Photobucket

'Sa rang hae yo' Korean Drama

posted in at 12:11 PG

Al kisahnya kali ini penulis terdetik untuk membuat entry tentang 'drama fever' yang melanda Malaysia, bukan hanya sejak masa kini malah dah bertahun...sejak kdrama 'Winter Sonata' ditayangkan di negara kita, kegilaan menonton kdrama 'winter sonata' ketika itu, ternyata menarik minat penonton tanahair, terutamanya kaum wanita, sehinggakan lagu OST drama tersebut dialih suaranya dan digubah dalam versi bahasa melayu oleh penyanyi  HAZAMI bertajuk 'Sonata Musim Salju', ternyata lagu tersebut menjadi hit.

salah satu poster kdrama 'My Princess' - koreandrama.org

Kebanyakan drama- drama  yang ditayangkan di Malaysia adalah produk datang dari stesen- stesen penyiaran di Korea Selatan, antaranya seperti Seoul Broadcasting System, Korean Broadcasting System, dan Munhwa Broadcasting Corporation, namun kdrama dari KBS dan SBS adalah paling banyak mendapat sambutan dan ditayangkan di dalam negara kita.

Rasanya majoriti yang paling ramai menonton kdrama di negara kita, adalah dari kaum wanita, bukan sahaja dari kaum remaja...malah kaum-kaum ibu juga tertarik untuk menonton kdrama, malah ada yang bergelut-gelut untuk pulang setelah tamat bekerja di pejabat, semata-mata takut terlepas untuk menonton episod- episod kdrama yang seterusnya....begitulah al kisahnya.


Penyanyi dan pelakon Kim Hyun Joong antara yang diminati ramai - korean box

Bagi yang betul-betul tahap kdrama addict, mereka sanggup membeli set drama lengkap untuk dijadikan simpanan.  Namun ramai juga kaum lelaki yang gemar menonton KDrama.

Antara kdrama yang mendapat sambutan hangat di Malaysia, ialah 'Winter Sonata', 'Jewel in the Palace' , 'Gourmet', Goong' , Boys Over Flowers , 'My Lovely Sam Soon' dan banyak lagi. Namun kdrama ' Jewel in the Palace' , sememangnya menarik minat penulis untuk menonton, sebuah drama yang berlatarbelakang masa silam di zaman pemerintahan beraja, di Korea.

Mengapa ianya amat digemari, malah kalau di lihat drama hasil produk Taiwan juga banyak melahirkan drama berkonsepkan ala-ala kdrama, bagi penulis, kdrama begitu simple dan santai namun didalamnya digarabkan kepelbagaian suasana kehidupan sedih ,gembira dan jenaka yang diulami dengan lagu-lagu kpop yang universal, yang dapat diterima oleh pendengar, walaupun ianya berlainan bahasa. Namun demikian latarbelakang Kdrama yang memaparkan kehidupan masyarakat di Korea, lumrah kehidupan masyarakat dan impian hidup 'orang biasa' , berjaya menjadikannya begitu melekat untuk ditonton.

Apa yang dapat dipelajari daripadanya ialah, mampukan Malaysia untuk mengeksport drama-drama tempatan ke luar negara, dengan konsep dan mengekalkan bahasa kebangsaan, rasanya kita mampu menarik penonton luar negara untuk menonton 'Mdrama', kita juga mempunyai drama-drama siri TV yang hebat yang dapat menarik penonton luar untuk menonton.....cuma siapakah yang akan jadi pemangkin untuk mempromosi drama-drama melayu tempatan ke luar negara.

Rasanya sudah tiba masanya kita memulakan usaha-usaha untuk menjadikan 'MDrama Fever' di luar negara.

Sekiranya MDrama berjaya dijadikan 'fever' di luar negara, pelancong lura negara juga akan berminat untuk melawati negara kita, secara amnya pendapatan negara juga akan bertambah.

Agak Malang:

Apabila kdrama yang berbahasa Korea ini dialihkan dari bahasa asalnya, menjadikannya kurang 'kick' bila ditonton, ibarat masakan kurang garam jadinya.  apa yang diharapkan stesen TV di Malaysia ini dapat mengekalkan bahasa asal drama-drama Korea yang ditayangkan di negara ini, secara tak langsung dengan mengekalkan bahasa ibunda korea dalam tayangan kdrama di Malaysia ini, sedikit sebanyak dapat kita pelajari dan memahami bahasa Korea, dengan menjadikan bahasa Malaysia sebagai sarikatanya...oleh yang demikian, bukan setakat kita akan dapat memahami bahasa Korea dan bagi yang kurang memahami bahasa Malaysia juga akan dapat mempelajari bahasa kebangsaan dan menambahkan lagi vokabulari bahasa kebangsaan, apabila mereka membaca sarikata tersebut, maka dengan itu baharulah kita dapat mewujudkan generasi rakyat Malaysia yang 'CINTAKAN BAHASA KEBANGSAAN', dan bukannya belajar bahasa kebangsaan itu sekadar untuk lulus peperiksaan sahaja. Nasib baik bahasa kebangsaan dijadikan matapelajaran wajib lulus, kalau tidak tak tahulah peratusan 'tak tau' bahasa kebangsaan ini, mungkin akan beranak-pinak sampai ke anak cucu agaknya.

Penulis juga ada mempelajari bahasa Korea, yang paling diingati sekali ialah 'Sa rang hae yo' , bermaksud, 'saya cinta kamu'.  Akhir kata, 'Peace, No War'. 

 Tag :| Watch Korean Drama | Sarang Hae Yo | K-Drama Blog | K-POP Top 10 | K-POP KBS WorldK-Pop Fans | Korean Singer  | Daily K-POP News  |  Korean Movie  | K-Pop Fans  |  apaajanews


lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share