SIPNOSIS PULAU LOMBOK DAN PELANCUNGAN

SIPNOSIS PULAU LOMBOK DAN PELANCUNGAN

posted in , , at 12:56 PG

pantai mataram

pulau lombok - salah satu permandangan pantai Mataram di Lombok

Teringat suatu ketika dulu di mana ada wanita negara kita terutamanya remaja perempuan malaysia yang heboh diperkatakan lari mengikut lelaki lombok, pulang ke pulau lombok dimana perempuan tersebut dinikah dan dijadikan isteri. 

Namun bagi si jejaka dari Lombok ini, perbuatan tersebut tidak menjadi suatu kesalahan kerana melarikan wanita idaman, di bawa balik ke kampung halaman merupakan suatu budaya dan adat mereka yang dipanggil merarik. Merarik atau Selarian adalah suatu adat di mana lelaki bujang akan menculik gadis idaman mereka dari daerah lain dan dibawa balik ke kampung mereka, untuk dinikahkan, ianya dianggap sebagai suatu bentuk “penghormatan” kepada kaum perempuan.

Adapun bila ditanya kepada wanita Malaysia bagaimana mereka boleh terpikat kepada pemuda lombok ini, ada yang mengatakan mereka tertarik dengan ayat-ayat yang diluahkan oleh pemuda tersebut,  kata- kata yang mampu mencairkan hati wanita. begitulah lebih kurangnya  Tetapi menurut cerita dari Lombok sendiri ada juga yang pandai mengunakan jampi serapah yang boleh menyebabkan wanita yang diingini itu rela dan jatuh kasih pada mereka  malah rela di bawa pergi ke mana saja tanpa dakwa-dakwi lagi.

Pernah juga mereka yang telah di bawa balik ke Malaysia, kembali ke kampung halaman, mengalami tekanan akibat merindu sang suami di lombok, walaupun mereka bersyukur dapat kembali ke tanah air. Antara yang menjadi heboh di kalangan rakyat Malaysia iaitu Bella atau Salsabila Yunan, seorang gadis remaja melayu yang juga seorang pelakon remaja di Malaysia.

Namun yang pasti, kebanyakan mereka yang dilarikan ke sana, menempuhi kehidupan yang susah dan yang pasti juga pulau lombok juga merupakan antara pulau tercantik di dunia, keindahan alam semulajadi, yang digarap oleh gunung-ganang dan pantai serta air lautnya yang jernih begitu mengkagumkan, mata yang memandang dan tak hairanlah pulau tersebut menjadi salah satu pulau wisata/pelancungan yang terkenal.

gunung rinjani
pulau lombok - gunung Rinjani salah satu daya tarikan pelancungan di Lombok, puncak gunung berapi yang mempunyai tasik  di dalamnya.

Secara geografinya pulau lombok itu kedudukannya bersebelahan diantara pulau Bali dan pulau Sumbawa di sebelah timur.

Suku Sasak merupakan bangsa dominan di pulau ini, Penduduk disini ada yang beragama hindu seperti di Bali dan juga Islam, namun majoriti kebanyakan penduduk adalah beragama Islam.

Kisah bangsa Sasak menentang penjajah Belanda, merupakan suatu kisah sejarah yang menarik, yang perlu anda dapatkan kisah terperincinya sekiranya anda bercuti ke sana.

Terdapat begitu banyak hotel hotel pelancungan di pulau lombok, semuanya tersedia untuk kita tempah ketika berada di sana.   Kebanyakan hotel dan resort boleh di temui di bandara Mataram dan juga Senggigi, seperti Lombok Beach Resort, Dream Estate,Griya Asri Hotel, Sheraton Sengigi Beach Resort dan Qunci Villas yang hanya beranggaran harga sekitar RM 160.00 ke RM 270.00 sahaja.

HOLIDAY RESORT LOMBOK
hotel dan resort - di pulau lombok banyak tertumpu di Senggigi, contoh bilik hotel, Holiday Resort Lombok

Artikel ini adalah kesinambungan entry entry terdahulu yang berkaitan dengan lombok, anda boleh lihat pada link-link untuk membaca lebih lanjut tentang pulau lombok yang telah penulis garapkan suatu ketika dahulu, dari info geografi,peta dan juga sedikit sebanyak tentang suku sasak dan beberapa video berkaitan dengannya.

Pastinya pulau lombok dengan garapan kepelbagaian alam semulajadinya, bakal menimbulkan keterujaan pada kaki foto kamera DSLR. 

Tarikh diterbitkan pada: 02 Feb 2012  

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

Comments (7)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Kisah pulau Lombok ini pernah disiarkan rancangan Nona. memang cantik pemandangannya.
My recent post Melayan karenah anak dengan membina model 3D
Kalau d Msia ni, sebut je Lombok memang org akan terbayang kes larikan pern jelah, jarang yg tahu pasal latar blkg Lombok sbg pusat placongan. :)
My recent post Selamat Tinggal Facebook
1 reply · active 683 weeks ago
sekarang dah tak dengar lagi dah cerita macam tu
baca lombok je teringat kes kes yg berlaku kat gadis2 malaysia yang berjaya dilarikan ke sana huhu
My recent post Samsung Galaxy Tab7.7 akan dilancarkan di Malaysia
Woww...nampak cam best je hotel2 kat sana...harga pun x le mahal mana pun...ada masa boleh usha2 gak tmpt nih...tp tang nama"lombok" tu yg buat den lomah sikit...
My recent post Senarai Lokasi Kaunter BR1M di Seluruh Malaysia 2012
1 reply · active 683 weeks ago
secara ringkas garapan info tentang geografi lombok,budaya,pelancungan dan hotel dan resort untuk dijadikan rujukan.
secara ringkas garapan info tentang geografi lombok,budaya,pelancungan dan hotel dan resort untuk dijadikan rujukan.

gilimenomojo

Post a new comment

Comments by

share

The last comments for

GOWIND CLASS MENJADI PILIHAN SGPV KEDUA MALAYSIA

jone

Okutandental is a dental clinic that provides various dental services including cosmetic dentistry, ...

February 06, 2023 12:04:55 Jump to

The last comments for

waze aplikasi navigasi android

noisecontrol

Acoustic Panels Solutions Perth...

July 17, 2021 09:05:55 Jump to

The last comments for

MRSS SHIP UNTUK TLDM PART3

Amazing Post! very interesting and useful post........October 12, 2019 01:49:12 Jump to

Great post. Happy to read this post.

June 11, 2019 13:48:06 Jump to

Glad to find this post. Happy to read this post.

December 13, 2018 06:34:54 Jump to