Photobucket

KD PARI TENGGELAM - AKIBAT KEKURANGAN KAPAL?

posted in at 2:08 PTG

FAC(G) kapal kd pari, TLDM

Fast Attack Craft(GUN) Kapal KD Pari, TLDM diberitakan tenggelam selepas mengalami kerosakan

Kapal KD Pari, TLDM diberitakan tenggelam semasa dalam pelayaran keluar dari terumbu layang-layang menuju ke Gugusan Semarang Peninjau. Kapal kategori FAC(G) Fast Attack Craft/Gun) kelas jerong ini, adalah kapal peronda laju yang dilengkapkan dengan persenjataan meriam, mula digunakan pada tahun 1988.

rentetan:

"RMN chief Admiral Tan Sri Abdul Aziz Jaafar said the crew of the Fast Attack Craft-Gun (FAC-G) vessel KD Pari heard a 'loud bang' soon after it had departed the island westward to pursue a China-flagged vessel, believed to be a frigate, spotted at Gugusan Semarang Peninjau in the South China Sea at 2.53pm.

Initial investigations revealed that the KD Pari sustained a dislodged shaft, which connects the propeller to the engine, and the vessel turned back to its base."
 


Apa yang penulis ingin kupaskan ialah bukanlah untuk mempertikaikan timbul atau tenggelam kapal tersebut, jika dilihat di kawasan perairan sabah spratly, acap kali kita dengar berita kapal kd pari dan kd baung sudah semakin sinonim dengan rondaan disebelah terumbu layang-layang.  Apa yang pastinya   KELOMPOK KELUARGA kapal ini sudah menjadi 'work horse' yang agak keterlaluan dari segi tugasannya dalam membuat rondaan persekitaran tersebut. 

Mungkin kekangan UNIT kapal peronda sedia ada menyebabkan kapal tersebut, tak menang tangan dan perlu senantiasa bergerak kemana sahaja di persekitaran spratly untuk menjalankan pengawasan dan rondaan.  Rasanya kita masih kekurangan kapal untuk meronda kawasan tersebut.

Perlunya pertambahan kapal peronda baru untuk memastikan shift selenggaraan dapat di jalankan menurut jadual, sekiranya jumlah kapal ronda mencukupi di kawasan tersebut, rasanya tak mungkin perkara tersebut akan berlaku. sebuah dapat menjalankan rutin selenggaraan sementara backup sebuah akan menggantikannya.

keluarga KD PARI

Nampak macam keluarga KD PARI sendiri dah tak mampu untuk menanggung semua beban tugasnya, mungkin pertambahan kapal peronda baru perlu ditambah BAGI menyeimbangi tugas semasa dan menggantikan tugas kapal-kapal peronda tersebut untuk membolehkan kelompok FAC(G) ini di selenggara, ataupun telah tibanya masa kelompok tambahan kapal kelas KD KEDAH  bagi digandingkan bersama kelompok FAC G disana.

kesimpulan:

Penangguhan keperluan aset TLDM hanya akan mengakibatkan, aset sedia ada juga akan mengalami bebanan operasi melampau dan boleh menyebabkan kerosakan yang lebih cepat, akibatnya - kena juga keluar duit untuk kos pembaikan tambahan, disebabkan menangguh keperluan yang sepatutnya ditambah bagi menampung keperluan sedia ada.

Akhirnya apabila perolehan aset ditangguh, yang sedia ada perlu di kerja keraskan untuk tugasan rondaan dan pencegahan, namun apabila yang sedia ada juga dah sampai di tahap tidak lagi termampu...inilah jadinya kot

photo - kredit to otaimanjung

FIKIR-FIKIRKAN LAH.......

What if suasana dimana keperluan ini benar-benar diperlukan, masa tu baru nak fikir kot....la kenapa tak dari awal kita sediakan kapal kapal yang mencukupi...DAH LAMBAT KOT MASA TU.

wake up lah semua SEMENTARA KITA MASIH TERHEGEH-HEGEH nak menambah kapal MRSS, Indonesia yang negaranya yang kita katakan lebih miskin dari kita telahpun mempunyai kapal LPD baru bagi memenuhi keperluan  semasa TNI-AL mereka. Kita masih lagi dok terhegeh-hegeh, sampai si KD PARI ni tenggelam pun masih tak boleh nak fikir lagi.

Apa yang penulis lihat ialah kekurangan kapal sedia ada untuk menampung operasi masa kini yang semakin mencabar.khususnya perairan sabah dan spratly.

Spesifikasi:

Name : KD PARI, No Penant : 3510
Builders : Hong Leong-Lurssen, Butterworth
Commissioned : 23 Mar 1977
Displacement, Tons : 244 full Load
Dimensions, feet(meters) : 147.3 X 23 X 8.3 (44.9 X 7 X 2.5)
Main Machinery : 3 MTU MB 16V 538TB90 diesel, 9000 hp(m) (6.6 MW) sustained, 3 shafts
Speed, Knots : 32
Range, n miles : 2000 at 14 kt.
Complement : 36 (4 Officers)
Countermeasures : ESM: Thales DR 3000,
Intercept.
Radars : Surface search: Kelvin Hughes 1007,
I-band.

Jika anda rasakannya memberi manfaat - please give it a stumble so others can enjoy it too.

apaajanews | kd pari | kd baung | sabah | terumbu layang-layang |

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share