TINTA DAN DOSA
SALAM SEJAHTERA buat semua rakan blogger, tercari cari entry yang bakal hendak aku tintakan pada hari ini, namun satu persatu,,,terbantut.
Ternyata semenjak ke belakangan ini, aku agak berat untuk bertinta diatas layangan kertas bayangan dunia ini (internet). TAKUT TERTINTA SESUATU YANG MENGGURISKAN mana-mana hati dan perasaan, apatah lagi gurisan itu tak aku ketahui siapa dirinya...dan mampukah aku untuk menjawabnya di alam hidup sesudah matiku.
Itulah yang paling aku takuti, apa yang aku noktahkan ialah biar lah berhati-hati dalam bertinta...semoga menjadi BERKAH kepada yang menyinggah...itukan lebih mulia. Mungkin usia menjadikan aku lebih berhati-hati.
dalam menulis kita kadang-kadang lupa melihat samada apa yang kita tulis dan paparkan itu, mampu memberikan manfaat ataupun hanya menambahkan lagi dosa.
Sekiranya ada yang terguris...seribu maaf aku pohonkan. Semoga tinta ini juga menjadi pedoman juga buat rakan rakan sekalian. Lebih baik menulis sesuatu yang memberi manfaat daripada menghidangkan sesuatu yang boleh menambahkan lagi dosa. Sekadar mengingatkan buat diri aku sendiri.
haidenzaffuto says: Microtouch Solo Titanium - iTanium Arts
Our
Aree Tone WoW says: Pesara tentera kena ubah minda....berusaha ke arah lebih ...macam tuan cakap hanya berniaga di...
Aree Tone WoW says: Pesara tentera kena ubah minda....berusaha ke arah lebih ...macam tuan cakap hanya berniaga di...
ahchai motor says: Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Anonymous says: Waw hebat dapat juara mancing ya
Mohd Rozaiman says: ...angle nyer cantik...cam dslr tu...