Photobucket

Jadikan setiap blog post anda Top10 list Google.

posted in at 10:23 PG

PART2

Top10 list Google SERP. Bagaimana nak jadikan setiap blog post anda itu pada top 10, PERNAHKAH anda terfikir?

Setelah anda berjaya menjadikan nama blog anda 'BRANDED' di mata Google, dengan itu segala post post anda akan mula diindex oleh Google, setiap post post anda seolah-olah telah tersedia sebuah 'Index Kabinet' diatas nama blog anda, jadi semuanya akan lebih mudah Google mendapatkan post anda dan memudahkan ianya menyusun blog-blog post anda dengan lebih sistematik dan tersusun.

Apabila ini berlaku...maka dengan PANTAS setiap blog post anda itu dapat dicari dan disenaraikan dengan teratur.

Namun ada yang mengatakan Blogger anak emas Google, ya memang betul, tapi adakah google hanya memilih blog post sahaja untuk berada didalam top listnya, TIDAK, ada juga website yang berbinkan .com.net.cc dan berbagai lagi bagaimana pula mereka ini boleh berada diatas walaupun mereka bukan ahli keluarga Google.

Jadi jangan lari pada 'subject basic' yang sedang penulis cuba sampaikan dengan semudah-mudahnya.

Nama blog yang unik, sesungguhnya lebih mudah diingati dan 'dibrandedkan' berbanding dengan nama yang sama, namun bagi nama blog yang sama, ada caranya untuk menjadikan Google mengenalpastinya sebagai 'UNIK'  -  PART3

Jadi berbalik pada part2, pada part2 ini kita akan pastikan dimanakah kedudukan setiap post anda itu, berada apabila ianya dicari....

BAGAIMANA NAK JADIKAN BLOG POST ANDA TOP10 di Google search enjin

1, Tajuk yang dipilih mestilah berkaitan dengan isi kandungan cerita
2. Buat summary tentang kandungan entry anda, ambil perkataaan penting disitu
3. Anda perlu KRITIS
contoh artikel penulis yg lepas, LIHAT CONTOH

Tajuk Entry:  'slot samarinda asmaradana mampukah tiz zakiah'

Jadi penulis buat sedikit summary perkataan penting(keyword)  yang difikirkan, bakal digunakan oleh pembaca...yang nak membaca berkenaan 'drama asmaradana' yang bakal ditayangkan di TV3.

summary perkataan yg penulis rasakan penting:

asmaradana
samarinda
slot
mampu
Tiz Zakiah

dari perkataan-perkataan inilah, penulis mula mengolah tajuk blog penulis

KRITIS  =  Keyword + Catchy

Maka jadilah seperti berikut:
Slot Samarinda Asmaradana Mampukah Tiz Zakiah? 

Slot, Samarinda, Asmaradana - 3 perkataan 'keyword' 
Mampukah Tiz Zakiah? - ayat-ayat catchy yang mengujakan orang untuk membaca.

note: seboleh-bolehnya elakkan ayat-ayat catchy yang berbau 'tidak enak', menghina atau mengutuk individu, walaupun ianya amat catchy, tapi fikirkanlah perkataan secara positif. 


Rajah1


Rajah2

KEPUTUSANNYA:
---------------
10/03/10
entry title: Slot Samarinda Asmaradana Mampukah Tiz Zakiah?
samarinda asmaradana = keyword SEARCH FROM GOOGLE
page1, list no 2,3,9

10/03/10
entry title: Slot Samarinda Asmaradana Mampukah Tiz Zakiah?
drama samarinda asmaradana = keyword SEARCH FROM GOOGLE
page1, list no 2


----------------
15/03/10
entry title: Slot Samarinda Asmaradana Mampukah Tiz Zakiah?
drama samarinda-asmaradana = keyword SEARCH FROM GOOGLE
page1, list no 3,7

15/03/10
entry title: Slot Samarinda Asmaradana Mampukah Tiz Zakiah?
samarinda asmaradana = keyword SEARCH FROM GOOGLE
page1, list no 1
----------------
JIKA dilihat pada keputusan yang pertama(10/03/10)   dan terakhir (15/03/10)  kedua-dua CARIAN  menggunakan 'keyword' yang sama iaitu "samarinda asmaradana",namun jika anda lihat pada keputusannya listingnya berbeza, yang terakhir telah berjaya mendapat kedudukan pertama...KEPUTUSAN ini akan berubah-ubah setiap hari namun apa yang penting ianya masih top10.

Dimanakah anda boleh ketahui apakah keyword yang digunakan oleh pelawat dalam mencari artikel ataupun maklumat yang berkaitan dengan apa yang anda tulis, salah satu caranya ialah melalui FEEDJIT, yang kebiasaannya dipasang pada setiap blog. Keduanya anda boleh menyemak pada NUFFNANG sekiranya anda berdaftar dengannya.


feedjit (Klik pada Google dan anda akan ketahui keyword yang digunakan) 

Semua maklumat keyword ini berdasarkan carian pembaca yang tidak penulis kenali, yang dicari oleh pembaca melalui Google search engine.

Kesimpulan: kaedah ini adalah bertujuan untuk mendapatkan senarai diantara 1-10, apabila dicari berkenaan topik yang kita tulis, sekiranya tergolong didalam top 10 maka sudah semestinyalah, anda akan berjaya membawa pembaca ke blog anda, inilah salah satu cara untuk mendapatkan kebanjiran pelawat.
   
Mungkin anda tidak akan mencapai kejayaan pada awalnya, lama - kelamaan apabila minda anda mula menjadi lebih KRITIS, anda akan berjaya dan dikira telahpun berjaya mengadaptasikan apa yang telah penulis sampaikan disini dengan percuma.

Bagi tajuk contoh diatas sememangnya, penulis menggunakan teknik yang telah penulis sampaikan disini, namun tak semua artikel penulis gunakan teknik ini, hanya pada artikel yang penulis rasa ingin mendapat target dalam Google top 10 list search enjin maka penulis akan gunakan teknik ini.

Buat summary dan berfikir secara KRITIS  sebelum mencipta tajuk dan selamat mencuba.

learn SEO Book | SERP | Google Kenal | Bagaimana nak dapat senarai top 10 Google | apaajanews

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share