JET PEJUANG PALING SEKSI  |  RAFALE

JET PEJUANG PALING SEKSI | RAFALE

posted in , at 12:57 PG

rafale mrca

Mungkin tak ramai yang tahu tentang jenis jenis pesawat pejuang,terutamanya dari segi rupabentuknya khususnya yang telah dicadangkan bagi menggantikan pesawat pejuang MiG29N. Antaranya adalah EF2000, FA-18E/F Super Hornet, RAFALE , JAS-39 Gripen dan SU35.

Tetapi hari ini penulis ingin fokus kepada gambar-gambar jet pejuang RAFALE, buatan Peranchis yang juga tersenarai dalam kelompok kategori  bakal pesawat pejuang baru MRCA TUDM.


Namun keputusan muktamad masih belum diputuskan, menurut menteri pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beliau menegaskan tiada tempoh masa yang ditetapkan dalam proses penggantian pesawat pejuang MiG29N,TUDM masih dalam proses pengkajian secara terperinci terutamanya dari segi kos.

Mungkin juga TUDM sedang memerhati dengan penuh terperinci, apa yang bakal dipilih oleh Tentera Udara India yang telahpun menyenarai pendek pesawat pejuang yang bakal mereka pilih diantara:

  • EF2000 TYPHOON atau
  • RAFALE

dimana, India bakal membuat keputusan muktamadnya sebelum penghujung tahun ini, dimana pembidaan kedua-dua pesawat ini telah menjadi perhatian hangat diseluruh dunia militari.

Negara Swiss dan UAE juga sedang menyenarai pendek pesawat RAFALE sebagai salah sebuah pesawat pejuang yang bakal mereka beli, dimana keputusan muktamad masih belum diputuskan. Dasault Aviation nampaknya berkerja keras untuk mencari pasaran luar negara bagi pesawat pejuang keluaran mereka ini, dimana pesawat pejuang ini masih belum berjaya dipasarkan di luar negara. Berbeza waktu dahulu dimana mereka berjaya menjual pesawat pejuang jenis Mirage dan Super Etandard ke luar negara. Peperangan Falkland secara tak langsung telah menaikkan reputasi pesawat pejuang Super Etandard bersama peluru berpandu Exocet.

Beberapa artikel penulis yang lepas telah ada artikel berkaitan lain-lain pesawat pejuang, tetapi hari ini penulis akan memaparkan beberapa photo RAFALE yang mana bagi penulis pesawat pejuang ini merupakan pesawat pejuang paling seksi dari segi rupabentuknya dan merupakan antara pesawat pejuang tercanggih. 

Rafale photo credit to: Paul Marais-Hayer

Rafale - photo credit to: Gregoire Dellate

Rafale photo credit to: Paul Marais-Hayer
Kesemua pesawat ini rasanya bakal membuat demonstrasi pada LIMA 2011, semoga penulis berpeluang untuk berkunjung di sana nanti.

artikel berkaitan yang lepas:

apaajanews | Rafale | sexiest jet fighter | FA-18E/F | EF2000 TYPHOON | MRCA | TUDM | MiG29N | Sqn Taufan Ganas |

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

Comments (10)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
kau ni mmg minat jet dari dulu ke?
selalu je nmpk entry psl jet ni.
hmmmmmmmmmmmmmmm...
My recent post Wujudnya Penipuan Dalam Akhbar Di Malaysia
1 reply · active 704 weeks ago
memang seksi.. So far Malaysia punya jet pejuang cuma guna untuk pertunjukkan je ke ?
My recent post Kita Kurang Berkualiti? Siapa Nak Bertanggungjawab?
mungkin sesetengah beranggapan sedemikian, namun kegunaannya adalah untuk tujuan militari, kegunaan prioritinya di masa aman adalah lebih kepada latihan peperangan, dan membuat pemantauan ruang udara negara...di mana kita sebagai orang awam sudah pastinya tidak mengetahuinya. kita hanya lihat pesawat berkenaan ketika ada pertunjukan udara...jadi untuk memperkatakan bahawa ianya 'hanya' digunakan untuk pertunjukan udara rasanya tidak benar
Memang cantik dan hebat pesawat kalau Malaysia jadi membelinya. MIG29N pun sudah uzur.

Komen: Butang tweet bro yang diatas pergi ke akaun Facebook bukannya Twitter
My recent post MotoGP Casey Stoner juara dunia 2011
pergh mantap betul jet ni..aku suka tengok jet-jet yang canggih ni..hehehe
My recent post Isu Murtad di Malaysia
Saya rasa kasihan pula pada Dassault. Sampai sekarang tiada orang berminat hendak beli. Kalau ikutkan hati, rasa macam hendak suruh kerajaan beli sebab kasihan sangat. Kalaulah mereka mahu beri pemindahan teknologi >50%, harap kita boleh beli. Sayangnya ini cuma angan-angan.
India sudah sah akan membeli Rafale. Adakah keputusan ini akan mempengaruhi progam MRCA kita?
untuk TUDM..rasanya kedua-dua jenis tersebut adalah berbaloi jika dipilih salah satu daripadanya EF2000 kita untung dari segi 'kuantiti' dan kualiti...tapi Rafale dikatakan 'memonopoli' KEUPAYAAN tugasan multirole dari segi teknikal dan sensor yg ada padanya....SAYA AKAN KELUARKAN ARTIKEL BARU tentang perkara ini sedikit masa lagi...sebagai khatam, entry MMRCA TUDM...artkel sedang dalam editing...
great post

Post a new comment

Comments by

share

The last comments for

GOWIND CLASS MENJADI PILIHAN SGPV KEDUA MALAYSIA

jone

Okutandental is a dental clinic that provides various dental services including cosmetic dentistry, ...

February 06, 2023 12:04:55 Jump to

The last comments for

waze aplikasi navigasi android

noisecontrol

Acoustic Panels Solutions Perth...

July 17, 2021 09:05:55 Jump to

The last comments for

MRSS SHIP UNTUK TLDM PART3

Amazing Post! very interesting and useful post........October 12, 2019 01:49:12 Jump to

Great post. Happy to read this post.

June 11, 2019 13:48:06 Jump to

Glad to find this post. Happy to read this post.

December 13, 2018 06:34:54 Jump to