PAMERAN DSA 2012

PAMERAN DSA 2012

posted in , at 10:08 PTG

DSA 2012

Defence Service Asia 2012 - apaajanews berpeluang membuat liputan pada pameran kali ini


Pameran DSA2012(Defence Service Asia) kembali lagi, pameran yang diadakan setiap 2 tahun sekali ini, seperti biasa akan diadakan di PWTC Kuala Lumpur, bermula 16 April - 19 April 2012, pameran peralatan pertahanan khusus untuk pasukan keselamatan terutamanya dalam bidang ketenteraan ini bakal mempamerkan pelbagai kelengkapan dan peralatan terkini.

Pelbagai syarikat pengeluar produk pertahanan dan keselamatan dari 45 buah negara bakal membuat pameran pada kali ini 


DSA secara khusunya berjaya membawa secara terus syarikat-syarikat pengeluar peralatan pertahanan ke dalam negara mempamerkan teknologi terkini peralatan dan kepelbagaian sistem pertahanan berteknologi tinggi dan terkini, secara tak langsungnya mempermudahkan kita untuk melihat disamping mendapatkan rujukan secara terus dengan syarikat-syarikat pengeluar dari luar negara.

DSA 2012 pada kali ini juga, pada pendapat penulis bakal mempamerkan lebih banyak peralatan pertahanan  keluaran dari syarikat tempatan.

Penulis diberi peluang untuk membuat liputan pada pameran DSA 2012, beberapa produk pertahanan tempatan bakal penulis terjah untuk dijadikan artikel  sepanjang pameran ini berlangsung, antara yang bakal menjadi tumpuan utama penulis adalah APC AV8  8x8 keluaran syarikat DEFTECH, walaupun bukan model sebenar, namun 'mock-up' tersebut bakal penulis 'close up' secara terperinci.

AV8 PARS
AV8 PARS - ketika diuji nilai kemampuannya

Nantikan liputan produk pertahanan dari apajaanews pada minggu hadapan.

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

Comments (10)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Tahniah bro sbb dpt buat liputan kat DSA kali ni...denga2 pameran ni x dibuka kpd org awam kan? Tak saba nk tgu review dr bro...Tahniah.
My recent post Bekas Anggota TLDM Bakal Bukukan Pengalaman 72 Jam Terapung DiLaut
1 reply · active 676 weeks ago
betul bro...semoga peluang yang diberi ini dapat saya membuat close up dengan lebih banyak, memandangkan akhbar tempatan kebiasaannya hanya membuat liputan secara am sahaja
Saya pun baru tahu pameran ini melalui akhbar. Orang awam boleh mengunjung pameran ini?
My recent post Pendapatan blog pertama selepas 4 tahun
1 reply · active 676 weeks ago
tapi tidak terbuka untuk orang awam bro, apapun saya akan cuba buat priview terbaik kesempatan yang diberikan pada 'blog apaajanews' tidak akan dilepaskan begitu sahaja.
Lama sudah tidak berkunjung ke DSA ni .... dulu masa askar pernah juga jadi AJK kecil DSA .... :D
My recent post PIALA AFF SUZUKI 2012 - PRESTASI SEMASA PASUKAN-PASUKAN ASEAN
1 reply · active 676 weeks ago
memang teruja kapt kalau dah dapat melawat
wat la review latest tech kat pameran ni..mesti menarik.. :)
My recent post Pendidikan Percuma : Impian atau Kenyataan ?
1 reply · active 676 weeks ago
insyaallah....berharap untuk membuat preview juga berkaitan advance protection system
salam bro, aku suka pasal ketenteraan ni, kalau boleh tangkap gambar kasi banyak skit
My recent post Kepentingan Penjenamaan Blog dan Subdomain
1 reply · active 676 weeks ago
minggu depan ...mulai isnin entry semua berkaitan DSA2012 je, tengah plan nak separatekan section militari ni kepada satu blog khas untuk berita dan perkembangan teknologi militari

Post a new comment

Comments by

share

The last comments for

GOWIND CLASS MENJADI PILIHAN SGPV KEDUA MALAYSIA

jone

Okutandental is a dental clinic that provides various dental services including cosmetic dentistry, ...

February 06, 2023 12:04:55 Jump to

The last comments for

waze aplikasi navigasi android

noisecontrol

Acoustic Panels Solutions Perth...

July 17, 2021 09:05:55 Jump to

The last comments for

MRSS SHIP UNTUK TLDM PART3

Amazing Post! very interesting and useful post........October 12, 2019 01:49:12 Jump to

Great post. Happy to read this post.

June 11, 2019 13:48:06 Jump to

Glad to find this post. Happy to read this post.

December 13, 2018 06:34:54 Jump to