MRSS SHIP UNTUK TLDM PART3

posted in at 9:58 PG

Sejak dari tahun lepas, pelbagai ramalan dan tanda tanya apakah bentuk konsep dan design MRSS (Multi Role Support Ship) yang bakal di bina untuk tentera laut (TLDM) bagi menggantikan kapal-kapal support ship yang sedia ada dan sedia maklum, bahawa kapal-kapal ini telah lama berkhidmat dan penggantian terhadap kapal-kapal baru...sememangnya kritikal.

LPD ROTTERDAM - The length of the hull is 162.2m, the breadth 25m and the maximum draught 5.9m, 
with a displacement of 14,000t


Apatah lagi setelah berlakunya, insiden rampasan kapal kontena Malaysia oleh lanun di Somalia, mungkin telah membuka mata pemimpin di tanahair, bahawa keperluannya amat mendesak dan bukan omongan kosong. Setelah tamat pameran LIMA 2009, kita telah lihat pelbagai syarikat pembuat kapal mula menampilkan cadangan konsep kapal MRSS baru bagi Malaysia, paling mengujakan ialah 'DOKDO'...namun berita perkembangan terkininya...sepi. Namun ditahun lepas juga kita telah dapat bayangan bahawa, mrss ship akan dimajukan projeknya oleh NGVTECH SDN. BHD. yang akan membuka limbungan kapalnya di Kuala Selangor...namun konsep bentuk 'LPD' tersebut masih menjadi tanda tanya.

photo kredit: Shafie

Akhirnya setelah gambar latarbelakang poster di mana Perdana Menteri Malaysia, Dato'  Seri Najib berucap ketika merasmikan limbungan tersebut, rekabentuk kapal LPD ada terpampang pada poster di bahagian belakang pentas. Adakah gambar tersebut, bakal menjadi design sebenar MRSS Malaysia, sekiranya ianya adalah benar ini bermaksud, ianya bukan mirip dan berkonsepkan kapal LPD 'DOKDO', malah konsep rekabentuknya hampir menyamai kapal LPD dari kelas ENFORCER, di mana  ianya mampu untuk mendaratkan 2 buah helikopter bersaiz NURI, secara serentak.

Seperti yang diketahui NGVTECH sememangnya mengadakan usaha sama dengan DSME , berdasarkan sumber berita yang dipetik dari Bloomberg Daewoo Shipbuilding Stock Gains on $1 Billion Asian Contract for Warships,

DSME president Mr Nam (right) and CEO of a local shipyard in Southeast Asian nation are signing the naval vessel joint construction contract

DSME LST II Next Generation
Apapun, sememangnya projek ini perlu diteruskan demi menampung keperluan mendesak TLDM, dan apa yang diharapkan  juga walaupun ianya hanya sebuah MRSS ship, Kemampuan sistem pertahanan kapal untuk mempertahankan diri dari serangan perlu diberi keutamaan,  kerana :

1. Ianya perlu sekiranya diandaikan kapal bergerak secara solo tanpa pengiring.
2. Demi menjaga aset-aset logistik yang dibawa bersamanya.

Semoga kapal ini juga lebih berkonsepkan 'automated system' dimana, penggunaan tenaga manusia, boleh dikurangkan dan segala kerja yang bersangkutan dengan tugasan kapal tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih efisyen, mudah dan pantas. Setidak-tidaknya sistem persenjataaan RAM DAN Oerlikon 35mm millennium, sebagai 'close in range weapon' perlu menjadi perkara wajib...yang perlu wujud pada kapal tersebut.

Namun kepastian tentang tahun bila ianya akan dimulakan, belum dapat dipastikan dan adakah gambar tersebut merupakan final design juga belum dapat dipastikan, memandangkan NGVTECH SDN. BHD. juga mempunyai rekabentuk kapalnya yang tersendiri dan apa yang pasti design LPD ini sudah tentunya berkonsepkan 'NEXT GEN' dan akan menjadikannya produk yang lebih baik dari apa yang ada ketika ini.

Anda mungkin berminat dengan artikel berkaitan MRSS yang terdahulu :

Tag : | Multipurpose ship | MRSS SHIP | DOKDO LPD SHIP | Kapal Perang Terbaru TLDM | ENFORCER CLASS | DSME LST II  | LST LPD LHD MPSS SHIP | apaajanews |

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

Comments (13)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
old timer's avatar

old timer · 696 weeks ago

Saya setuju kalau MPSS dipasang senjata. Tetapi saya rasa lebih baik gunakan konsep modular berbanding fitted for but not with.
1 reply · active 696 weeks ago
saya juga berpendapat yang serupa...memandangkan kekangan jumlah kapal sedia ada untuk dijadikan pasukan pengiring
old timer's avatar

old timer · 691 weeks ago

Saya rasa tuan blogger tersilap tafsir komen saya. Izinkan saya huraikan dengan lebih lanjut. Apa yang saya maksudkan sebagai modular disini tidak bermaksud MRSS TLDM akan datang perlu dilengkapi dengan senjata. Tetapi modular disini bermaksud kita boleh memasang senjata jika diperlukan. Konsepnya sama seperti 'fitted for but not with' (FFBNW) tetapi dengan sedikit perbezaan. Dalam konsep FFBNW, kesemua keperluan senjata seperti bekalan kuasa (power supply), kabel, sistem elektrik/elektronik dll semuanya telah dipasang. Apa yang tinggal adalah cuma senjata yang tidak dipasang. Konsep FFBNW ini sama dengan konsep 'Plug and Play' dalam istilah komputer. Misalannya, jika saya membeli PC yang tiada kad grafik, dan selepas beberapa bulan saya ingin memasang kad grafik, apa yang perlu saya buat hanyalah memasangnya pada 'motherboard'. Semua sambungan wayar, soket, bekalan kuasa dll yang diperlukan telah disediakan awal-awal dari kilang pada 'motherboard'.

Berbeza sedikit dengan konsep modular, semua wayar, kabel, sistem elektronik dll tidak dipasang. Tetapi ada ruang untuk dipasang kemudian. FFBNW telah dipasang segala keperluannya, tetapi tidak dipasang senjata. Dengan kata lain, ada peruntukan ruang dan keperluan yang lain, tetapi tidak dipasang. Cara ini lebih menjimatkan kos sedikit daripada konsep FFBNW, tetapi kelemahannya adalah cara sebegini memerlukan masa yang lebih lama untuk pemasangan senjata berbanding FFBNW yang hanya perlu 'Plug and Play'.

Saya setuju dengan pandangan tuan blogger mengenai kekurangan kapal pengiring, sekaligus menjadikan kapal MRSS terdedah kepada ancaman. Kapal pengiring sangat penting, seperti yang telah terbukti pada perang dunia ke-2 apabila kapal perang tercanggih British pada ketika itu, HMS Prince of Wales dan HMS Repulse ditenggelamkan kerana tiada sokongan anti-udara di perairan pantai timur Malaya.

Walau pun begitu, ada keburukannya juga jika dipasang senjata. Kapal MRSS pada masa aman selalunya digunakan sebagai kapal bantuan kemanusiaan. Contohnya seperti kapal RSN Endurance yang dikerahkan ke Acheh untuk membantu mangsa tsunami. Kapal perang asing yang ingin memasuki wilayah berdaulat negara lain, perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran negara berkenaan. Oleh itu, kapal MRSS kebiasaannya perlu memiliki 'wajah budak baik'. Sekiranya kapal MRSS dipasang taring, sudah tentu lebih sukar bagi kapal sebegini mendapat kebenaran.

Hal ini lebih menonjol sekiranya hubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara tidak begitu rapat. Contohnya, seperti hubungan Malaysia dan Indonesia yang agak keruh. Apabila misalannya kerajaan berhasrat membantu mangsa kemanusiaan di Indonesia kelak, tindakan TLDM yang membawa kapal MRSS yang lengkap dengan persenjataan perang mungkin akan menimbulkan rasa kurang senang pada pihak Indonesia. Kita boleh cakap persetankan mereka dan masalah mereka, tetapi sebagai jiran yang baik, kita haruslah membantu mereka yang kesusahan. Ini sekaligus dapat membantu merapatkan hubungan dua negara.

Justeru itu, kapal MRSS yang dipasang meriam kaliber besar seperti 57mm, 76 mm, 100 mm, dan 127 mm mungkin tidak sesuai, jika faktor di atas dititikberatkan. Begitu juga halnya dengan misil anti-kapal. Bagi misil pertahanan udara jarak dekat dan sederhana (10km-70km) juga mungkin tidak sesuai khususnya di kawasan laluan penerbangan komersial, di mana terdapat risiko tertembak pesawat komersial (terutamanya pesawat ringan atau lama yang tiada 'transponder') dan lebih-lebih lagi jika mod automatik diaktifkan. Bagi contoh pesawat komersial yang ditembak jatuh sila lihat contohnya kes Iran Air Flight 655 dan Siberia Airlines Flight 1812. Atas alasan ini, kapal MRSS sebegini mungkin sukar sedikit mendapat kebenaran bagi memasuki wilayah asing.

Walau bagaimanapun, ada kebenaran bahawa kita sememangnya kekurangan aset. Oleh itu, saya cadangkan kapal MRSS TLDM yang baru nanti dipasang meriam pertahanan udara jarak amat dekat (< 8km) atau lebih dikenali sebagai 'Close-In Weapon System' (CIWS). CIWS yang paling canggih mungkin adalah 35 mm Millenium Gun tetapi barangkali juga yang paling mahal. Alternatif yang saya cadangkan adalah 35 mm Dual Naval Gun buatan syarikat Denel, Afrika Selatan. Misil pertahanan jenis CIWS seperti RIM-116 Rolling Airframe Missile buatan AS dan FL-3000N buatan China juga boleh dipasang, tetapi memandangkan jarak jangkauan misil yang agak jauh (7-10 km), senjata sebegini mungkin dilihat lebih agresif berbanding meriam 35 mm (<4 km).

Natijahnya, kekurangan kapal pengiring menyebabkan pilihan untuk memasang senjata pada kapal jenis MRSS tampak menarik dan logikal. Namun begitu, atas sebab yang telah saya nyatakan diatas, sekiranya MRSS dipasang senjata, tugas bantuan kemanusian mungkin boleh disalah ertikan. Jika ingin dipasang juga, saya mencadangkan agar kita memasang sistem modular StanFlex buatan Denmark . Antara senjata yang boleh dipasang bagi setiap modul adalah 4 misil Harpoon, @ 6 misil Sea Sparrow (jenis baru mungkin boleh memuatkan 8 ESSM), @ 2-3 torpedo MU90, @ 1 meriam 76 mm dll. Apabila MRSS digerakkan bagi tujuan bantuan kemanusiaan, senjata ini boleh dicabut dalam masa yang setengah jam menggunakan kren.
1 reply · active 691 weeks ago
apa yang saya maksudkan bagi kategori kapal mrss ialah persenjataan yang lebih bersifat 'self defence' bukan persenjataan untuk 'menyerang'...rasanya tidak perlu dimasukkan torpedo dan peluru berpandu anti kapal.
One of several things you will want to keep planned is that you can always settle set for a reputable manufacturer that can get you the correct products. Getting an outstanding product means you'll want to choose via reputed manufacturers which could offer anyone quality solutions.pas cher hoverboard
National Insurance Company is the oldest Insurance Company in India and served many big Organizations Insurance need.
National Insurance Company is the oldest Insurance Company in India and served many big Organizations Insurance need.
Saya setuju dengan pendapat tuan blogger,

kapal bersenjata lengkap akan sulit digunakan untuk kegiatan kemanusiaan daripada kapal yang tidak bersenjata.

tetapi masukan untuk penggunaan bantalan untuk setiap saat ditempatkan senjata mungkin bisa jadi alternatif yang bijaksana.
Thanks Admin for such amazing post. Do you have a facebook or twitter page as well with this kind of content on it?
Nice post. Thanks for sharing with us.
Glad to find this post. Happy to read this post.
Great post. Happy to read this post.
Amazing Post! very interesting and useful post........HusqvarnaRidingLawnMowers, RyobiRidingLawnMowers

Post a new comment

Comments by

share

The last comments for

GOWIND CLASS MENJADI PILIHAN SGPV KEDUA MALAYSIA

jone

Okutandental is a dental clinic that provides various dental services including cosmetic dentistry, ...

February 06, 2023 12:04:55 Jump to

The last comments for

waze aplikasi navigasi android

noisecontrol

Acoustic Panels Solutions Perth...

July 17, 2021 09:05:55 Jump to

The last comments for

MRSS SHIP UNTUK TLDM PART3

Amazing Post! very interesting and useful post........October 12, 2019 01:49:12 Jump to

Great post. Happy to read this post.

June 11, 2019 13:48:06 Jump to

Glad to find this post. Happy to read this post.

December 13, 2018 06:34:54 Jump to