Photobucket

KETIRISAN WANG RAKYAT - DAN 6 BILION PROJEK SGPV

posted in at 2:29 PTG

sgpv tldm kd perak

Kapal KD PERAK TLDM

DOMINASI STEALTH

Peralihan teknologi design kapal-kapal perang masa kini, kebanyakannya telahpun mula membuat design-design baru model yang bersifat stealth. Era ini telahpun bermula dan design ini akan mendominasikan armada kapal perang dunia masakini dan masa hadapan

MEKO100 - KD KEDAH CLASS

Kita telahpun memperolehi teknologi pembuatan kapal perang 'bercirikan stealth' dan kemampuan kita dalam membina sendiri kapal perang bercirikan stealh telahpun terbukti, sekiranya konsep GOWIND CLASS' ini kita ambil maka kita akan memperolehi teknologi stealth sepenuhnya.

Berikut petikan entry tony pua dalam blog beliau, celiklah dalam sedar, buka mata luas-luas.

FAKTA1
The obvious question then, is whether the Government is procuring the construction of OPVs nearer the Irish Roisin class or closer to the US LCS?

Kalau dalam petikan utusan pun telah dapat dibayangi, kapal canggih berkonsepkan stealth, seperti Singapura' takkan la mamat ni bodoh, atau saja tanya soalan bodoh? fikirkanlah, dia ni tahu ke tak tahu apa bendapun, kalau dia baca petikan utusan dia sudah tentu tahu bagaimana nak buat perbandingan fakta, sebab point-point dah ada disitu. takkan tak faham bahasa malaysia kot? Jadi kalau dia tahu mengapa dia keluarkan fakta rojak?

FAKTA ROJAK
The Irish Roisin class will cost US$34 million (RM103m), the Greek Super Vita US$108 million (RM329m), the German Type 130 US$188 million (RM572m) and the Israeli Saar V US$260 million (RM791m) each. The MoD’s price tag of RM1 billion per OPV is between 26% and 870% above the cost of the various international-class OPVs listed above. (tarikh tak ada, contoh kategori kapal tidak spesifik )

Fakta contoh yang dipaparkan berdasarkan angka dan jika digabungkan dengan ayat-ayat power seperti
'ketirisan' bazir wang', 'terlalu mahal dari negara lain' tanpa memperhalusi perbezaan spesifikasi - hanyalah untuk mengaburi mata demi memperkuatkan hujahnya dan akhirnya supaya semua detail spesifikasi kapal dapat di umumkan secara public.

FAKTA2:

And if we are indeed making an order for the best-in-class LCS type ships capable of fighting a full scale surface and submarine warfare, does Boustead even have the skills and technology to make these ships?

Semasa Singapura membina kapal-kapal projek delta mereka, adakah Singapura mampu membina sendiri kapal tersebu? kalau tak diperolehi daripada DCNS. Akhirnya Singapura berjaya menyiapkan kapal tersebut sebanyak 6 buah. Projek Delta Singapura adalah berasaskan design kapal perang 'La Fayette' Peranchis, dimana design  tersebut telah mengambil contoh design asas kapal stealth  La Fayette dalam membina kapal-kapal perang mereka.

Singapura dikatakan tidak mengadaptasi sepenuhnya konsep binaan stealth kapal tersebut, dimana jika diikutkan sepenuhnya, bahagian struktur binaan dalam kapal tersebut akan menggunakan sepenuhnya bahan-bahan struktur berkomposit, seperti kapal La Fayette Peranchis. 


Kesimpulannya:
Janganlah nak gagalkan usaha negara untuk memajukan industri pertahanan ke tahap 'boleh bina dan buat sendiri' dengan menggunakan ayat power 'ketirisan wang rakyat'. Sampai bila kita nak jadi negara pembeli peralatan pertahanan.Sampai bila?Sampai bila.

Harapan penulis semoga fakta-fakta bersifat rahsia pertahanan negara tak perlu dilayan dan diumum secara public...cukup cukuplah setakat VERA E  yang telah diketahui umum dan seantero dunia, bahawa kita memilikinya. Sesuatu yang tak sepatutnya diumumkan secara public.

Artikel terbaru yang berkaitan,


 Tag: | gowind class | PTL | apaajanews |


lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share