Photobucket

tutti frutti sedap dimakan sedihnye yang membayar

posted in at 11:08 PTG

tutti frutti.....sedapnye ye dapat makan

RM 5.30 per 100gram yogurt tutti frutti...yogurt pelbagai rasa yang boleh ditambah aksesori lain seperti buah-buahan gula-gula dan pelbagai lagi semuanya boleh diisi dengan sepenuh-penuhnya cup yogurt yang anda ambil...memang sedap memilih sambil menekan tombol yang mengeluarkan yogurt tersebut

puas hati aku ...dapat makan tutti frutti

setelah sepuas hati menekan dan menambah pelbagai perisa dan buah buahan tibalah masanya untuk membayar...er,,timbang dulu ye...maka letakkannya pada timbang sekarang 'kita lihat siapa yang kena' tag line ibrahim pendek...pinjam kejap. yang bayo le ...terkena he he he.

ha...mak kau  1 cup pilihan anak pompuan ni harganya RM15.00 lebih...kakaknya RM 11.00 dan yang anak si jantan ni pulak RM 13.45. Jumlah keseluruhannya mencecah RM 39 lebih.

Adusss.....nak pitam rasanya. Rasanya itulah yang pertama dan terakhir kot singgah disitu...bukannya kedekut tetapi tak bolehlah selalu...aku ni bukannya orang kaye raye, kalu gaji beriban-riban 4k keatas setiap bulan bolehlah pergi kat situ selalu.

nanti kalau lalu lagi kat sini nak datang makan lagi lah...
Akhir kata kenelah berjimat cermat di zaman era globilasi ni....yang dah mereka makan tu takpelah ...dia orang nak merasa tapi tak bolehlah selalu kataku pada mereka. semoga mereka faham hendaknye.

Penulis rasa couple sesuailah pergi ke sana sambil lepak sembang sambil makan yogurt, tempatpun selesa. LAGIPUN COUPLE TENGAH BERCINTA NI SETAKAT BELANJE YOGURT  mahal-mahal ni tak de hal rasenye.

Sedap memanglah sedap yogurt tutti frutti ni...cuma kene periksa poket terlebih dahulu le sebelum order..tu je
takut tak cukup pulak nanti....MALU BESAU.

Tapi kalau ada rezeki lebih memang seronok belanje anak-anak makan, bukannya ape seronok tengok dia orang dok memilih dan makan tutti frutti yogurt ni.

Walau apapun sekiranya anda datang buat kali pertama staf-staf tutti frutti akan terlebih dahulu memberi panduan ringkas tentang harga dan bagaimana nak membuat pilihan...tepuk dada tanya selera...selamat mencuba.


apaajanews | sedap dimakan | ais kerim | naza | yogurt | tutti frutti |

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share