Photobucket

KERETA KEBAL MBT PALING RINGAN DI DUNIA

posted in at 9:34 PTG

kereta kebal paling ringan

kereta kebal paling ringan, antara produk penyamaran peralatan miliari - dummy

Kereta kebal kategori MBT sememangnya berat, ringan-ringan PT91M pun 48 tan beratnya, tetapi ada kereta kebal mbt yang ringan sehinggakan boleh diangkat oleh 4 orang tentera sahaja,  kenape tak percaye...ha tengok gambar diatas sebagai bukti.


Sebenarnye ini adalah antara produk dekoy militari, untuk mengelabukan pemerhatian musuh dari ruang udara, sekiranya pesawat-pesawat udara musuh menembak dekoy dekoy ini, mereka sebenarnya merugikan peluru dan senjata mereka dengan menmbak atau mengebom dekoy dekoy yang diperbuat daripada belon yang jauh berkali ganda murah daripada peluru atay misail yang mereka gunakan.

Penggunaan dekoy ini juga adalah sebagai stratergi dan muslihat untuk mengelirukan musuh. Salah satu syarikat dari Rusia 'RUSBAL' sememangnya mengeluarkan produk belon dekoy seperti ini, mereka mengatakan produk dekoy keluaran mereka mampu untuk menipu peralatan thermal dan infra-red imaging

pelancar scud pun ada

Pesawat F-16 cap belon..semuanya dari belon

Hangar

Penggunaan dekoy sebegini telahpun diadaptasikan sejak perang dunia ke dua lagi, sehinggalah kini ianya masih digunakan termasuklah ketika peperangan di Bosnia dan Iraq. Apa yang dipaparkan disini sedikit daripadanya..banyak lagi peralatan ketenteraan yang telah dibelonkan, tak muat pulak kalau semuanya nak dimasukkan disini.

apaajanews | military decoy product | produk belon | penyamaran tentera | infra red | tentera Malaysia |

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share