Photobucket

SUPERMAN CARI JODOH

posted in at 1:39 PTG


Di hari minggu...yang penuh santai dan kekosongan fikiran ini, penulis duduk termenung dan terdengar nyanyian 2 buah lagu yang penulis rasa seperti pernah didengar...dinyanyikan oleh beberapa orang kanak-kanak..."ermmm lagu apa pula ni?"  tanya hati penulis yang agak ketinggalan dengan dunia muzik zaman kini.

Jadi penulispun bertanya, "dik lagu apa adik nyanyi ni" , lalu jawab salah seorang dari mereka,"Superman Cari Jodoh", lalu mereka berlalu pergi.

"Superman Cari Jodoh", penulis mula menggaru-garukan kepala yang tak gatal!

Jadi dek kelapangan masa yang terluang ni, penulispun terus google di youtube dan akhirnya jumpalah penulis,
oh rupanya kumpulan WALI BAND dengan lagu top mereka 'Cari Jodoh' dan lagu 'Aku Bukan Superman' dari kumpulan band kanak-kanak 'LUCKY' terdiri dari anak-anak Ahmad Dhani, penyanyi top di Indonesia.


kredit:rilham2new
Nampaknya banyak lagu-lagu dari negara jiran Indonesia mendapat sambutan di negara kita, suatu perkara yang tak dapat kita nafikan, MUZIK DAN LAGU ITU UNIVERSAL, jadi kita tak boleh nak halang, telinga (kuping) yang mendengar dan menterjemahkannya sebagai 'sesuatu yang sedap didengar', jadi anggaplah ia sebagai salah satu persaingan yang sihat, hanya dengan persaingan yang sihat sebeginilah akan meningkatkan lagi mutu lagu-lagu hasil karya di dalam negara kita.

Marah pada kemasukan lagu-lagu luar, rasanya kurang sesuai....cuba kita fikirkan sejenak bagaimana lagu-lagu kita era 80an dari kumpulan WINGS dan SEARCH yang meletup-letup di negara jiran.


wali band | lagu cari jodoh | aku bukan superman | apaajanews

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share