Photobucket

RESEPI BUJANG SIMPLE, MUDAH DAN CEPAT

posted in at 1:39 PTG

resepi mudah bujang

resepi simple, mudah dan cepat dimasak, sihat dimakan, Photos credit to: APAAJANEWS

Orang bujang selalunya tak ambil kisah tentang makan, kalau rajin masak, kalau sikit malas masak maggi...habis malas makan je kat kedai. Simple je. Al maklumlah hidup sendirian berhad. Namun ada juga orang bujang yang pandang ke hadapan...ermmm maksudnye bujang kategori ini mula berjinak-jinak belajar memasak sendiri...sebab suatu hari nanti dia akan berumahtangga dan sedikit sebanyak basic memasak dia perlu ada.

Bujang lelaki sebegini selalunya boleh meringankan bebanan tugasan seharian si isteri di rumah apabila berumahtangga, sorang sibuk dok jaga anak seorang lagi boleh membantu memasak, kan bahagia macam tu.

Apapun hari ini  tuan rumah nak tunjukkan resepi mudah untuk orang bujang memasak makan tengahari simple dan mudah saje. Secara tak langsung dapat menjimatkan belanje makan harian, msak sendiri ni lebih untuk sebab kos rendah dan kuantitinya banyak, boleh makan untuk tengahari dan malam sekali. Kalau makan di kedai boleh makan sekali je.

cepat di masak sedap dimakan
Beli sebungkus kacang buncis, satu bawang besar 2 ketul ayam yang dah digoreng, tumiskan bawang diatas kuali, 2 ketul ayam yang telah digoreng di potong kecil. Setelah bawang tumis masukkan kacang buncis yang telah di potong ke dalam kuali gaul rata...kemudian masukkan ayam yang telah dipotong-potong kecil..gaul sampai rata...dan tambah garam secukup rasa,dah siap.

ermm...yum yum

Potong timun dan tomato di jadikan ulam...disulam dengan kicap ataupun sos tomatopun boleh ikut suka andalah, nasipun dah masak ermm apa lagi bolehlah makan tengahari, hasil masak sendiri jimat belanje
dan yang pastinya berkhasiat dan mempunyai ciri-ciri makanan seimbang. Lepas makan jangan lupa bersyukur. Alhamdulillah. Sebelum makan jangan lupa doa makan.


apaajanews | masak sendiri | resipi mudah | masakan orang bujang | jimat belanja | masakan berkhasiat makanan seimbang | bajet belanjamakan tengahari |

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share