Mengejar Khusyuk dalam Solat
KHUSYUK DALAM SOLAT - kita perlu mencarinya melalui kesabaran dan keihklasan dalam diri, sila hayati ayat tertera pada gambar diatas sebelum meneruskan ...pembacaan artikel ini
Sepertimana yang kita ketahui, solat memang menjadi kewajipan kita setiap hari, sesuatu yang wajib hukumnya dalam islam dan tiada alasan rekaan minda yang boleh kita gunakan untuk mengelak dari menunaikannya.
Kita akan menunaikannya setiap kali setelah azan berkumandang , menandakan masuknya waktu solat, sebanyak 5 waktu dalam seharian dalam hidup kita.Dalam kita menunaikannya...penulis selalu mencari khusyuk dalam solat, bukan mudah untuk mencari khusyuk dalam solat...kesabaran dan keihklasan antara kuncinya.
mememahami makna ayat/surat yang dibaca juga akan menjadikan kita lebih khusyuk. Secara amnya khusyuk dalam sembahyang bukan boleh dipelajar secara teori dimana ada subjek khas untuk anda mencapainya ...tidak sebegitu, walaupun ada petua orang memberikan beberapa panduan.
Namun nikmat khusyuk itu....ada kaitannya dengan ikhlas dan kesabaran dalam diri kita, dalam kehidupan kita belajar mengerti erti kesabaran itu amat perit, melawan nafsu amarah bukan sesuatu yang mudah untuk kita sebatikan dalam diri...namun bagi mereka yang berupaya menelan amarah...akhirnya walaupun memakan masa yang panjang...mereka berjaya mendapat ilmu kesabaran...pada mereka yang telah merasai pengalaman tersebut tentu memahami.
Apabila memperolehi kesabaran....maka keikhlasan mudah disebatikan, kerana bagi penulis sabar dan ikhlas itu bersaudara, dari bersabarlah kita belajar keihklasan. dan dengan keihklasanlah...kita akan temui khusyuk dan nikmatnya khusyuk dalam solat.
Dimana akhirnya kita kan menjadi seorang hamba yang hatinya sentiasa menanti dan merindui kedatangan waktu solat, seolah olah kedatangan waktu solat seterusnya itu terlalu lama...untuk ditunggu.
Pernahkah kita merasai seperti itu...atau kita hanya seorang hamba yang hanya ingin mempercepatkan selesainya solat dengan meninggalkan sunat, yang kita lakukan setiap hari.
Secara asasnya untuk mempelajari sabar dan keihklasan dalam menunaikan solat...belajarlah untuk tidak tinggalkan perkara sunat dalam solat, membaca ayat atau surah yang kita fahami maksudnya,walaupun tak panjang, itu lebih baik untuk mendapakan khusyuk, menghayati setiap perbuatan dan bacaan.
Sedikit kisah untuk dikongsi bersama