Photobucket

BLOG ENGKAU LEMBAB | SITE SPEED | IMAGE SEO

posted in at 9:41 PTG

Entry Wajib dibaca oleh blogger NEWBIE dan mereka yang kurang arif penggunaan imej grafik pada blog.

Jawapan bagi blog lembab. 'Ada aku kesah', sememangnya anda perlu kesah apabila menggunakan imej bersaiz besar dan berat pada blog anda. Ianya hanya akan melambatkan 'loading time' blog anda mengakibatkan pelawat terpaksa menunggu lama dan ianya juga berkebolehan tinggi untuk menyebabkan browser pelawat anda menjadi 'hang'. Sekiranya ini berlaku blog anda mungkin akan dielakkan daripada dilawati oleh sesetengah blogger.

Penggunaan imej berat disamping music background dan gadget aksesori 'nuffnang'  hanya akan menambah beratkan lagi loading time blog anda. Pastikan anda tidak menggunakan aksesori gadjet 'nuffnang' yang dirasakan tidak perlu, yang hanya menambahberatkan lagi blog anda.

berat tapi disukai ramai oleh blogger  kaum hawa

Berbalik pada topik asal, kebiasaannya perkataan 'DPI' akan anda temui semasa menggunakan perisian grafik untuk save fail imej anda. Pada sesetengah perisian akan anda temui option pilihan ini, sesetengahnya tiada, tetapi ianya pasti akan anda temui  semasa menggunakan 'SCANNER'  untuk membuat imbasan sesuatu gambar daripada buku atau majalah.

DEFINASI : DPI (dot per inch) - secara ringkasnya, ia adalah merupakan ukuran kualiti bagi sesuatu imej, lebih besar DPI, bermakna kualiti sesuatu gambar/imej itu lebih baik, terang, dan jelas. dimana, ianya menggambarkan jarak  kedudukan setiap titik warna diantara satu sama lain, semakin rapat kedudukannya, semakin jelas dan baik kualitinya, ini bermakna semakin besar DPI semakin baik kualiti sesuatu imej tersebut. Ianya dapat anda lihat apabila anda 'zoom' sesuatu  imej/gambar grafik, bagi gambar/imej grafik yang berkualiti semakin kita zoom semakin jelas gambarnya(dpi yang besar), bagi imej yang kurang dpinya, semakin di 'zoom'  gambarnya semakin tidak jelas dan menjadi kabur.- (jarak diantara kedudukan titik warna diantara satu sama lain adalah jauh/ tidak rapat).    

Bagi penggunaan  blog contoh save ' PILIHAN MINIMUM DPI YANG TERBAIK BAGI IMEJ UNTUK BLOG ialah 96dpi, sekiranya pilihan lebih rendah daripada ini, contohnya 75dpi kebawah, kemungkinan besar  gambar tersebut akan kelihatan 'BLUR'. Adalah lebih baik memilih option - 96 dpi. Format imej pilihan yang disyorkan ialah format , JPEG atau PNG, jangan sesekali menggunakan format 'BMP','GIF','TIFF'.

lihat format fail dan beza diantara saiznyal

Seboleh bolehnya elakkan dari menggunakan fail yang bersaiz melebihi dari 100kb. Anda juga boleh cuba menggunakan  SMUSH.IT, salah satu kaedah untuk mendapatkan saiz imej yang sesuai digunakan untuk blog anda, smush.it akan memproses gambar anda tanpa perlu anda memperincikan pelbagai hal berkaitan dengan grafik imej, setelah anda upload  dan smush, sila muat turun kembali gambar tersebut ke komputer anda, gunakan imej yang telah dimuat turun tadi untuk di upload ke blog anda. Penulis tidak pasti samada penggunaan smush.it ini mempunyai limitasi, namun anda boleh mencubanya

smush fail anda disini

Penggunaan imej yang mempunyai DPI yang besar kebiasaannya hanya digunakan untuk kerja-kerja percetakan seperti majalah, dimana imej yang terang dan jelas amat diutamakan, dalam kerja-kerja percetakan, minimum imej yang digunakan kebiasaannya adalah seminimum 300dpi bagi setiap satu imej, tidak boleh rendah daripada 300dpi, sekiranya imej bersaiz kurang dari 300dpi digunakan juga untuk percetakan, hasil percetakan hanya akan menghasilkan gambar 'blur' dan tidak jelas. Sebab itulah apabila anda membaca majalah, gambar-gambar didalamnya sangat jelas, dan terang. Namun bagi kegunaan pada blog, memadai bersaiz  96dpi digunakan, kerana faktor 'loading time' perlu diambil sebagai kriteria utama.

Adalah diharapkan dengan serba sedikit penjelasan disini, dapat memberi manfaat kepada anda tentang bagaimana untuk memilih format fail grafik untuk di upload pada blog anda, memandangkan Google kini bakal mempraktikkan 'kadar kelajuan loading web/blog, sebagai salah satu faktor dalam 'GOOGLE RANKING', seperti di blog matt cutss antaranya berbunyi" Google incorporating site speed in search rankings "

Sekiranya anda ingin mengetahui samada ada loading blog anda lembab atau tidak, kini terdapat, berbagai 'addon' yang boleh anda gunakan, seperti YSlow addon firefox, ingatan dari penulis hanya 'on'kan addon ini ketika hanya anda ingin menguji kelajuan loading sesuatu page blog anda, selepas itu sila offkan addon ini, sekiranya ianya tidak dioffkan, setiap blog yang anda buka, addon ini akan berfungsi dan ianya semestinya akan mengganggu kelancaran browsing anda akhir kata , selamat mencuba dan mempraktikkannya.

Pada PART2 nanti akan penulis akan membincangkan, bagaimana konsep 'save for web' untuk anda gunakan dan fahami dengan lebih mudah dan ringkas dan bagaimana untuk save apabila menggunakan perisian grafik profesional seperti  'Photoshop' dan perkara yang selalu BLOGGER tidak ambil peduli ketika menggunakannya tetapi ianya sangat penting  bagi penggunaan blog atau laman web.

Salam dari - apaajanews ' just google atau yahoooooo - 'apaajanews'. Sekiranya ada yang masih ragu-ragu sila tinggalkan komen pada ruangan komen, penulis akan cuba untuk menjawabnya seringkas yang mungkin.

Tag: image seo  | blog loading Berat  | site speed  | blog lembab  | saiz imej berat | Gadjet Nuffnang berat |  Guna  | Paintbrush | Pixel dan Dpi | Blogger tips | apaajanews

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share