MAGIC CANVAS | APLIKASI ANDROID
Minat terhadap seni fotografi...menyebabkan penulis gemar mencuba benda baru dan teknik dalam merakamkan gambar melalui telefon bimbit. Konsep bokeh amat menarik perhatian penulis, begitu teruja bila melihat hasil foto-foto yang disentuh dengan konsep bokeh dengan menggunakan kamera DSLR.
Namun bagi yang tak mampu mendapatkan kamera DSLR. kini mungkin akan berasa sedikit lega kerana kamera digital biasa juga kini mampu dan mempunyai keupayaan untuk menghasilkan imej bokeh.
Namun hari ini , penulis tidak akan memperincikan tentang kamera digita dan bokeh, apa yang ingin penulis
ungkapkan hari ini ialah tentang aplikasi android yang dinamakan 'Magic Canvas' yang membolehkan anda warna objek yang anda kehendaki dalam foto yang telah anda ambil, dengan menggunakan tools ini boleh menjadikan objek tertentu yang anda pilih menjadi warna dimana bahagian lainnya hitam putih seperti yang telah penulis paparkan disini.

Rasanya magic canvas ini, boleh digunakan pada semua handphone android, memandangkan handphone penulis hanya menggunakan samsung mini galaxy...juga mampu membuat installasi, rasanya jenis handphone versi android yang jauh lebih canggih juga mampu untuk menggunakannya.
Cara menggunakannya amat mudah, perisian magic canvas ini boleh anda download dari google Android Market, serba sedikit penggunaanya ada pada laman web tersebut. disini penulis juga memaparkan video cara penggunannya , lihat video ini dan pasti anda akan rasakannya begitu meudah untuk menambahkan lagi hasil seni foto biasa yang telah anda rakamkan dengan telefon bimbit anda. Selamat mencuba.

Pelbagai lagi aplikasi android berkaitan dengan fotografi akan menyusul sedikit masa lagi, terutamanya yang berkaitan dengan BOKEH menggunakan handphone.
haidenzaffuto says: Microtouch Solo Titanium - iTanium Arts
Our
Aree Tone WoW says: Pesara tentera kena ubah minda....berusaha ke arah lebih ...macam tuan cakap hanya berniaga di...
Aree Tone WoW says: Pesara tentera kena ubah minda....berusaha ke arah lebih ...macam tuan cakap hanya berniaga di...
ahchai motor says: Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Anonymous says: Waw hebat dapat juara mancing ya
Mohd Rozaiman says: ...angle nyer cantik...cam dslr tu...