REVOLUSI MESIR | RAKYAT MALAYSIA DAN BUNGA MAS5
revolusi mesir - rakyat malaysia di sana sudah tentu insaf dan mengerti betapa amannya negara kita Malaysia
Dari sudut mana aku melihat
Kekecohan senario politik di Mesir nampaknya semakin buruk dan mungkin akan menjadi tidak terkawal berikutan rakyat mesir yang mendesak supaya presiden Hosni Mubarak, meletakkan jawatannya, apa yang penulis ingin sasarkan di artikel ini bukannlah keadaan politik semasa di Mesir.
Apa yang cuba penulis paparkan disini adalah nasib rakyat Malaysia di sana, kecoh berita tempatan mewar-warkan tentang masalah rakyat Malaysia untuk keluar dari Mesir, ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang belajar disana terus dilanda perasaan gundah gelana, mengenangkan nasib anak - anak mereka, samada ada sudah dapat keluar atau belum.
Pengunguman kerajaan hari ini, bahawa operasi menyelamat dan membawa keluar rakyat Malayia di Mesir sudahpun dimulakan samada melalui pesawat TUDM ataupun kapal TLDM. Kapal TLDM Bunga Mas5 sekali lagi akan ditugaskan untuk membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir, mungkn memandangkan lokasi kapal tersebut adalah yang paling hampir jaraknya. Seperti yang kita ketahui, kapal tersebut
telah ditugaskan untuk mengawal pelayaran kapal-kapal dagang Malaysia di teluk Aden.(Inilah yang anda tidak nampak sebenarnya), betapa mendesaknya keperluan aset TLDM dalam kategori Multirole Support Ship di era globilisasi ini.
Sememangnya TLDM tahu keperluan aset MRSS ini sangat mendesak, dan apa yang ada sekarang ini tidak cukup untuk diaturgerakkan apabila berlaku sesuatu krisis, namun masih ada yang mengambil kesempatan untuk mengatakan bahawa negara kita aman buat apa beli kapal MRSS sampai 2,3 biji' dan 'bazir wang rakyat' dan 'projek buat kapal kroni'.
Jangan salah anggap dengan ungkapan kata-kata ayat diatas, penulis bukannya pro politik pada mana-mana parti politik, cuma untuk menyedarkan rakyat malaysia, janganlah bila dah terkena batang hidung dan disaat kita memerlukan bantuan dari ATM, kita lupa bahawa kita pernah berkata demikian, janganlah bila susah baru kita ingat pada TLDM, TUDM DAN TDM. sedangkan kita dulu pernah berkata sedemikian.
Lihatlah betapa kritikalnya keperluan TLDM, dimana kapal bunga Mas5 perlu membuat 2 tugas dalam satu masa, sekiranya kapal-kapal MRSS ini sejak dari awal lagi telah disediakan peruntukkannya sudah semestinya MASALAH KETERDESAKKAN TLDM ini dapat diatasi, nasib baik ia hanya untuk membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir, bagaimana pula kalau Malaysia yang aman mengalami darurat, bencana alam tsunami, contohnya.
Perbelanjaan pertahanan dan 'whislist' ATM bukanlah untuk suka-suka tetapi adalah untuk keperluan mempertahankan negara dan rakyat jelatanya, janganlah kita mudah ditipu oleh muslihat orang-orang yang berkempentingan politik, tanpa melihat dari pelbagai sudut.
TLDM semakin terdesak dengan tugas-tugas mereka...dengan keterbatasan aset- asetnya yang tidak mencukupi untuk menjangkau ruanglingkup kawasan yang perlu mereka awasi. Mereka sememangnya tidak merungut, sebab mereka tahu itu adalah tugas mereka untuk menyelamatkan rakyat Malaysia, 'Tentera dan rakyat berpisah tiada' rakyat mungkin lupa slogan ini, tetapi bagi tentera mereka menyematkannya didalam hati mereka. Janganlah disaat susah kita mengingati mereka, apabila sudah senang kita lupakan jasa-jasa mereka.
Sambutan hari PAHLAWAN setiap tahun diadakan, malah sambutan rakyat terhadap even ini begitu hambar. Sebagai rakyat Malaysia prenahkah anda mendema untuk mereka, tepuk dada tanya selera. TUN pernah berkata 'melayu mudah lupa' janganlah kita jadi rakyat yang mudah lupa diatas jasa-jasa mereka ini.
Akhir kata ribuan terimaksih pada TLDM DAN SELURUH warga tentera Malaysia yang bertugas untuk membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir, jasamu tetap senantiasa dikenang.
nota:
Langkah mewujudkan blog dikalangan pelajar Malaysia di Mesir, tentang perkembangan semasa, diantara meraka adalah satu langkah bijak supaya keadaan dan lokasi mereka dapat dikenalpasti dengan lebih mudah. Semoga anda semua selamat kembali ke tanahair.
Tag: Nasib Rakyat Malaysia | Pelajar Malaysia diMesir | Presiden Hosni Mubarak | TLDM | Nasib Rakyat | Revolusi Mesir | apaajanews | Jadual penerbangan TUDM | pelajar di kaherah jeddah |