NURI  Terhempas dan Al Kisah Jimat Wang Rakyat

NURI Terhempas dan Al Kisah Jimat Wang Rakyat

posted in , at 11:56 PG

Helikopter NURI TUDM

Helikopter NURI TUDM, SIKORSKY S61A-4 sampai bila perlu tunggu penggantiannya- photo credit to:lamandihati

Terhempas lagikah, helikopter NURI milik TUDM, atau nama sebenarnya di dalam surat beranak ialah SIKORSKY S61A-4 buatan Amerika Syarikat keluaran syarikat SIKORSKY, dan mula diperolehi oleh TUDM lewat tahun 60an dahulu, jadi nak salahkan TUDM kah?....atau krew engineering, tak mungkin kot, sebab kualiti kerja mereka memang bagus...

Sememanganya yang patut dimarah ialah KEPADA MULUT-MULUT YANG SELALU SEBUT 'BAZIR WANG RAKYAT bila nak beli peralatan pertahanan' Jadinya berbalik pada bazir wang rakyat, kenelah kita jimat, selagi boleh pakai kita pakailah sampai terhempas semuanya nanti barulah kita fikir samada nak beli yang baru ataupun tidak, kalau dirasakan masih dalam kategori membazir...tak payahlah ada
helikopter baru.

Jadinya kita tengok pula scrap yang terhempas ni, boleh tak tolong cari mana-mana part yang masih boleh dipakai semula, boleh juga buat spare part pada lain-lain NURI YANG MASIH BERKHIDMAT, jimat lagi wang rakyat...betul tak?

gambar hiasan semata-mata
Berbalik pula pada jimat wang rakyat, nak diikutkan dah banyak juga NURI terhempas...cuba tengok-tengok sikit...mana-mana yang dah tak boleh digunakan semula tu ...eloklah kita jual timbang kati..cuba pergi tanya di kedai besi buruk...boleh jual ke tak...kalau boleh, baguslah, dapat sekilo RM60...atau RM70 duit juga ...boleh disimpan dalam tabung dikumpul-kumpulkan untuk beli helikopter baru nanti....jimat lagi wang rakyat.

Jadi bila ada belanjawan baru dan nampak 'wishlist TUDM' JUST CAKAP ,'nanti bazir wang rakyat' tangguh lagi dan tangguh lagi, dah RMK yang keberapa dah ni...akhirnya berbukit-bukitlah keperluan pertahanan  yang telah ditangguhkan-tangguhkan...jimat lagi wang rakyat betul tak dan akhirnya jadilah TUDM macam ni bila NEGARA menghadapi darurat....


gambar hiasan semata-mata

Jadi tanyalah seorang anak kecil kepada ayahnya..ayah kenapa askar tu tak terbang...maka jawab si ayah 'nak jimat  wang rakyat'.
'Ada orang mati ke ayah?....' , tanya si anak kecil lagi, setelah terbaca berita helikopter terhempas, jawab si ayah 'tak payah ambil tahu ..sebabnya bukan ada kena mengena dengan kita...lagipun ayah bukan tentera'.

Jawab si anak " ..oooo macam tu.

" Bengang, bila setiap kali pembelian peralatan pertahanan dijadikan bahan politik". Sedangkan pembangunan pertahanan negara dan peralatannya sememangnya telah dirancang sejak sekian lama dan terlalu banyak yang telah ditangguhkan.

Fikir-fkirkan ye dibawah ini:

"another way to think about military procurement, as a kind of insurance. let me give you an anology..

If u have a car do you insured it?
why do you insured it ? Are you sure that one day you will 
need it ?

If you are not sure, then why insured you car as you are just wasting your money for something that you are not sure of.."

LIMA 2011 UPDATES: 
Helikopter TUDM jenis EC725 Cougar yang pertama bakal diuji terbang, total 12 buah.

Helikopter NURI bakal diupgarde ke versi S-61T
('T' mungkin bermaksud mengikut standard versi TRITON) - apaajanews

NURI | Helikopter NURI Terhempas | mendarat cemas | TUDM | LIMA2011 | SIKORSKY S61A-4 | apaajanews

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

Comments (13)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Cadangan saya kita perlu seragamkan helikopter TD, TLDM dan TUDM, MMEA dan PDRM supaya gunakan helikopter jenis yang sama. Boleh kurangkan beban logistik.

Contohnya gunakan Eurocopter Panther/Dauphin untuk helikopter sederhana ringan. TD untuk anti kereta-kebal/anti-pengganas/komando. TLDM untuk anti kapal-selam/anti kapal . TUDM untuk utiliti/anti-pengganas. MMEA untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR). PDRM untuk komando dan tinjauan udara. Bomba untuk pemantauan kebakaran dan SAR.

Bagi helikopter ringan, boleh gunakan misalannya Eurocopter Fennec untuk operasi tinjauan dan latihan bagi TD, TLDM dan TUDM. Helikopter sederhana berat boleh gunakan Mil Mi-38 yang setanding dengan AW101 Merlin dan EC725 Cougar, yang boleh dipasang dengan enjin Pratt & Whitney dan avionik Barat. Dijangkakan Mi-38 40-50% lebih murah berbanding EC725.

Diharapkan dengan penyeragaman aset helikopter, kita dapat melakukan penjimatan kos operasi, logistik dan latihan. Tambahan pula, sekiranya kita membeli dengan kuantiti yang banyak, sudah tentu pemindahan teknologi (TOT) adalah lebih besar. Saya jangka kita boleh buat perjanjian dengan Eurocopter untuk membina sekurang-kurangnya helikopter ringan seperti Fennec di sini jika kita bersetuju untuk membeli helikopter Panther dengan kuantiti yang banyak.
1 reply · active 697 weeks ago
kalau ikutkan hati saya secara peribadi saya lebih memilih MERLIN, namun faktor kos....
Pilihan kedua adalah EC725 - based on harga dan sistem avionic/sensors
pendapat saya...penyeragaman seperti yang saudara katakan amat saya menyetujuinya...namun kadangkala kepelbagaian aspek tugas dan fungsi operasi menidakkan kebolehan untuk penyeragaman..terutama diperingkat operasi ATM, rasanya Mi38 sekiranya diambil..secara langsung kita telah menidakkan proses penyeragaman itu sendiri, memandangkan kita telahpun memiliki EC725 Cougar versi 'SAR', faktor berat salah satu perkara yang perlu di perkirakan, memandangkan pesawat ini juga bakal beroperasi diatas kapal TLDM
Keluarga COUGAR mempunyai pelbagai variasi berdasarkan keperluan operasi, apa yang boleh untuk penyeragaman ini adalah dengan menambah bilangan kegunaannya versi EC725 versi 'non SAR' kepada lain lain pasukan seperti POLIS,PUTD dan BOMBA
APMM versi SAR/MEDIVAC
TLDM versi NAVAL - sesuai untuk tugas ASW dan juga ASUW.
Sekiranya ini dapat dilakukan, maka rasanya kita mampu untuk menjalinkan MOU, untuk pengeluaran pesawat ini didalam negara, seperti Brazil
Fennec rasanya hanya sesuai untuk latihan, untuk tugasan operasi rasanya terlalu limited, dan secara tak langsungnya apabila operasi tidak dapat dilakukan sepenuhnya, pada hemat saya walaupun ianya murah ...tetapi kita akan dapati ianya membazir kerana tidak mencakupi ruanglingkup keperluan operasi sebenar. Untuk unit anti tank - rasanya ATM lebih berminat kepada helikopter versi armoured....apakata TA/129 buatan Turki
Sememangnya jika kita hendak membuat penyeragaman, akan ada faktor-faktor yang terpaksa dikorbankan. Dalam kes Cougar, memang benar terdapat banyak versi Cougar, tetapi faktor kos menjadikannya pilihan yang kurang menarik pada pandangan saya untuk dipilih sebagai helikopter sederhana berat. Bagi negara seperti Malaysia, kita mungkin mampu untuk membeli sejumlah dozen helikopter untuk kegunaan tentera, tetapi untuk membelinya bagi tujuan seperti bomba dan agensi maritim adalah kurang bijak jika faktor kos dipertimbangkan. Atas sebab itu, saya lebih cenderung ke arah Mi-38. Jabatan Bomba kini menggunakan versi Mi-17 bagi SAR manakala APMM tidak mempunyai helikopter dalam kategori ini. TUDM pula akan mempunyai EC725 tidak lama lagi untuk fungsi CSAR. Saya tidak bermaksud agar kita memperkenalkan Mi-38 sekarang. Sudah tentu ini akan merumitkan lagi logistik. Apa yang saya harapkan adalah alangkah bagusnya sekiranya Bomba tidak membeli Mi-17 dan TUDM tidak membeli EC725 suatu masa dulu, sebaliknya menunggu ketibaan Mi-38 yang baru. Sementara menunggu, tugas SAR Bomba dan tugas utiliti/CSAR TUDM digalas sementara waktu dengan aset lain sedia ada. Sebagai contoh terdapat pelbagai cara untuk mengatasi ketiadaan aset AEWC tetapi inovasi idea dan susunan strategi boleh mengatasi masalah ini seperti penggunaan formasi Flankers bagi meniru fungsi AEWC dan pelbagai lagi. Sudah tentu Su-30 tidak boleh menggantikan sepenuhnya fungsi AEWC, tetapi dengan kekangan kewangan, kita terpaksa akur dan berusaha sedaya upaya untuk menjalankan tugas sebaiknya. Mengenai berat,saya tidak pasti mengenai had bagi kelas Kedah dan Lekiu, tetapi saya rasa Mi-38 boleh mendarat dan berlepas di pad berkenaan, tetapi mungkin tidak boleh membawa muatan penuh. Cadangan saya Mi-38 digunakan untuk kapal MPSS dan Mi-38 versi ASuW dan anti kapal di atas frigat TLDM baru (3500 tan ke atas, mungkin terpaksa tunggu 15-20 tahun akan datang) sama seperti AW101 Merlin British.

Mengenai masalah kekurangan fungsi, memang benar setiap helikopter direka untuk tugas yang spesifik. Oleh itu, kita perlu mencari helikopter yang versatil dan boleh menjalankan fungsi sebaik mungkin dengan tuntutan tugas. Misalannya Super Lynx kepunyaan TLDM bagi fungsi serangan maritim (dengan mesingan dan misil Sea Skua) dan anti kapal selam (ASuW) dengan torpedo. Sekiranya kita hendak menyeragamkan helikopter bagi kategori sederhana ringan, faktor kos sekali lagi menyukarkan Lynx terpilih. Mungkin TLDM dan TD boleh menggunakan Lynx, tetapi bagaimana pula dengan polis, bomba dan APMM? Sedangkan Peronda Pantai AS sendiri keberatan untuk membeli Lynx lantaran kosnya yang tinggi, bagaimana pula kita? Buat masa kini bomba, polis dan APMM menggunakan AW109, AW139 dan AS365 bagi tugas SAR. Pada hemat saya, helikopter AS565/AS365 boleh menggalas kesemua tugas ini. Bagi tugas serangan maritim, AS565 boleh juga dilengkapi dengan mesingan dan misil AS15 (hampir sama dengan Sea Skua). Sekiranya TUDM tidak berpuas hati dengan misil AS15 kerana tidak teruji dalam peperangan atau jumlah peledaknya kecil berbanding Sea Skua, kita boleh membeli Sea Skua, dengan syarat menggantikan radar Agrion dengan radar Selex Seaspray 7000E yang diguna pakai oleh Super Lynx. Kita bukan sahaja boleh mendapat keupayaan senjata yang sama, malah juga sensor yang sama canggih. Bagi fungsi ASuW, AS565 juga boleh dilengkapi sonar celupan dan torpedo. Cuma kekurangannya mungkin pada masa dan radius penerbangan yang kurang sedikit kerana saiz AS565 lebih kecil berbanding Lynx.
Saya berpendapat penambahan helikopter tempur TA-129 ATAK atau AH-2 Rooivalk akan menambah lagi masalah logistik. Oleh itu daripada membeli 6-12 helikopter tempur yang hanya boleh menjalankan fungsi anti kereta kebal (AT), sokongan udara jarak dekat, pemantauan dan intipan sahaja, lebih baik kita beli AS565 yang juga boleh menjalankan fungsi-fungsi ini disamping bonus pemindahan mangsa cedera, utiliti dan serbuan komando. AS565 juga boleh dipasang dengan 2 pod roket seperti Hydra/Cirit atau 4-8 misil AT seperti TOW/HOT/HJ-9, atau 2 pod mesingan 7.6 mm/12.7 mm, atau pod meriam 20mm atau kombinasi antara senjata tersebut. Sememangnya helikopter utiliti tidak akan dapat menggantikan sepenuhnya tugas helikopter tempur, tetapi saya rasa cara ini sudah cukup memadai. Dengan penambahan sensor amaran dan sistem amaran awal, disamping ECM yang mantap, 'survivability' helikopter dapat ditingkatkan. Helikopter tempur lebih baik tetapi dengan kekurangan wang dan aset, saya rasa mungkin ini sahaja pilihan yang kita ada. Tambahan pula, TD sememangnya memerlukan helikopter utiliti sederhana ringan untuk tujuan penyusupan komando dan bekalan logistik kecil-kecilan yang mana helikopter besar seperti EC725 adalah tidak berkesan dan membazir. Oleh itu, AW109 milik sayap TD dan program helikopter tempur TD boleh diganti dengan AS565.

Mengenai AS555 Fennec, memang benar saiz yang kecil menyebabkan ruang lingkup tugas juga mengecil. Tetapi saya bukan bercakap mengenai Fennec sebagai tunjang utama helikopter kita, tetapi sebagai sokongan kepada aset utama yang lain. Contohnya apabila PASKAL menyelamatkan kapal dagang daripadan serangan lanun Somalia, AS555 digerakkan bukan untuk menyusup masuk komando PASKAL, tetapi bertindak sebagai sokongan udara jarak dekat dan tinjauan udara bagi membantu pergerakan PASKAL. Fungsi Fennec tidak terhad sekadar itu sahaja. AS555 juga boleh digunakan bagi membantu kapal perang TLDM mengesan anasir yang tidak diingini dan menyasarkan misil anti-kapal terhadap kapal perang musuh (teknik Over-the-horizon targetting, OHT). Sesetengah pihak menyangka bahawa radar kapal boleh mengesan kapal lain yang berjarak beratus-ratus kilometer. Sebenarnya jarak beratus-ratus itu merujuk kepada jarak pengesanan objek di udara, tetapi kerana bumi melengkung, jarak pengesanan objek di permukaan laut terhad kepada 20-60 km bergantung kepada keupayaan radar dan tinggi radar di atas kapal. Oleh itu, fungsi OHT sangat kritikal dalam peperangan laut. Bagi kegunaan di daratan pula, helikopter kecil mempunyai tempatnya yang tersendiri seperti mana AS menggunakan Bell OH-58 Kiowa dan AH-6 Little Bird. Helikopter kecil seperti AS555 sesuai bagi tugas mengumpul risikan, tinjauan dan menanda sasaran kerana saiz yang kecil menyukarkan aktiviti helikopter dikesan musuh dan lebih mudah untuk berlindung di celah-celah pokok/bangunan. Helikopter Fennec akan bertindak sebagai pemburu dan aset lain seperti helikopter tempur/utiliti boleh bertindak sebagai pemusnah. Kombinasi 'hunter-killer' boleh meningkatkan keberkesanan misi anti kereta kebal. Fennec sendiri juga boleh dilengkapi dengan 4 misil anti-kapal atau 2 pod kecil pelancar roket/ mesingan. Bagi tujuan latihan, Fennec yang lengkap dengan sensor dan lengan pod tidak sesuai bagi latihan asas kerana lebih rumit untuk dikendalikan dan risiko kerosakan peralatan yang mahal akibat tidak cekap menerbangkan helikopter. AS555 sendiri tidak direka bagi tujuan latihan. Oleh itu, saya cadangkan kita guna simulator penerbangan helikopter untuk latihan asas dan untuk latihan lanjutan baru beralih kepada Fennec sedia ada. Oleh itu, kita tidak perlu membeli Fennec khusus untuk tujuan latihan kerana Fennec tempur boleh digunakan.
2 replies · active 692 weeks ago
Ini semua cuma pandangan peribadi dan berbentuk suka-suka sahaja. Bukanlah niat serius untuk menukarkan helikopter-helikopter sedia ada. Harapnya, untuk masa hadapan, apabila polis, atau bomba, atau APMM, atau ATM ingin membeli helikopter baru bagi menggantikan helikopter sedia ada (mungkin selepas 20-30 tahun akan datang), kita boleh membuat penyeragaman helikopter. Kita tidak mempunyai pasaran dalaman yang luas, oleh itu tanpa program penyeragaman, usaha membina helikopter sendiri mungkin tidak tercapai ekoran permintaan yang sedikit, sekaligus menjadikannya tidak berbaloi daripada sudut kos. Mungkin dengan cara ini sahaja kita boleh berdiri sendiri untuk membina helikopter buatan tempatan.
Ralat. Perenggan terakhir..........[ Fennec sendiri juga boleh dilengkapi dengan 4 misil anti-kapal atau 2 pod kecil pelancar roket/ mesingan].

Pembetulan - 4 misil anti-kereta kebal dan bukannya misil anti-kapal.
Saya setuju jugak dengan cadangan bro Old Timer supaya diseragamkan jenis helikopter.... tetapi dari satu segi pula, mungkin tidak dapat dilaksanakan kerana penugasan OPS yang berbeza... mungkin bagi Operasi SAR ianya boleh diseragamkan. kadang2 jugak pembelian yang dibuat tu membazir contohnya APMM or Maritim.. aritu diorang ade beli pesawat bombardier bagi tujuan memadam kebakaran dan orerasi menyelamat di laut tapi sayangnya sekarang ini kesemua pesawat tersebut berjumlah 2 buah berada dalam status grounded kerana tidak dibuat penyelenggaraan....
My recent post Malaysian UN Forces in Lebanon
4 replies · active 675 weeks ago
Dalam kes ini, kita terpaksa berkompromi, atau dengan erti kata lain, salah satu pihak terpaksa mengalah.

Mengenai pesawat Bombardier itu, kadang-kala mereka yang terlibat dalam pembelian aset tidak mempunyai rancangan rapi untuk tempoh masa yang panjang. Satu contoh lagi adalah pembelian Mi-17 oleh pihak polis, tetapi oleh sebab helikopter Mi-17 tidak mempunyai sijil DCA, terpaksa beri kepada agensi bomba. Harap-harap kita akan ambil iktibar pada masa depan
apaajanews's avatar

apaajanews · 677 weeks ago

helikopter EC 725 ada dua versi satu untuk SAR dan satu lagi jenis biasa pengangkutan...since kita dah beli EC725 versi SAR...adalah lebih baik untuk penggantian NURI kita membeli ec725 versi 'transport' ....disini keseragaman dapat dilaksanakan dan memudahkan baikpulih dan logistik.
apaajanews's avatar

apaajanews · 677 weeks ago

mungkin peralihan nuri mengambil masa yang lebih lama lagi...memandangkan versi nuri lama akan diupgrade kepada versi TRITON
Saya mungkin silap dalam perkara ini, tetapi pada pandangan saya, TUDM memang sengaja memilih versi EC725 CSAR, mengikut aliran 'trend' semasa, sama seperti yang dilakukan negara-negara lain. Satu soalan yang perlu difikirkan, mengapa kita memilih CSAR dan bukan utiliti (atau 'transport') bagi program penggantian Nuri? Bagi menjawab soalan ini, kita perlu tanya apa beza EC725 CSAR vs EC725 utiliti, dan apa pula bezanya dengan SAR biasa?

Sebenarnya apa yang membezakan CSAR dan utiliti adalah, seperti yang kita tahu, helikopter CSAR dilengkapi perkakasan untuk SAR, ditambah dengan sistem ECM dan perisai ringan, ditambah pula dengan persenjataan berbentuk 'self defence', maka jadilah sesebuah helikopter itu bersifat CSAR, manakala utiliti kebiasaannya mempunyai ciri 'survival' yang lebih rendah dan persenjataan yang bersifat 'optional'.

CSAR mempunyai kebolehan untuk memasuki medan tempur, menjalankan tugas yang telah ditetapkan, dan keluar dari medan tempur dengan selamat, disebabkan elemen 'survivability' yang tinggi. Inilah sebenarnya kekuatan utama CSAR, iaitu fungsi utamanya tidak semestinya SAR pada medan perang, tetapi boleh dijadikan helikopter utiliti yang tahan lasak, yang boleh membawa muatan seperti askar, senjata, bekalan amunisi, perubatan, makanan dsbg, dengan selamat. Jadi fungsi utama EC725 CSAR TUDM sebenarnya adalah untuk utiliti-'transport' dan misi CSAR sebenarnya dalam kes ini adalah bersifat sekunder. Ini cuma pendapat peribadi saya.

Helikopter utiliti/'transport' yang biasa tidak sesuai untuk menjalankan tugas-tugas sebegini di kawasan risiko tinggi, sekaligus kurang sesuai untuk tujuan mengangkut muatan ke barisan hadapan (front line) medan tempur , walaupun boleh dilakukan, tetapi atas risiko kehilangan helikopter yang lebih tinggi, berbanding jenis CSAR. Tetapi kelebihan helikopter utiliti adalah kemampuannya untuk membawa muatan yang lebih berat atau kapasiti penumpang yang lebih banyak.

Saya rasa TUDM mungkin tidak berminat dengan EC725 utiliti atas faktor 'survivability'. Jika diperhati pembelian aset TUDM, hampir kesemuanya mementingkan aspek kualiti. Walaupun saya kurang setuju, tetapi hujahnya adalah aset berkualiti mampu menandingi kuantiti, dan dengan kuantiti yang kecil tetapi berkualiti tinggi, kos penyelenggaraan adalah lebih rendah. Jadi jika dipilih, saya rasa TUDM lebih berminat untuk tambah koleksi CSAR berbanding utiliti.

Jika dinilai program pembelian helikopter Lynx Wildcat untuk tentera darat dan laut British, maka kita akan lihat sedikit sebanyak persamaan dengan pembelian Cougar CSAR oleh TUDM. Dalam kes Wildcat, helikopter ini mementingkan dua perkara iaitu 'situational awareness', dan 'survivability' dengan sensor elektro-optik dan radar baru ditambah dengan sistem ECM serta perisai modular. Aspek utiliti kurang dititikberatkan dalam kes ini. Tetapi saya setuju dengan pendapat tuan blogger jika kita beli EC725 'transport' selepas ini.
pss... Paruh Bengkok tu tgh onboard atas NGPV ke? hehe
My recent post Malaysian UN Forces in Lebanon
1 reply · active 675 weeks ago
apaajanews's avatar

apaajanews · 675 weeks ago

'situational awareness' - merupakan antara faktor utama yang dititikberatkan oleh pasukan militari di dunia

Post a new comment

Comments by

share

The last comments for

GOWIND CLASS MENJADI PILIHAN SGPV KEDUA MALAYSIA

jone

Okutandental is a dental clinic that provides various dental services including cosmetic dentistry, ...

February 06, 2023 12:04:55 Jump to

The last comments for

waze aplikasi navigasi android

noisecontrol

Acoustic Panels Solutions Perth...

July 17, 2021 09:05:55 Jump to

The last comments for

MRSS SHIP UNTUK TLDM PART3

Amazing Post! very interesting and useful post........October 12, 2019 01:49:12 Jump to

Great post. Happy to read this post.

June 11, 2019 13:48:06 Jump to

Glad to find this post. Happy to read this post.

December 13, 2018 06:34:54 Jump to