SEPINTAS LALU MENJELANG PAMERAN DSA 2012

SEPINTAS LALU MENJELANG PAMERAN DSA 2012

posted in at 5:26 PTG

DSA2012

DSA2012 - PINTU MASUK SEHARI SEBELUM PELANCARAN PAMERAN, YANG PASTINYA PINTU MASUK INI ESOK BAKAL PENUH SESAK

Pagi tadi penulis sempat menjengah sebentar ke DSA2012 di PWTC yang akan berlangsung bermula esok, memang banyak persiapan akhir sedang dilakkukan oleh para pempamer, kesemua krew bertungkus lumus menyiapkan kelengkapan pameran masing-masing.

Penulis kesana untuk mendapatkan pas 'Alternative Media' yang dikhususkan untuk blogger, terima kasih kepada encik Razman dan staff pendaftaran diatas kerjasama mereka. Kalau nak membuat pendafaran esok pastinya keadaan akan lebih lama memandangkan esok hari persamian pameran,,,seperti biasa pengunjung berambah ramai...pastinya masa terhad penulis unuk membuat prebiu akan terjejas.

Sebab itulah pagi ini, penulis berkejar ke sana untuk mendapatkannya, sempat juga berbual dengan pegawai tentera yang terlibat dalam tugasan penyelaras. Antara yang sempat penulis berbual secara tak rasmi adalah dengan Mej Hanafi dari bahagian perhubungan awam ATM, pelbagai perkara berkaitan dengan alternative media penulis ajukan cadangan.

Kehadiran alternative media terutamanya blogger yang komited dalam blog content bercorak militari, secara tak langsung banyak membuka mata serta menambahkan lagi pengetahuan orang awam di luar untuk mengetahui perkembangan semasa pertahanan negara.

DCNS
DCNS - merupakan salah satu syarikat, yang membuka booth pameran mereka

NEXTER
NEXTER - juga membuka booth pameran mereka, mempromosikan produk artileri 155m yang diletakkan diatas trak, yang membolehkannya bergerak ke lokasi lain setelah melakukan penembakan, konsep sebegini amat sesuai dititikberatkan oleh ATM, memandangkan survivalliti aset amat kritikal di era peperangan moden

Impak alternative military media khususnya blogger berjaya melahirkan rasa bangga terhadap ATM khususnya, jika dilihat balik ke belakang rakyat kita khususnya lebih bangga dengan tentera luar negara, namun kini situasinya telah berubah, perkembangan teknologi serta  perolehan aset kelengkapan moden pertahanan negara menjadi suatu kebanggan rakyat negara kita, malah impak terhadap pameran ketenteraan oleh ATM mendapat sambutan luar biasa malah mereka sentiasa menantikan pameran terbuka seperti yang pernah diadakan tahun lepas di dataran merdeka.

Mungkin hari ini masa tidak begitu mengizinkan, cuma sempena DSA2012 ini berlangsung penulis harap dapat melakukan wawancara dengan beliau.

RIMAU PT PINDAD
RIMAU PT PINDAD - kenderaan APC PT PINDAD dari Indonesia turut dipamerkan pada DSA2012 kali ini, di mana ianya dikatakan bakal digunakan oleh pasukan MALBATT negara di Lebanon.

RIMAU PT PINDAD
RIMAU PT PINDAD - kenderaan APC keluaran PT PINDAD dari Indonesia turut dipamerkan pada DSA2012 kali ini, di mana ianya dikatakan bakal digunakan oleh pasukan MALBATT  di Lebanon. Nampaknya contoh versi Malaysia ini diberi nama 'rimau'.

RALAT - nampaknya cadangan perolehan mendesak ATM untuk memperolehi APC untuk kegunaan pasukan MALBATT di Lebanon, dijadikan isu, namun apa yang penulis ingin perbetulkan disini, ketika pasukan negara ke sana, PBB telah menetapkan spesifikasi APC, namun APC Condor tidak memadai untuk skop tugasan di Lebanon, penggantian APC baru untuk KEGUNAAN KHUSUS BAGI PASUKAN Malbatt perlu di cari ganti, antara pilihan yang ada ketika itu antaranya adalah APC keluaran PT PINDAD, contoh gambar di atas adalah versi yang dicadangkan oleh PT PINDAD bagi kegunaan khusus pasukan negara di Lebanon sahaja, menurut wakil dari PT PINDAD, ianya masih dalam peringkat ujinilai.

Pada hari ini juga pameran khusus pesawat A400M berlangsung di lapangan terbang Subang, penulis nampaknya tak berkesempatan ke sana, apapun awal awalpagi esok penulis akan ke DSA2012. Sebagai buah tangan pemanas untuk anda semua melihat, disini sedikit sebanyak gambar yang telah sempat penulis rakamkan.

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

Comments (19)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Acara menarik ni.. Sayangnya tak dapatlah nak menghadirkan diri. :(
My recent post F1 - Nico Rosberg Menang Di China!
2 replies · active 675 weeks ago
terujanya tengok. kalau dapat pergi best tu.
My recent post ROTU Leadership & Motivation Camp ( Bahagian Dua )
rasanya ROTU boleh masuk kot
Rimau pindad tu bape bijik yg kita nk bwk gi Lebanon bro? Ok juga beli brg dr seberang...at least nampak la kerjasama dr segi ekonomi....buat yg terbaik bro...den tgu berita dr blog jerrr la nampaknya...
My recent post VIDEO KETUA DESIGNER PROTON - Describe P3-21A Process
2 replies · active 674 weeks ago
rasenye 30 biji kot, nanti aku confirm balik....namun AV8 tempatan lebih mantop bro
apaajanews's avatar

apaajanews · 674 weeks ago

cadangan adalah sebanyak 32buah
Berapa hari event ni bro?

Teringin jugak nak singgah andai berpeluang. Aku nantikan gambar2 terbaru di blog ni. =)
My recent post Cerita Motivasi Blogger Sepenuh Masa!
2 replies · active 675 weeks ago
16-19 apr 2012, singgah je lah sini untuk dapatkan prebiu...tengah nak siapkan entry update tentang IFV/AFV AV8 buatan Malaysia ...keupayaan jurutera muda melayu tempatan yang didedahkan dengan teknologi design dan pembuatan kenderaan armor untuk ATM...aku turut berbangga
Waaa..sgt baguih tu broo...tak saba lak nk tgu berita.... :)
Kalau dapat peluang saya akan menghadiri. Ingin tahu teknologi persanjataan terkini.
My recent post Berjumpa blogger otai di majlis Sepetang Bersama Blogger oleh DenaiHati
teringin nak pergi sana..
sampai bila ye?

My recent post Menerima Hadiah VS Hadiah Diterima
1 reply · active 675 weeks ago
oo.. baru tahu pasal DSA ni...
My recent post Mulut Penuh Tahi Gigi
skng lebih bagus pilih tayar dri runut sbb mobility mmg penting..
My recent post Proton Preve’ : Apa Itu ECS ?
1 reply · active 675 weeks ago
salah satu kebaikannya
old timer's avatar

old timer · 673 weeks ago

Saya rasa pembelian Panser Anoa ini kurang sesuai untuk jangka masa panjang, walaupun kita terpaksa beli untuk jangka masa pendek bagi tugas PBB. Kecuali jika kita teruskan program pembelian Anoa untuk program penggantian Sibmas dan Condor untuk masa depan. Tetapi saya tidak akan terkejut jikalau kita memilih kenderaan lain untuk ganti kenderaan berkenaan, sebab memang dari dulu 'polisi' kerajaan adalah beli sedikit-sedikit dan berlainan daripada beli banyak tetapi sama.
2 replies · active 670 weeks ago
apaajanews's avatar

apaajanews · 673 weeks ago

Anoa adalah jenis apc yang duji untuk tugas khas di lubnan sahaja, namun kepastian mana satu yang bakal dipilih belum dipastikan, untuk jangka panjang ATM rasanya akan memihak kepada APC buatan tempatan AV8
old timer's avatar

old timer · 670 weeks ago

Bagi saya tidak ada sebab mengapa AV8 6x6 versi APC tidak boleh digunakan untuk misi UNIFIL PBB. Dahulu kita beli K200 IFV untuk tugas di Bosnia, tetapi kemudiannya beralih kepada ACV-300 untuk pertahanan tanahair. K200 dan ACV-300 tidak banyak bezanya kerana datang daripada 'design' yang sama, tetapi terdapat peralatan berbeza yang tidak boleh dikongsi bersama. 'Logistics footprint' bertambah tinggi dengan kehadiran ACV-300 walaupun tidak berapa tinggi dalam kes ini. Inilah contoh terdekat perancangan yang tidak menekankan jangka masa panjang. Justeru itu, saya harap kerajaan akan mempertimbangkan implikasi kemasukan kenderaan perisai Anoa dalam inventori ATM untuk jangka masa panjang, selepas misi UNIFIL berakhir, apa hala tuju bagi Anoa? Sebab itu saya lebih suka jika kita pesan AV8 6X6 terus dari Turki bagi kegunaan PBB, dan baki 257 AV8 dipasang di sini sebagaimana dalam perjanjian sedia ada.
RI with love.'s avatar

RI with love. · 562 weeks ago

Dont be stupid, Anoa is one of the best panser, it is originally VAB Renault built 1976 till present. Anoa is developed by Pindad on ToT by Renault. Anyway rebranding Anoa to Rimau just makes you look foolish,
i sense this just a political move to save your pride in contrary decision to use Anoa, but honestly i know ppl in mlsia is not fool, n i think you'd better ask/fight your gov not to be fooled. Regards - From RI with love.

Post a new comment

Comments by

share

The last comments for

GOWIND CLASS MENJADI PILIHAN SGPV KEDUA MALAYSIA

jone

Okutandental is a dental clinic that provides various dental services including cosmetic dentistry, ...

February 06, 2023 12:04:55 Jump to

The last comments for

waze aplikasi navigasi android

noisecontrol

Acoustic Panels Solutions Perth...

July 17, 2021 09:05:55 Jump to

The last comments for

MRSS SHIP UNTUK TLDM PART3

Amazing Post! very interesting and useful post........October 12, 2019 01:49:12 Jump to

Great post. Happy to read this post.

June 11, 2019 13:48:06 Jump to

Glad to find this post. Happy to read this post.

December 13, 2018 06:34:54 Jump to