Photobucket

TYPHOON VS SUPER BUG yang mana satu ?

posted in at 11:30 PG

EF2000-TYPHOON

Photos credit to: Eurofighter GmbH

Menteri Pertahanan , Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telahpun mewar-warkan tentang perkembangan terbaru cadangan perolehan bagi menggantikan pesawat pejuang MiG29, antaranya yang terkini adalah pesawat pejuang typhoon ataupun euro fighter tyhoon EF2000, perdana menteri juga dalam lawatannya ke UK juga telahpun membuat lawatan dan melihat  sendiri demonstrasi pesawat berkenaan.


Pesawat EF2000 ini juga telah disenarai pendek oleh tentera udara india, disamping pesawat pejuang RAFAEL Peranchis yang menjadi saingan ketatnya, namun adakah kemungkinan besar tentera India bakal memilih EF2000? akan diketahui tidak lama lagi Ada juga desas desus yang mengatakan bahawa pesawat ini berjaya menumpaskan pesawat SU30MKI India ketika sesi ujian.

Namun selain dari EF2000, TUDM juga sedang mencuba dan mengkaji lan-lain pesawat pejuang antaranya FA-18 E/F SUPER HORNET, RAFAEL, SU35 dan JAS GRIPEN dari SWEDEN, tetapi pada pendapat penulis persaingan hebat adalah antara Typhoon dan FA-18 E/F Super Hornet, namun bagi super bug penulis bimbang tentang kekangan dari segi perolehan persenjataan mutakhir dan kelengkapan avionic terkini menjadi permasalahan utama ,,,lain pula dengan EF2000, cuma permasalahan perolehan EF2000 mungkin datang dari segi harganya yang tinggi...ini bergantung kepada kemampuan kewangan negara untuk membiayainya.

 Super Hornet Australia - membawa senjata AGM-154C
Joint Standoff Weapon,  
bolehkan kita memperolehinya? 

Dari satu sudut positifnya pula syarikat pengeluar BAE telahpun berjanji akan membuka pusat pengeluaran komponen EF2000 di Malaysia sekiranya pesawat tersebut dipilih oleh negara. Pesawat EF2000 yang bakal dibekalkan pula adalah dari jenis yang terkini dalam klasnya...adakah dari  type Tranche 2 block 15 atau Trance 3?

Pesawat ini juga telahpun di naiktaraf sehingga terhasilnya kombinasi 'pilot helmet' terkini yang membolehkan juruterbang dapat membuat bidikan hanya melalui penglihatan dan memprioritikan keutamaan sasaran melalui suara.

typhoon helmet

Agak memakan masa yang panjang dalam proses MRCA kali ini...namun apa yang diharapkan suatu berita gembira dapat diumumkan kelak bagi memperkukuhkan lagi pertahanan ruang udara negara ....mungkin LIMA 2011 ada jawapannya ...

Apajuapun pilihannya,  TUDM sememangnya memerlukan pesawat pejuang MRCA untuk memantapkan lagi  pengawalan ruang udara negara dari dibolosi, pesawat pejuang moden yang mampu menjalankan ciri-ciri tugasan yang seimbang antara serangan darat dan juga pertahanan ruang udara, dan yang paling penting ialah  'full package of weapon'. Tiada maknanya sebuah pesawat yang canggih dengan keupayaan sistemnya tetapi mempunyai senjata yang terhad. Seperti juga penulis pernah katakan dahulu 'fitted but not with' tagline yang tidak boleh diadaptasi untuk kegunaan pertahanan negara.

Tak kan dah kena serang baru nak pasang senjata kot....bila nak order...dan bila pula nak sampai order tu...dan bila dah sampai mengambil masa pula nak pasang....takkan pasang terus dioperasikan tanpa ujian...and by that time ...dah jadi pada jarak ...dah negara kita...fikir-fikirkanlah. Penggunaan peralatan sistem pertahanan, bukanlah semudah kita beli kereta baru ...dapat kunci start dan jalan...kenderaan awam bolehlah buat macam tu.

LIMA2011 UPDATE: FA-18D: Kekal dan diupgared perkara berikut:

- GPS improvements
- A color, moving-map cockpit display
- Identification Friend or Foe Interrogation capabilities
- Addition of the Joint Helmet Mounted Cueing System
- Maintenance and air crew training for these systems.


base on writers opinion only - apaajanews
apaajanews | TYPHOON EF 2000 | SUPER BUG | FA-18 E/F | RAFAEL | SU35 | TUDM MRCA | SUPERHORNET pesawat pejuang MiG29 TUDM


lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share