Photobucket

SEKOLAH BELAJAR UNTUK MENIPU

posted in at 12:42 PTG

NIGERIA

NIGERIA - salah satu permandangan cantik di Nigeria, namun ibarat pepatah melayu dek keranan nila setitik, habis rosak susu sebelanga, namun yang merosakkan susu nampaknya lebih dari setitik nila.

Lelaki warga Nigeria yang memperdaya mangsa terutama golongan wanita di Malaysia dikesan menjalani latihan kemahiran menipu di beberapa sekolah khas yang diwujudkan di beberapa kawasan terpencil di negara mereka sebelum dihantar ke negara sasaran. Siasatan polis di peringkat antarabangsa mendapati ada lebih 10 sekolah melatih penipu diwujudkan di negara itu sejak awal 1990-an bagi memastikan kebolehan menipu mereka mampu diwarisi mengikut peredaran zaman dan sukar ditumpaskan. metro online

belajar untuk jadi penipu antarabangsa

Begitulah petikan dari harian metro hari ini, memang telah diketahui umum ramai golongan wanita di Malaysia telah tertipu oleh sesetengah golongan warga Nigeria  yang bertandang ke negara kita, kebanyakannya atas lesen penuntut kolej.

Perkara ini sudah menjadi virus berbahaya pada masyarakat kita, phak kolej sepatutnya membuat saringan ketat diatas kemasukan mereka, bagi memastikan hanya yang benar benar datang untuk belajar diberikan tempat bukannya datang dengan hasrat 'ada udang disebalik batu' atau 'sambil menyelam minum air'.

Kepada golongan pelajar pula, mereka perlu berhati-hati dalam menjalinkan persahabatan dengan golongan ini. jangan mudah terpedaya dengan kata kaa manis dan limpahan wang ringgit...sebagai umpan yang menggelapkan akal anda sekalian. Sedih bila melihat kaum wanita terutamanya melayu bercouple dengan golongan seperti ini.

Ibu bapa seharusnya memperingakan anak-anak perempuan yang bakal menjejaki kaki ke kolej IPT tentang perkara ini, supaya mereka sentiasa beringat dan tidak termasuk perangkap black money, cinta palsu dan janji janji manis golongan ini.

Masalah ini juga telah menjadi masalah sedunia, bukan hanya di negara kita malah negara luar juga permasalahan ini telah menular seperti virus kepada masyarakat, antaranya lihat link dibawah ini

http://www.youtube.com/v/3D1BoO2uL2Y&hl=en_US&fs=1?rel=0 
http://www.youtube.com/v/mOzd_mcT91I&hl=en_US&fs=1?rel=0

Hairan bila melihat golongan ini tinggal di kawasan apartment atau condo, kerjanya tak nampak tapi mundar mandir ke sana sini, tapi yang pasti jelas dilihat selang beberapa bulan ada awang hitam lain pula yang menghuni di apartment tersebut, agaknya grup pertama pindah ke luar negara (visa dah abis) golongan kedua ini pula masuk pindah ke sini, rumah tak payah cari sebab dah ada cuma tukar-tukar negara je sebab pot dah adekan. 

Disebabkan nila setitik, warga nigeria yang baikpun dah terjejas.
Wanita Malaysia( terutamanya yang baru nak menjejak kaki ke kolej tu) perlu tonton video ini sebagai panduan jangan terperangkap menjadi keldai dadah di luar negara.



apaajanews  | awang hitam | black money | kaldai dadah | tipah tertipu | love scam | online dating scam | nigerian cheaters |

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share