SAFEE SALI DAN PERSIB BANDUNG
Penulis sempat membelek akhbar Kosmo, hari ini 10 jan 2011, sambil meneguk nescafe tarik , dan menyelak helaian muka surat akhbar tersebut satu persatu, sempat juga penulis membaca tajuk ' Safee sedia timbang tawaran', nampaknya Safee memang teruja untuk bermain bolasepak di luar negara sebagai pemain profesional.
Keinginan tersebut adalah kerana untuk menambah pengalaman sambil belajar, sememangnya bagus dapat beraksi di luar negara kerana kita akan dapat menimba pelbagai pengalaman, ibarat kata pepatah, 'jauh perjalanan luas pemandangan'. Menurut Safee terdapat 3 kelab di indonesia yang membuat tawaran, namun katanya, kelab 'Persib Bandung' paling menunjukkan kesungguhan'. Katanya lagi,' saya sendiri rasa jarak Bandung paling dekat. Saya pernah ke sana dan sudah tahu suasananya'.
Jika benar Safee Sali akan berhijrah ke sana, dia bakal akan menjadi rakan sepasukan beberapa pemain Timnas Indonesia, antaranya ialah Cristian Gonzales, Markus Harison, Maman Abdul Rahman dan Eka Ramdani.
Walaupun begitu, keputusan tentang kepastian Safee Sali ke sana masih lagi dalam tahap perbincangan, semuanya akan diketahui setelah perbincangan mengenainya di beri kata putus kelak.
Sumber dari akhbar kosmo...diolah semula oleh - apaajanews
- Perkembangan Safee Terkini 07 Februari 2011: SAFEE SAH KE PELITA JAYA FC
FB Persib Bandung | Twitter Persib Bandung | FAM | Laman web Persib Bandung | Kosmo | apaajanews
haidenzaffuto says: Microtouch Solo Titanium - iTanium Arts
Our
Aree Tone WoW says: Pesara tentera kena ubah minda....berusaha ke arah lebih ...macam tuan cakap hanya berniaga di...
Aree Tone WoW says: Pesara tentera kena ubah minda....berusaha ke arah lebih ...macam tuan cakap hanya berniaga di...
ahchai motor says: Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Anonymous says: Waw hebat dapat juara mancing ya
Mohd Rozaiman says: ...angle nyer cantik...cam dslr tu...