Teacher Shida | cik shida | dari youtube ke Blog
Teacher Shida atau nama sebenar beliau Roshida binti Abd Aziz. Hari ini sempat penulis menonton rancangan apasajaFBI, ermm...hampir sinonim dengan nama apajaanews, jemputan hari ini termasuk cikgu shida atau teacher shida dari Parit Perak. Penulis sememangnya pernah terbaca tag cikgu shida ni dibeberapa laman sosial, tapi tak pula tergerak hati nak melihatnya ketika itu, setelah menonton kehadiran beliau dalam rancangan apasaja FBI, tergerak hati untuk melihat youtube cik shida, setelah melihat dan membaca beberapa artikel di blog. Kini dari youtube cikgu shida dah mempunyai blognya sendiri.
- Koleksi video youtube cikshidadariparit
- Blog Cik Shida Blog C.S.D.P Mimimg Art
Kreativiti dan dedikasi - menarik minat pelajar dalam bahasa inggeris bukannya mudah |
Hari ini penulis ingin mengupas cikgu shida dari sudut aku melihat, tentu ada juga yang tak suka gelagat miming beliau di internet, al maklumlah beliau seorang pendidik, berdasarkan apa yang penulis lihat...beliau sebenarnya seorang guru yan berbakat dan berdedikasi sebagai seorang yang telah dididik menjadi seorang guru.
Hakikatnya bukan mudah untuk menarik minat pelajar luar bandar untuk menjadikan pelajaran bahasa inggeris sebagai suatu subjek yang digemari, dimana rata-ratanya anak-anak kampung yang sememangnya 100 peratus berbahasa melayu, malah kebanyakkannya akan menjadi fobia terhadap mata pelajaran ini, kerana perasaan takut kerana tak faham bahasanya dan malu kerana tak tahu bagaimana nak bertutur dalam bahasa inggeris. Hanya seorang guru yang kreatif dapat melaksanakannya.
Seorang guru yang berdedikasi akan menjadi kreatif, guru yang berdedikasi kebiasaannya akan menggunakan sifat kreatifnyanya dalam mencari mencari solusi dan formula untuk membolehkan murid-muridnya menjadi lebih mudah faham apa yang di ajar. Mengapa penulis berkata sedemikian.
Dalam 10 orang murid contohnya, tak semua murid dapat faham dengan apa yang diajar, hanya guru yang berdedikasi akan berusaha untuk mencari lain-lain kaedah yang difikirkan dapat memudahkan muridnya untuk faham, sesuatu subjek yang diajar. Guru seperti inilah yang sukar dicari. Guru yang berdedikasi juga akan membuatkan murid tidak bosan dan berupaya mewujudkan minat belajar yang tinggi.
Kesimpulannya, bagi penulis cikgu Shida merupakan seorang guru yang kreatif dan berdedikasi. Cuma apa yang diharapkan keglamouran tidak akan menjejaskan komitmen cikgu Shida sebagai pendidik dan berhati-hati dengan copyright.
Sebagai seorang pelajar bagaimanakah untuk anda ketahui samada anda sesuai untuk menjadi seorang pendidik yang berdedikasi, salah satunya seperti fakta dibawah ini:
- seseorang yang belajar, dia faham apa yang diajar tetapi tidak tahu mengajar orang lain.
- seseorang yang belajar, memahami apa yang diajar dan dapat pula menyampaikan apa yang diajar kepada orang lain dan orang yang diajarnya faham. (mempunyai daya observation yang tinggi )
Tag: | Cikgu Shida | dari parit perak | blog cikgu shida | teacher shida youtube | CSDP | I Just Want to Make People Happy | cik shida Miming | apaajanews