Photobucket

drbook.com is already taken

posted in at 7:56 PTG

drbook.com already book

drbook.com sudah ada tuan punya....


Al kisahnya baru beberapa minggu yang lepas...sibuk khabar angin mengatakan laman sosial yang paling mengiurkan FB atau  Facebook akan ditutup, maka havoclah warga-warga FB yang sememangnya dah 'addict' dengan laman sosial ini .....terpingga-pingga dan tertanya-tanya tentang kebenarannya .....kalau nak digambarkan suasananya ... rasanya mungkin seperti berada dikawasan landaan TSUNAMI  kot ...begitulah hebatnya penangan khabar angin tersebut.

Kebolehupayaan menggabungkan blog dan FB ini juga telah menghasilkan 'FACEBLOG', pada pendapat penulis, suatu kombinasi yang amat memberangsangkan dan kombinasi ini juga akan dapat menarik lebih ramai pengunjung. Walau bagaimanapun penulis masih belum berhasrat untuk membuat  sedemikian...atas alasan grafik limited.


Akhirnya suasana TSUNAMI Facebook ini kembali tenang seperti biasa selepas tuan punya Facebook, Mark Zuckerberg mengumumkan, perkara yang sebenar.  TUP...TUP  sekarang ni buat heboh pulak dr. JUICE MATE, nak buka laman sosial dengan nama 'drbook' .Sampai heboh pulak, ada yang nak nak tempah domain 'drbook.com'...dan yang sewaktu dengannya, manalah tau kot-kot boleh dijual balik dengan lebih mahal.


Sempat juga penulis membuat semakan pada  godaddy, dan nama domain 'drbook.com' ini sebenarnya telah ada tuan punya dan telah didaftarkan sejak dari 25 August 2005, tuan punya pendaftar ini berasal dari Korea Selatan.

Seandainyalah, Dr. Rozmey sememangnya akan menggunakan nama domain 'drbook.com' ini juga...sudah semestilah Geun Hee Yun ini yang akan beruntung kelak.


Begitulah al kisahnya, atau ada yang masih nak tempah nama ini awal-awal 'drbook.my' ataupun 'drbook.com.my' yang masih KOSONG pemiliknya.  Tapi kalau benarlah Dr. Rozmey nak gunakan nama 'drbook'  mengapa tak awal-awal lagi beliau daftar nama domain tersebut....cuba fikir-fikirkan.
BERITA TERKINI:
Akhirnya bakal lahir juga pada 2hb februari 2011, oleh DR.WHO? dr.rozmey ke drbook2u.com
belum dapat dipastikan samada tuanpunya adalah DDR, wait and see

godaddy | drbook2u | dr rozmey  | DDR facebook | Filem Dua Alam | juicemate | apaajanews |

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share