PAMERAN HUT TENTERA DARAT KE 78
PT91 MBT, Photos credit to: apaajanews
Agak kecewa kerana tidak dapat meluangkan lebih masa untuk melawat pameran HUT Tentera Darat ke78 yang telah diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Penulis hanya sempat hadir kira-kira jam 3 petang pada hari Ahad, namun kesempatan untuk mempergunakan masa yang ada untuk melawat dan menambah pengetahuan tentang perkembangan peralatan ATM tidak di sia-siakan.

Pelbagai booth dari pelbagai cawangan tentera darat di pamerkan, begitu ramai pengunjung yang hadir dan ramai yang bergilir-gilir untuk mencuba, terutamanya peluang untuk mencuba alat pengesan periuk api.
Kesempatan ini juga sepatutnya diambil oleh ibu bapa membawa anak-anak mereka melawat supaya rasa semangat patriotik dapat ditanam dalam diri mereka. Penulis juga sempat mengambil beberapa gambar semasa melawat, terutamanya gambar-gambar kereta kebal utama - PT91M. bukan senang nak lihat PT91M secara close up dan tahniah diucapkan pada anggota tentera yang tak jemu-jemu melayan pelbagai soalan dari pengunjung yang hadir.


Photos credit to: APAAJANEWS


Tag: hut atm | pameran td | ulangtahun | tentera darat | apaajanews |
haidenzaffuto says: Microtouch Solo Titanium - iTanium Arts
Our
Aree Tone WoW says: Pesara tentera kena ubah minda....berusaha ke arah lebih ...macam tuan cakap hanya berniaga di...
Aree Tone WoW says: Pesara tentera kena ubah minda....berusaha ke arah lebih ...macam tuan cakap hanya berniaga di...
ahchai motor says: Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Anonymous says: Waw hebat dapat juara mancing ya
Mohd Rozaiman says: ...angle nyer cantik...cam dslr tu...