LITTLE PHOTO | APLIKASI ANDROID
Sepertimana artikel yang lalu penulis ada mengisahkan tentang penggunaan aplikasi kamera efek android Magic Canvas, kesinambungan dari itu, kini penulis telah menguji satu lagi aplikasi efek android untuk digunakan pada telefon bimbit android anda, dengan kepelbagaian efek yang ada pada aplikasi Little Photo ini membolehkan anda mempelbagaikan lagi sudut seni pada foto yang telah diambil menggunakan telefon bimbit anda.

Antara efek yang penulis suka dengan aplikasi ini adalah, efek 'f/1.4 lens' dan 'Magic Powder'. Terdapat berbagai jenis efek lain untuk menceriakan foto yang diambil antaranya ialah star falling, lomo film,dry rose,lover candle,mystery,black and white dan pelbagai lagi yang tak tertulis disini, terlalu banyak.



Disini penulis sertakan beberapa gambar yang telah penulis sentuhkan dengan beberapa efek hasil dari aplikasi Litle Photo ini, penggunaanya amat mudah, anda boleh memuat turun aplikasi ini di android market -litle photo. Perisisan ini adalah percuma dan mungkin sesuai dengan telefon bimbit android anda. Aplikasi ni telah dikeluarkan oleh AppBrain.


Semoga aplikasi ini dapat membantu anda untuk menambahkan lagi kecerian pada foto-foto yang telah anda rakamkan bersama telefon bimbit anda, aplikasi ini sesuai untuk kegunaan telefon bimbit jenis Samsung Mini Galaxy yang digunakan oleh penulis. Selamat mencuba.
haidenzaffuto says: Microtouch Solo Titanium - iTanium Arts
Our
Aree Tone WoW says: Pesara tentera kena ubah minda....berusaha ke arah lebih ...macam tuan cakap hanya berniaga di...
Aree Tone WoW says: Pesara tentera kena ubah minda....berusaha ke arah lebih ...macam tuan cakap hanya berniaga di...
ahchai motor says: Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Anonymous says: Waw hebat dapat juara mancing ya
Mohd Rozaiman says: ...angle nyer cantik...cam dslr tu...