SHOUT BLOGWALKING AND PR JUICE
MENJERIT ATAU MINUM JUS
Shout or PR Juice, ha, ini bukannya nak ulas pasal filem KL Menjerit', nampaknya blogger blogger melayu lebih suka menjerit dari mencari jus limau untuk diminum bagi menghilangkan dahaga ketika blogwalking. Inilah kajian penulis ketika ini ketika tiada apa apa idea untuk menulis...biasalah buat research berkaitan - mencari formula terbaik dan paling mudah untuk menjana ranking ketika blogwalking.
Secara mudahnya - pr juice - anggaplah seperti modal/wang yang kita laburkan untuk mendapatkan saham. Modal (teknik blogwalking dan komen entry) dan sahamnya Google Ranking (pr).
Sekali lagi nak cakap...ramai yang suka shout dan belah, entry dan artikel langsung mereka tak baca janji dah shout...ish ish ish...buatlah study sikit.....RUGI besar kalau setakat shout dan belah. Apa salahnya baca entry dan beri KOMEN, macamtu baru dapat SAHAM dan LABAnya., memangla tak nampak hasilnya sahamnya bukan sekelip mata tapi kalau diamalkan kaedah blogwalking yang betul dan apa yang perlu dishout serta teknik SHOUT yang betul ini yang bakal anda dapat :
- PR akan meningkat
- ranking anda di ALEXA juga akan meningkat
Sepertimana artikel penulis yang lalu 'shout atau komen' penulis telahpun ada memberi pesan tentang kelebihan shout dan komen...pegilah baca yang tu dulu...takkan semua nak suap kot research sebegini tanpa sebarang buku sememangnya mengambil masa,membuang masa dan megorbankan masa tapi bila dah dapat tahu sebab dan caranya...ermmm mudah semudah makan pisang.
Namun seperti kata penulis, sahamnya bukanlah dalam bentuk Skim Cepat Kaya, ambik masa lah sikit, mungkin bila tesis kajian penulis tentang TEKNIK mendapatkan PR Juice dan kaedah yang betul blogwalking akan penulis jadikan ebook. Mungkin apabila PR3 kot baru ebook keluar...he he, kalau tak nanti orang mana nak percaye...betul tak.
Blog penulispun baru je naik PR1, itulah padahnya bila tak update sejak bulan 5 tahun lepas, penghujung tahun 2010 baru start balik, waktu tu Alexa dah DARI 1 JUTA turun sampai 25 juta lebih, tapi sejak januari-februari 2011 alexa ranking apaajanews dah stabil balik - 1,800,425
Jadi saranan penulis adalah lebih baik memberi KOMEN pada entry blog yang dilawati, disamping shout...ambil lah masa sedikit. Nanti bila blog orang dapat PR, janganlah create forum bertajuk 'KENAPA BLOG AKU TAK DAPAT RANKING'. Jawapannya ialah malas bagi Komen.
Tag: | pr juice | blogwalking | link juice | link buliding | apaajanews |