MODENAS KRIS MR1

MODENAS KRIS MR1

posted in at 10:11 PTG

MODENAS KRISS MR1

MODENAS KRISS MR1 - sesuai mereka yang memerlukan motosikal untuk berulang alik dari tempat kerja

Tak ada apa yang nak diperkatakan hari ini, agak beku sedkit dua tiga hari ini, namun blog kena juga update ni, jadi teringat pula tentang bookmark penulis tentang motosikal murah mampu milik keluaran Modenas, elok juga penulis jadikan entry memandangkan penulis selalu masukkan entry tentang perkara perkara yang penulis bercadang untuk beli, jadi secara tak langsung penulis tak akan lupa, malah membolehkan penulis membuat rujukan apabila bajet mengizinkan, itul adalah antara antara tujuan berblogging,

MODENAS KRISS MR1
MODENAS KRISS MR1 - lihat bahagian eksoznya

MODENAS KRISS MR1
MODENAS KRISS MR1 - dilihat dari bahagian sisi

Produk Modenas Kriss MR1 ini, rasanya motoskal biasa, tetapi lasak, bukannya dibuat untuk glamour, jika dilihat dari rupabentuk dan spesifikasinya ianya lebih kepada mereka yang hanya memerlukan sebuah motosikal untuk berulang alik ketempat kerja atau sebagainya, dimana rupabentuk bukan menjadi ukuran,

tetapi harga yang murah dan mudah diselenggara, menjadi keutamaan, jadi tak payahlah nak kutuk tentang rupanya. rasanya kalau nak kata tak elok rupanya, ingat tak zaman moto honda kapcai 70 dahulu, rasanya jika di lihat dari rupa bentuk Modenas MR1 ini lagi cantik.

Harganya rm  2,948.00 sahaja, Dengan enjin 100cc, ia dibangun menggunakan kepakaran anak tempatan dengan bantuan teknologi Jepun yang disediakan oleh rakan kongsi Modenas seperti Kawasaki Heavy Industries Ltd. dan Sojitz Corporation dari Jepun. Melengkapi model ini ialah sistem gear rotari serta tangki petrol 4.3 liter yang membolehkan perjalanan sehingga 200km bagi satu tangki penuh.

Bagi MR1, ujian-ujian dipertingkatkan untuk memerhati daya tahan dan prestasinya. Menurut Modenas, ujian ketahanan atas jalan yang biasanya hanya dilakukan untuk 10,000km kini dinaikkan kepada 20,000km. Begitu juga dengan ujian dynometer yang dinaikkan kepada 300 jam dari 200 jam seperti yang dilakukan sebelumnya.


Apakata kalau harganya dapat diturunkan sedikit lagi, supaya angka 3000 tidak membayanginya

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

Comments (28)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
hoho..banyak kacak woo ini motor..
My recent post Osbon dan Boboi. Terbaik..dohh?
1 reply · active 692 weeks ago
Hahaha kekacakan titan dah tercabar dah ... :p
My recent post ADAKAH KITA LEBIH DARIPADA SEMALAM
Bila pihak Modenas hendak mengeluar CC lebih besar?
My recent post Program Perjalanan Selamat 2012
1 reply · active 685 weeks ago
xperlu kot..motosikal basic ni pon boleh membantu mereka yg x berkemampuan :)
My recent post Perkara Menarik Yang Boleh Dilakukan Menggunakan Pendrive
Nampak cam trendy. Tapi bila dipikirkan balik pasal org umah tak suka aku naik motosikal ni, tak bleh la.. Ada nanti motor kena rantai :)
My recent post Program Percuma Untuk WordPress Testing Platform
dulu masa mula-mula kerja, motosikal modenas ni la teman sejati, motor modenas kriss model pertama yg dikeluarkan.
My recent post Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.com
tangki minyak besar, sampai 200km utk 1 tangki penuh, mungkin banyak sambutan, harga pun ok
My recent post 5 Blog 2011 Paling Kerap Dilawati
Betullah reka bentuknya biasa je ... mungkin untuk ulang alik kerja ..
My recent post ADAKAH KITA LEBIH DARIPADA SEMALAM
1 reply · active 685 weeks ago
Benjy sekarang ni pun ulang alik kerja naik motor ... manyak jimattt OOOOoo RM 10.00 untuk 3 hari dan tol free :)
My recent post ADAKAH KITA LEBIH DARIPADA SEMALAM
Rasanya tahun depan ia akan digunakan untuk merempit ni ... kesiannya motor tu akan jadi paksaan rempit xD
My recent post ADAKAH KITA LEBIH DARIPADA SEMALAM
Harga menarik & tangki minyak besar antara faktor menarik yang akan dipertimbangkan oleh bakal pembeli.

My recent post Suzuki Nuda - Masih Kekal Sebagai Konsep Selepas 25 Tahun
mohd faisal's avatar

mohd faisal · 691 weeks ago

saya nak bli satu moto cenggini...apa pendapat kamo semua...
serius murah bagi aku motor ni, rasa mcm nk angkat jer
My recent post Kalender dan Cuti Cuti Umum Malaysia Tahun 2012 | Aktiviti Penutup 2011
Modenas MR1 memang boleh dibangga kan sebab ada sentuhan anak tempatan.

Kalau mereka boleh reka superbike lagi cantik tu.
1 reply · active 689 weeks ago
masri awang's avatar

masri awang · 689 weeks ago

Dah ada di pasaran ker..Nak jugak 1 buahlah.. :)
pehh.. setakat nak bawak pusing bandar dan pergi masjid.. dah berbaloi baloi beli nih.. +- rm3000 tuh tak la mahal mana.. sesuai utk rakyat ..

layan hbo, axn, star world, movies, aljazeeera, discovery, fox movies.. secara percuma tanpa langgan astro di sini.. >> http://liveradio.super-resources.com/
My recent post Penuhi Hak Ibu Bapa dan Taatilah Ibu Bapa
selalunya raga barang separate order
betul, diaorang psg kemudian :)
nak tanye…sy baru nak beli motor modenas jenis MR1 ni…so kalau sy beli cash, slalunya toke kedai akn bg brgn percuma ape ye? hrp dpt membantu..
hehe…br 1st time nk beli moto ;-)
1 reply · active 676 weeks ago
apaajanews's avatar

apaajanews · 676 weeks ago

selalunya ...kena tanyelah tokeh ..tu samada apa yang dia boleh bagi free option...bende ni rasaenya atas budi bicara antara penjual dengan pembeli kot...manelah tau kot kot boleh dapat helmet free satu
tadi sy tanya kat satu kedai di tanah merah, kelantan. harga OTR utk model ni RM3250. ni termasuk raincoat, helmet, raga dsb. berbaloi ke? sy nak beli satu utk gi masjid n beli brg dapur di pasar je.
My recent post Why Do My Pupils Play Truant?
1 reply · active 660 weeks ago
apaajanews's avatar

apaajanews · 660 weeks ago

kalau kita hanya pandang dari segi ekonomikal penggunaan...rasanya inilah motosikal yang praktikal dan ekonomik
saya dah beli satu haha...mmg best la...sama jgak mcam moto2 biasa tp moto ni mmg bajet...
jimat duit....
1 reply · active 660 weeks ago
apaajanews's avatar

apaajanews · 660 weeks ago

yup ....bukannya nak bawa berlumbapun...betul tak
John Brandom's avatar

John Brandom · 465 weeks ago

I am interested in this topic and would like to find out some more information as my friend need information on this topic. Do you have any other articles about this?
http://www.graphicdesigningcoursesinlahore.com/
amazing one post

Post a new comment

Comments by

share

The last comments for

GOWIND CLASS MENJADI PILIHAN SGPV KEDUA MALAYSIA

jone

Okutandental is a dental clinic that provides various dental services including cosmetic dentistry, ...

February 06, 2023 12:04:55 Jump to

The last comments for

waze aplikasi navigasi android

noisecontrol

Acoustic Panels Solutions Perth...

July 17, 2021 09:05:55 Jump to

The last comments for

MRSS SHIP UNTUK TLDM PART3

Amazing Post! very interesting and useful post........October 12, 2019 01:49:12 Jump to

Great post. Happy to read this post.

June 11, 2019 13:48:06 Jump to

Glad to find this post. Happy to read this post.

December 13, 2018 06:34:54 Jump to