BERIADAH DI TASEK AMPANG HILIR
Kegiatan riadah untuk menyihatkan badan dan memennagkan minda di kawasan ampang, penulis sempat ke pusat riadah yang berlatarkan tasek(bekas lombong) yang cantik setelah dimajukan oleh pihak DBKL baru baru ini, walaupun telah agak lama dibuka, kini baru penulis berkesempatan untuk melawat secara lebih dekat.
Memang aman, sesuai untuk melakukan kegiatan sukan diluar rumah bersama keluarga, jika dibandingkan dengan lain-lain tempat riadah di kawasan Kuala Lumpur ini, bagi penulis inilah tempat yang dikategorikan tenang untuk menjalankan riadah ataupun untuk merehatkan minda, suasana disni lebih aman dari hiruk pikuk kesan akibat terlalu ramai pengunjung.


Ianya terletak bersebelahan dengan highway KESAS, anda boleh memasuki taman radah ini melalui jalan ampang hilir. Terdapat juga beberapa gerai yang menyajikan makanan dan minuman untuk para pengunjung, gerai disini juga ternyata bersih dan pekedainya juga ramah.


Sekiranya anda inginkan tempat riadah yang aman dan tenteram datanglah ke sini. setelah penat berjogging , duduk duduk ditepi tasek ini, ermmm memang menenangkan jiwa, cuma satu penulis lupa nak semak, waktu masuk dan tamat waktu untuk beriadah di dalam kawasan tasek ini..

Apapun tahniah buat DBKL yang berjaya mengubah tempat ini yang dahulunya, tak bermaya dan kotor, kini menjadi suatu tempat riadah yang mana kebersihannya amat terjaga sekali.
haidenzaffuto says: Microtouch Solo Titanium - iTanium Arts
Our
Aree Tone WoW says: Pesara tentera kena ubah minda....berusaha ke arah lebih ...macam tuan cakap hanya berniaga di...
Aree Tone WoW says: Pesara tentera kena ubah minda....berusaha ke arah lebih ...macam tuan cakap hanya berniaga di...
ahchai motor says: Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Anonymous says: Waw hebat dapat juara mancing ya
Mohd Rozaiman says: ...angle nyer cantik...cam dslr tu...