SOCIAL MEDIA AWARD 2012
SOCIAL MEDIA AWARD 2012 - ramai rakan blogger yang mencuba nasib
Tak ada benda apapun hari ini yang, penulis nak khabarkan, asalnya nak coretlan sedikit kisah nostalgia waktu kecil dahulu yang ada kaitannya dengan persilatan, terlalu banyak pula nostalgia kisah persilatan ini, walaupun penulis bukanlah seorang ahli bela diri mana mana silatpun, tetapi ramai kenalan sahabat dari kecil...segagan yang kini ternama seantero Malaya dalam bidang ilmu persilatan ...akhirnya tak jadi nak dikisahkan, masa belum mengizinkan. Namun telah berpuluh tahun tak bertemu...kini sedang mencari kembali susur galur kawan kawan lama.
Dulu-dulu mana ada internet dan handphone, kalau dah masing-masing berhijrah....alamat terputus hubungan la
Penulis dulu masa kecik-kecik memang suka tengok orang bersilat, tapi bila tengok...tok guru silat mengajar main hentak dan hempok atas lantai semen..terus tak jadi...nak belajar he he. Namapun silat tak kanlah nak ajar lembut lembut pulak...betul tak.
Kemudian sempat juga penulis menjenguk laman social media award 2012, nampaknya setakat malam ini Denaihati teratas dengan mata 439 bagi kategori best of the best blogger of the year dan yang paling penulis tak sangka, rakan blogger kita benjy mencalonkan blognya sebagai the worst blog of the year, siap bagi kempen lagi, berada pada senarai teratas dengan 600 mata.
Bro Benjy kau memang pandai bro, stratergi reverse engineer menjadi, dan sekiranya terpilih, secara tak lansungnya blog baru setahun jagung ini bakal meledak rankingnya dan bakal dikenali ramai...itulah yang ditargetkan betul tak.
Apapun selamat maju jaya kepada yang bertanding...apajaanews tahun depan kot