS MENJADI PILIHAN  SGPV KEDUA MALAYSIA

GOWIND CLASS MENJADI PILIHAN SGPV KEDUA MALAYSIA

posted in at 1:52 PTG

Gowind 200

Gowind200, Photo credit to : DCNS


" Sumber pertahanan memberitahu Utusan Malaysia, model baru itu mempunyai reka bentuk halimunan termoden yang setanding dengan keupayaan halimunan kapal friget kelas Delta milik Singapura yang diiktiraf selaku kapal perang tercanggih di rantau ini selain, memiliki kemampuan tempur tiga dimensi yang mantap."



GOWIND LPV CLASS
Gowind - LPV Class
Umum telah ketahui melalui projek NGPV yang lalu, negara telahpun berjaya membina sendiri kapal perang, kategori corvettes berdasarkan design Meko100, kini projek kedua yang dipanggil SGPV bakal disambung dengan pembinaan sebanyak 6 buah lagi dan telah dinyatakan projek ini akan menghasilkan kapal yang lebih besar dari NGPV yang terdahulu.
Walaupun tidak dinyatakan dengan rasmi jenis model kapal perang canggih yang bakal dibina, jika diamati dari ungkapan diatas dan beberapa gambar contoh Kapal LCS yang dipaparkan dalam majalah perajurit edisi Januari 2011, terdapat sebuah kapal yang bercirikan stealth di dalam artikel tersebut dan antara faktor lain juga pada pameran IMDEX 2009, juga dapat dilihat  syarikat DCNS ada menawarkan kapal stealth generasi baru kepada negara-negara asia yang berminat, lihat contoh gambar di atas:

antara konsep Gowind class OPV L'Adroit


GOWIND CLASS 200
Gowind class 200

Kapal Kelas Gowind buatan DCNS iaitu syarikat perkapalan sama yang membina kapal selam pertama negara. Selain dibina dengan aplikasi teknologi halimunan, Kapal Gowind yang sepanjang 105 meter juga mampu membawa 16 peluru berpandu pertahanan udara jarak sederhana (50 kilometer) sama ada Aster 15 atau Mica RF; lapan peluru berpandu antikapal (Exocet, Harpoon atau RBS-15 MK.3) serta torpedo.

video- Gowind Classs

Ianya adalah kategori kapal 'stealth' design jika dibandingkan dengan kapal-kapal projek DELTA Singapura yang mengambil kriteria rekabentuk kapal 'La Fayette' didalam membina kapal perang, iaitu dari Kelas Formidable' yang dimilik sebanyak 6 buah kesemuanya.

Kapal -kapal ini mempunyai kadar deteksi radar yang sangat rendah(RCS) , berdasarkan rekabentuknya yang mampu membalikkan signal deteksi radar ke arah yang lain dan bukannya ke arah kapal. Berpemukaan rata dan penggunaan cat yang berupaya untuk menyerap signal-signal penjejakan radar, menjadikan ianya bersifat stealth.

Kapal kategori LCS ( littoral combat ship), ini bakal membolehkan ianya beroperasi di perairan cetek dan juga dilaut dalam dalam tempoh jangka masa yang panjang , tanpa perlu diservis dan berkelajuan tinggi, antara 27 - 28 knot.


Formidable class - RSS Steadfast

Langkah memproduksikan kapal-kapal  berteknologi tinggi ini adalah langkah yang sangat tepat memandangkan teknologi dunia yang semakin maju dan memberi manfaat kepada industri perkapalan tempatan dalam menguasai kepakaran dalam pembuatan kapal- kapal perang moden dan canggih, sesuai dengan peredaran masa.

nota penulis: lega bila mendengar bahawa kapal ini nanti tidak berkonsepkan ' fitted but not with'.Harapan penulis, at least ASTER 30, digunakan sebagai persenjataan SAM, atau lain-lain tetapi mempunyai jangkauan yang sama dengannya.

kapal stealth Formidable class - Singapura

sumber rujukan:
"TLDM bakal guna kapal tempur lebih canggih
LABIS 23 Jan. - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak akan menggunakan kapal Meko A-100 yang menjadi asas kepada Kapal Ronda Generasi Baru (NGPV) untuk membangunkan skuadron Kapal Tempur Pesisir (LCS) sebaliknya, ia menggunakan model baru yang lebih canggih. Sumber pertahanan memberitahu Utusan Malaysia, model baru itu mempunyai reka bentuk halimunan termoden yang setanding dengan keupayaan halimunan kapal friget kelas Delta milik Singapura yang diiktiraf selaku kapal perang tercanggih di rantau ini selain, memiliki kemampuan tempur tiga dimensi yang mantap. Jelasnya, pembinaan LCS daripada model baru tersebut juga akan membolehkan negara menguasai pembuatan kapal perang termoden sekali gus, memenuhi tuntutan pertahanan abad ke-21 yang menekankan kepada ciri-ciri halimunan kerana kerajaan bukan sahaja membeli kapal tersebut tetapi teknologinya sekali." petikan dari Utusan Malaysia 

Anda juga mungkin ingin membaca entry yang berkaitan dengan artikel ini :

    TERKINI/UPDATES:

    image - kredit DCNS

    17 oct 11
    The French group hopes to export its ships in the family "Gowind" for maritime surveillance.
    The French naval construction company DCNS is preferred to provide corvettes to Malaysia as part of a call for tenders for 24 copies, said Tuesday the financial daily Les Echos. "We received a letter of intent about a month ago, and since we are in advanced talks," he told the newspaper near the public group.

    The Malaysian authorities, which require local assembly and transfer of technology, did not retain the other hand the German TKMS and Dutch Damen also candidates for this tender, specify Les Echos. The case could be completed by the end of the year, they added.

    The building belongs to the family DCNS "Gowind" for missions "surveillance zone, the fight against piracy and terrorism, enforcement, fight against drug trafficking, environmental protection, humanitarian , search and rescue, maritime security, "said the DCNS on its website. These include corvettes able to deploy a helicopter or a drone.


    NOTA: kemungkinan  dcns dan damen bakal bersaing sengit dengan produk kapal masing-masing, tak sabar menantikan lima11, 

    LIMA 2011 UPDATE: GOWIND BAKAL TERPILIH:
    - TLDM bakal menerima 6 buah kapal versi gowind, perjanjian bakal dimuktamadkan menjelang Januari 2012
    kapal dengan beratnya 2,400 tan, panjang 100 meter (330 kaki) berkemampuan untuk menerima pendaratan helikopter EC275 Cougar.Teknologi Halimunan kini dalam TLDM.

    Jenis persenjataan masih belum diputuskan.

    lePoint

    Tag: | NGPV/SGPV Stealth | Kapal Perang Terbaru TLDM | Gowind MalaysiaKapal Perang Canggih Termoden  halimunan | Bulgaria Gowind Class 200  |  Naval Gowind Corvettesapaajanews |


    lima2013

    About Author

    apaajanews

    Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

    Comments (19)

    Loading... Logging you in...
    • Logged in as
    well done malaysia
    meet_the _zonan's avatar

    meet_the _zonan · 738 weeks ago

    the ship should be fitted with aster 15 and 30, goalkeeper or phalax and harpoon missile.
    1 reply · active 738 weeks ago
    terimakasih zonan diatas komen anda, rasanya untuk CIWS - Oerlikon Millennium 35mm is the best option
    Satu lagi project rasuah besar...
    3 replies · active 694 weeks ago
    saudara/saudari avcutie, tujuan saya menulis artikel ini adalah bertujuan untuk memberi informasi tentang perkembangan khususnya TLDM, dan dapat memperbincangkannya secara positif bukan bertujuan politik, memandangkan blog saya bukanlah blog politik, bagi saya perkembangan teknologi yang cuba dibawa demi untuk membolehkan peralatan pertahanan dibuat sendiri di dalam negara oleh anak-anak tempatan amat saya sokong 100 peratus. Bukan bidang saya untuk menentukan rasuah atau tidak. saya amat menggalakkan pengunjung yang datang memberi komen secara positif di blog saya. terima kasih diatas komen anda
    semua benda ko cakap rasuah, bila malaysia nak maju
    betul cakap admin,napa ko ni bodoh sangat???boleh tak ko baca betul2 diatas ada tak tertulis RASUAH?ko jangan campur adukan politik sempit ko dengan pertahanan negara.kalau bodoh bertanya jangan jadi bodoh sorang2
    Jikalau dilihat daripada semua sudut, kapal Gowind adalah jenis korvet besar/frigat ringan bukannya jenis LCS. Nama LCS cuma ibarat ajinomoto, sebagai penambah perisa. Saya sokong kalau TLDM nak beli Gowind, tetapi TLDM dan kerajaan perlu menjawab dulu pembaziran dalam program kapal peronda Kedah.
    1 reply · active 695 weeks ago
    Apa yang sama maksudkan pembaziran di sini bukanlah merujuk kepada duit yang dibayar untuk 'blue print' dan pemindahan teknologi bagi membina kapal Kedah. Dalam soal ini, jumlah duit yang dibayar adalah berbaloi bagi memastikan kita dapat membina kapal perang sendiri suatu hari nanti. Tetapi apa yang saya katakan sebagai pembaziran adalah perancangan jangka masa panjang. Saya bagi contoh, dahulu kita sanggup berhabis duit untuk membeli kapal Lekiu dan kita juga ada memasang cita-cita untuk membina sendiri kapal Lekiu di Labuan. Setelah siap, kita dapati bahawa kita tidak mampu untuk membayar pemindahan teknologi dan 'blue print' Lekiu. Akibatnya projek berbilion ringgit 'tersangkut' di situ sahaja. Apa yang terjadi adalah kita cuma ada 2 buah frigat kecil. Setelah beberapa tahun, TLDM hilang minat untuk sambung projek Lekiu kerana terdapat rekaan kapal kelas lain yang lebih canggih berbanding Lekiu, oleh itu, penerusan projek Lekiu TLDM dianggap tidak ekonomikal. Akibatnya kita cuma ada 2 buah frigat kecil, yang sudah tentu jumlahnya tidak mencukupi. Bagi menampung kekurangan aset, maka salah satu sebab mengapa LCS diwujudkan ialah untuk menggantikan program Lekiu untuk tempoh 5-15 tahun akan datang dan suatu program frigat lain akan diwujudkan selepas tempoh itu (Ada laporan mengatakan Malaysia mungkin akan menyertai program Global Corvette/Advanced Frigate British). Daripada sudut ini, pembelian Lekiu tidak mencerminkan perancangan jangka panjang kerana terbantut di tengah jalan, dan masalahnya ialah kita terpaksa mengoperasikan beberapa jenis 'hull' yang berbeza walhal sepatutnya boleh berkongsi rekabentuk yang sama.

    Saya rasa kita akan berdepan dengan masalah yang sama bagi kapal kelas Kedah. Setelah membayar berbilion ringgit, aspirasi 27 buah kapal (dikurangkan kepada 18 kapal sekarang) mungkin tidak terlaksana lantaran kos yang tinggi. Jika kita menunggu lama lagi bagi mencapai matlamat 18 buah kapal, 'design' Meko-a100 sedia ada mungkin akan tampak kurang 'menarik' selepas 15 tahun. Contohnya jika kita tiada peruntukan untuk membina lagi Kedah untuk tempoh 15 tahun akan datang, dan selepas 15 tahun iaitu 2025-2026 baru kita boleh tambah Kedah, 'design' yang suatu masa dahulu dianggap canggih akan dianggap 'usang' dengan lambakan 'design' baru di pasaran. Justifikasi ini yang menyebabkan program Lekiu musnah, walaupun kita sekarang berkemampuan daripada segi kewangan untuk membeli 'design' Lekiu dan seterusnya membina di sini, tetapi atas faktor lambakan 'design' yang lebih canggih, kita liat untuk meneruskan program Lekiu. Apa yang saya bimbang adalah Kedah akan mengalami nasib yang sama dengan Lekiu dan kita akan sekali lagi membeli 'design' kapal baru yang lebih canggih, sekaligus menambahkan lagi jenis 'hull' sedia ada dan merumitkan lagi logistik.

    Oleh itu, saya berpendapat program Kedah adalah membazir, bukannya merujuk kepada pemindahan teknologinya, tetapi lebih kepada pilihan Meko-A100 sebagai pemenang. Dengan program SGPV-LCS sendiri kita akan mendapat pemindahan teknologi dan 'design' yang lebih canggih berbanding Meko, maka dimana rasional Meko terpilih dahulu? Sekiranya kita berpegang kepada objektif asal NGPV iaitu 27 buah kapal peronda dan memilih 'design' yang lebih ekonomikal seperti daripada Korea, Australia bahkan Belanda, itu sahaja sudah memadai. Dengan NGPV ekonomikal kita boleh mendapat kapal berkuantiti dan dengan SGPV kita boleh mendapat kapal berkualiti. Dengan kualiti dan kuantiti yang mencukupi barulah TLDM dapat menjalankan tugas dengan sempurna.

    Dengan harga sebuah kapal peronda Kedah setanding dengan harga kapal perang korvet, ditambah lagi dengan keperluan pembelian aset-aset lain seperti MRCA, MPSS, AEW, AFV, SAM, nasib program NGPV saya rasa sudah hampir pasti menemui nasib yang sama seperti program Lekiu. Oleh itu, untuk memastikan program Kedah tidak berakhir, maka kita seharusnya meneruskan pembinaan kapal daripada design Meko A100. Mungkin 'design' ini mempunyai beberapa kelemahan, tetapi siapa boleh jamin kapal Gowind tidak akan mempunyai masalah? Belajar daripada kesilapan dan memperbaiki kelemahan 'design' adalah lebih bijak daripada membeli 'design' baru yang belum pasti akan menyelesaikan masalah.
    4 replies · active 637 weeks ago
    apaajanews's avatar

    apaajanews · 694 weeks ago

    rasanya projek meko untuk ngpv dteruskan juga, cuma versi gowind is a second project kot..truly for navy. APMM juga sedang momohon kapal ronda baru?mungkin meko versi 'not fitted with' is for apmm
    apaajanews's avatar

    apaajanews · 694 weeks ago

    tambah sikit ye old timer,
    mungkin atas kesedaran bahawa meko tidak relevan in future...langkah awal diambil bagi meneroka konsep gowind as a future standard untuk TLDM, rasanya ianya langkah yang bijak jika navy explore konsep ini bermula dari sekarang...memandangkan france juga telah mula menguji kapal ini...at least kita sejajar dengan perkembangan teknologi
    anak johor's avatar

    anak johor · 640 weeks ago

    apelah ko melalut ni ..? MEKO tu kita beli ternologinya tahun 90an,... gowind pula tahun 2012...= 20 tahun punya masa memanglah lain teknologinya bro....hahahaha
    Hujah yang langsung tidak relevan dan merepek. Pesawat Su-27 dibina pada tahun 80-an, Su-30 tahun 90-an, Eurofighter Typhoon dibina awal 90-an, kereta kebal Leopard dibina lewat 70-an, Kereta kebal Abrams awal 80-an, karbin M4 awal 90-an, dan banyak lagi peralatan perang/senjata yang dibina pada tahun 80-an dan 90-an. Apa masalahnya?

    Frigat type 23 dibina dari lewat 80-an hingga awal 2000, tiada masalah pun. Frigat La Fayette mula direka menggunakan teknologi tahun 80-an, ada masalah? Semua teknologi ini boleh dinaiktaraf. Takkan kita nak tolak Su-30MKM semata-mata Su-30 diperkenalkan tahun 90-an, kerana setelah dinaiktaraf, jauh bezanya Su-30 asal dengan Su-30MKM. Takkan kita tolak M4 semata-mata asalnya M16 yg digunakan semasa perang Vietnam, sedangkan jauh bezanya M16 dulu dengan M4 sekarang. Takkanlah kita nak samakan Eurofighter tahun 90-an dengan Eurofighter sekarang? Atau F-18 C/D tahun 80-an dulu dengan F-18 E/F sekarang? Tentulah lain.

    RSS Formidable berasal daripada reka bentuk frigat La Fayette, tetapi setelah diubahsuai sedikit reka bentuknya dan diletakkan deria dan senjata moden, sekarang frigat Formidable diakui sebagai frigat paling canggih di rantau Asean. Reka bentuk Meko sendiri boleh diubahsuai/dimajukan lagi supaya seiring dengan perkembangan teknologi. Syarikat Blohm+Voss sendiri ada mengemukakan teknologi MEKO baru, iaitu MEKO CLS yang setanding dengan Gowind.
    sama macam dulu kita nak membina kereta nasional, banyak duit dilaburkan untuk belajar membuat kereta sendiri walaupun bukan 100% local made tapi sekarang proton sudah maju ke hadapan hingga menghasilkan enjim sendiri maka samalah macam projek MEKO-100 adalah industri baru bagi negara kita untuk belajar membuat kapalperang sendiri berdasarkan blueprint yang dibeli sudah tertentu ditiru bulat-bulat. tapi apabila sudah mahir maka setiap kelemahan meko-100 akan dibaiki inilah dikatakan proses pembelajaran malah projek meko-100 tidak terhenti begitu saja ia akan dibina mengikut apa yang diminta oleh navy kerana kekurangan aset kapal perang manakala gowind kelas akan digandingkan dengan kapal selam (kapal perang tiga dimensi total untuk berperang). ia juga sebagai langkah baru untuk menghasil kapal sendiri tanpa bergantung kepada negara lain. maka saya ia bukanlah satu pembaziran.
    3 replies · active 691 weeks ago
    Seperti yang saya nyatakan, bukanlah pemindahan teknologi yang saya pertikaikan, tetapi lebih kepada 'design' Meko. Saudara/i memberikan anologi tentang pemindahan teknologi Proton. Izinkan saya berikan contoh yang lebih jelas. Suatu masa dulu, Proton membuat perjanjian dengan Mitsubishi untuk membina kereta nasional. Saudara/i ibaratkannya dengan PSC dan GNG. Hakikatnya, perjanjian itu sebenarnya lebih menyerupai Proton dan Mercedes-Benz. Jika kita dulu memilih untuk membuat kereta Mercedes, yang mana kebanyakan daripada kita tidak mampu memilikinya (Saya masih ingat ketika era akhir 80-an dan era 90-an, sesiapa yang mampu membeli Mercedes ketika itu dianggap golongan kaya). Ditambah pula dengan pemindahan teknologi, harga Mercedes buatan Proton sudah tentu melambung tinggi, mungkin hanya jutawan sahaja yang mampu memilikinya. Setelah 10 tahun misalannya, Proton sekali lagi membuat perjanjian, kali ini dengan Ferrari. Projek kali ini berjaya kerana golongon sasaran adalah orang berada/anak raja. Persoalan saya, apa guna Mercedes dahulu? Katakan sasaran jualan asal adalah 30 ribu, bagaimana projek ini boleh berjaya padahal rata-rata kebanyakan orang tidak mampu membeli sebuah Mercedes. Jika kita membuat perjanjian dengan Mitsubishi, untuk membina kereta mampu milik, sasaran 30 ribu mungkin tercapai.

    Inilah realitinya. Design Meko-A100 lebih layak dianalogikan sebagai Mercedes, bukannya Mitsubishi dan Gowind sebagai Ferrari. Apa yang saya maksudkan sebagai membazir adalah kenapa kita tidak membuat kerjasama dengan Mitsubishi contohnya, tetapi kita lebih suka membuat kerjasama dengan Mercedes. Jika kita sememangnya bermaksud ingin menghasilkan kereta mewah, maka Mercedes mungkin adalah pilihan yang tepat. Tetapi, bagaimana untuk menghasilkan kereta mampu milik dengan 'design' kereta mewah? Bagaimana untuk mencapai sasaran 30 ribu sedangkan kita tahu kebanyakan kita tidak mampu memilikinya? Samalah juga dengan program NGPV. Mengapa kita memilih 'design' Meko sedangkan banyak lagi 'design' yang lebih ekonomikal serta turut menawarkan pemindahan teknologi? Bukannya Britain tidak menawarkan pemindahan teknologi, bukannya Korea lokek pemindahan teknologi, dan bukannya Australia bakhil pemindahan teknologi.

    Menjawab soalan saya mengapa walaupun mahal, kita masih memilih Meko, adalah kerana 'design' Meko adalah serba boleh dengan konsep modular. Maka keperluan asalnya adalah 27, sekarang ditukarkan kepada 18. Mengapa 18? Kerana 6 buah kapal peronda khas, 6 buah kapal anti-kapal selam, dan 6 buah kapal pertahanan udara. Keperluan 27 buah kapal digugurkan sama sekali sebaliknya diganti dengan kapal spesifik. Jadi dimana kedudukan SGPV-LCS? Saya melihat program SGPV sebagai suatu program terasing daripada NGPV asal. Saya berpendapat sedemikian kerana tiada kesinambungan antara SGPV dan NGPV kecuali kontraktor utama (Boustead). Rekabentuk 'hull', persenjataan, subsistem kapal dan mungkin sensor serta sistem pengurusan perang (combat management system, CMS) adalah berlainan sama sekali daripada Kedah. Oleh sebab spesikasi lengkap kapal LCS belum dimuktamadkan, saya meletakkan sensor dan CMS dalam kategori mungkin, tetapi jika DCNS tetap berdegil, alamatnya sensor dan CMS yang digunakan pasti tidak sama dengan Kedah. Justeru itu, saya berpendapat NGPV dan SGPV adalah program berlainan. Maka timbul persoalan, kenapa istilah SGPV dilekatkan pada LCS? Adakah istilah LCS sahaja tidak mencukupi dan mencerminkan aspirasi TLDM? Tidak, istilah SGPV pada pendapat saya adalah tidak tepat (istilah LCS dalam konteks ini juga saya rasa tidak tepat, tetapi saya tidak ingin mengulas dalam komen ini), kerana kapal yang dibangunkan adalah jenis tempur luar pesisir dan bukannya jenis peronda. Persoalan yang timbul, mengapa kita hendak letak juga nama SGPV? Jawapannya ialah saya tidak tahu. Apa yang saya bimbangkan adalah NGPV asal sudah terkubur, dan bagi mengelabui perkara ini, iaitu bagi menonjolkan seolah-olah NGPV dahulu masih hidup, nama SGPV dilekatkan pada program LCS. Maka jika ditanya, adakah program NGPV berjaya mencapai matlamatnya, maka mereka akan menjawab program tersebut berjaya dengan 6 buah kapal Kedah, 6 buah LCS dan 6 lagi kapal TGPV, walhal Meko dan Gowind adalah kapal yang berbeza.
    Berbalik kepada soalan tuan blogger, adakah kita akan meneruskan baki kapal anti-kapal selam dan kapal pertahanan udara dengan 'design' Meko? Jawapannya adalah mengapa kita perlu menggunakan 'design' Meko sedangkan kita sudah ada 'design' Gowind? Adakah kita akan meneruskan program kapal peronda NGPV Meko, jawapannya mungkin tidak, kerana seperti yang saya katakan tadi, keperluan 27 buah kapal telah digugurkan sama sekali, dan digantikan dengan kapal khusus (peronda, anti-kapal selam dan pertahan udara). Walaupun terdapat desas-desus 'design' Meko akan digunakan untuk APMM, saya percaya ini lebih kepada khabar angin yang bertiup ekoran kenyataan APMM yang mahukan kapal peronda yang lebih besar. Walaupun boleh dilakukan, saya rasa tidak wajar kapal APMM dibangunkan daripada 'design' Meko, kerana 'design' Meko adalah dibangunkan mengikut piawaian ketenteraan, maka kapal terhasil adalah lebih mahal. Meskipun perkakasan kapal peronda APMM lebih murah, kerana tidak memerlukan keupayaan tempur 3 dimensi dan menggunakan spesifikasi awam, sekaligus menjadikannya lebih murah daripada NGPV TLDM, bukankah lebih logik sekiranya kapal APMM dibina mengikuti piawaian awam manakala perkakasnya ('sensor', sistem navigasi, tempur, dll) dibina mengikut spesifikasi ketenteraan. Apabila berlaku darurat perang, kapal APMM sebegini yang diserap masuk ke dalam TLDM lebih bersedia untuk berperang, berbanding kapal yang luaran sahaja seperti kapal perang, tetapi perkakasnya ibarat kapal milik awam.

    Jika kita memilih 'design' yang lebih ekonomikal bagi program NGPV, kita boleh mencapai dua perkara. Pertamanya pemindahan teknologi, kerana semua pembida dalam program NGPV menawarkan pemindahan teknologi (ianya adalah syarat utama untuk membida). Jadi tidak timbul isu kita tidak mampu membina kapal sendiri. Kedua adalah mencapai objektif ketenteraan (military), iaitu 27 buah kapal. Walau bagaimana canggih pun sesebuah kapal, akan ada batasan kemampuannya. Jika kita terlalu mementingkan kecanggihan aset, akhirnya kita tidak mampu memiliki aset mencukupi. Kita kebal pada satu bahagian, tetapi rompong pada bahagian lain. Kelemahan sebegini boleh dieksploitasi oleh musuh. Inilah yang sama maksudkan dulu dengan hanya kualiti dan kuantiti yang mencukupi, barulah kita memperoleh pertahanan yang mapan. Gabungan antara LCS canggih (kualiti) dan NGPV ekonomik (kuantiti) pasti akan saling melengkapi antara satu sama lain. Kini kita telah memilih NGPV mahal (sebab kualiti dipilih berbanding kuantiti), mengapa tidak teruskan sahaja? Mercedes adalah kereta mewah, kenapa perlu beralih kepada Ferrari? Meko adalah 'design' canggih, kenapa perlu beralih kepada Gowind? Kenapa Mercedes (kapal canggih) dan Ferrari (kapal canggih) diperlukan serentak, sedangkan Mitsubishi (kapal ekonomikal) dan Mercedes/Ferrari (kapal canggih) sahaja sudah memadai?
    Okutandental is a dental clinic that provides various dental services including cosmetic dentistry, orthodontics, oral surgery, and more. It's possible thatTeeth Turkey <a/>is a dental product or service provided by Okutandental to help people improve their teeth health.

    Post a new comment

    Comments by

    share

    The last comments for

    GOWIND CLASS MENJADI PILIHAN SGPV KEDUA MALAYSIA

    jone

    Okutandental is a dental clinic that provides various dental services including cosmetic dentistry, ...

    February 06, 2023 12:04:55 Jump to

    The last comments for

    waze aplikasi navigasi android

    noisecontrol

    Acoustic Panels Solutions Perth...

    July 17, 2021 09:05:55 Jump to

    The last comments for

    MRSS SHIP UNTUK TLDM PART3

    Amazing Post! very interesting and useful post........October 12, 2019 01:49:12 Jump to

    Great post. Happy to read this post.

    June 11, 2019 13:48:06 Jump to

    Glad to find this post. Happy to read this post.

    December 13, 2018 06:34:54 Jump to