JUARA PANCING IKAN

JUARA PANCING IKAN

posted in at 8:36 PTG

Minggu lepas penulis satu keluarga pergi beriadah di lembah pangsun, hulu langat, anak-anak beria-ria nak pancing ikan, maklumlah mereka tak pernah memancing, sibuk suruh cari pancing...dok di bandar manalah nak cari batang buluh...hari pula dah petang...

juara memancing ikan

pancing ikan - juara pancing mengambil hadiah
Penulis berfikir sejenak...kalau masa kecil-kecil dahulu dikampung, senang sahaja kalau nak buat pancing ikan, cari aja batang buluh, pergi kedai beli tali tangsi.. dan mata kail...ikat pada batang buluh dah siap...semua bahan ada di sekeliling rumah, maklumlah kampung semua bahan asas semuladi berhampiran dengan rumah...lainlah kalau tinggal di hutan batu...semuanya agak sukar diperolehi.

pertandingan pancing ikan
pancing ikan - ha...dah dapatpun seekor ikan


Terfikir pula...penulis ada seorang rakan yang sememangnya kaki pancing...selepas menelefon, penulis dapat pinjam 2 pancing ikan daripadanya. Lega rasa hati...tak adalah yang muncung esok pagi..fikir penulis.

Sampai sahaja di Pangsun, dah sibuk nak pancing, ada pertandingan suka-suka, jadi siapa yang dapat ikan terbesar dikira pemenang , acara untuk famili dan anak-anak. Anak-anak ni kali pertama memancing...jadi keterujaan mereka tu sangatlah ditahap keterlampauan.

umpan pancing
umpan pancing ikan - ha...bagi roti gardenia je

Penulispun turut cuba meancing di kolam, selang beberapa minit, dapat ikan kemudian dapat lagi...nampaknya penulis sendiri yang dah mula ketagih...anak-anak apa lagi semuanya nak mencuba...mereka bergilir--gilir memancing...akhirnya salah seorang berjaya mendapat ikan Talapia yang agak besar.

Penulispun berbisik pada anak-anak...ha ada harapan menang jadi juara ni, akhirnya setelah juri semua membuat keputusan, ikan tersebut adalah terbesar...ala besar tapak tangan je.

Hmmm...sukalah anak-anak usaha mereka berbaloi dan berjaya memenangi tempat pertama dan dapat hadiah hamper jajan. Seronok juga bila ada acara sebegini bersama famili, bertambah suka bila dapat hadiah.

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

Comments (20)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Wahahaha.. hebat juga tu first time memancing terus jadi "champion" :D

My recent post Aktiviti Hujung Minggu #2
1 reply · active 683 weeks ago
tu yang seronok tu
umpan roti gardier tu yg buat ikan talapia tu sambar, roti mahal. tahniah bro
My recent post Arsenal vs Tottenham and Carling Cup Final
1 reply · active 683 weeks ago
he he...tapi menurut pakar pancing...talapia je suka roti ...lain ikan lain pulak umpannya bro..tapi itulah umpan paling mudah...untuk anak-anak mencuba pancing
Ikan sekarang memang dahsyat, umpan pun nak roti Gardenia, pernah guna trick sama masa pancing d kolam USM dulu2 :)
My recent post Download NDrive Southeast Asia v11 GPS Navigation Untuk Android
1 reply · active 683 weeks ago
tu tak tengok lagi umpan strawberry,coklat, perasa durian dan belacan lagi....he he...macam macam kaki pancing punya umpan
Umpan tu yang tak tahan, nampak sangat beza antara ikan bandar dan kampung. Kalau ikan kampung suka makan cacing, ikan bandar makan roti, gardenia lak tu :) Okeylah tu, at least anak saudara dapat juga pengalaman yang berharga daripada acara tu, tahniah.
My recent post Jalan-jalan cari makan kat Padang Besar
1 reply · active 683 weeks ago
dok bandar umpan roti paling mudah nak disiapkan
Ini kalau suami saya baca nih,mau dia ajak anak bujang dia ke sini. Kaki pancing diorang tu
My recent post Vaccinated
anak perempuan suka memancing ye...bagus betul, biasa anak lelaki je yg suka aktiviti cam ni :D
My recent post Informasi: Cara - cara menukar Kad ATM CIMB ke Kad Debit
1 reply · active 683 weeks ago
apaajanews's avatar

apaajanews · 683 weeks ago

dia orang tak pernah pancing...ni first time...tu yg berebut nak pancing tu
Sudah lama tidak memancing ikan. Kali terakhir bebelas tahun yang dahulu memancing ikan laut di Batu Ferringhi Pulau Pinang. :-)
My recent post Jangan ambil bukan hak kita
1 reply · active 683 weeks ago
kalau dah biasa pancing laut ni ...mesti kaki pancing berpengalaman ni...he he
pandainya anak dara tu pancing ikan?? good girl!
My recent post Bila Atok Dan Romeo Buat Peace..
laa...ingatkan juara menang hadiah ke hape tadi..hehe
reti pancing tp x reti nk lepaskan ikan dri kail..huhu
My recent post Aku anak Felda
yang penting happy...nak2 dapat bersama dgn keluarga lak...lagi best...tahniah den ucapkan bro.... :)
My recent post Memancing di PipeLine, Dungun Terengganu
2 replies · active 683 weeks ago
apaajanews's avatar

apaajanews · 683 weeks ago

apa lah sangat bro...pancing kolam main main je....lainlah bro master pancing laut
Iskk....master apenya...pening gak dek alunan ombak laut tu bro... :D
My recent post Siri Pahlawan Islam - Umar Mukhtar
wahai lelaki x tercabar keeee budak ja broo

Post a new comment

Comments by

share

The last comments for

GOWIND CLASS MENJADI PILIHAN SGPV KEDUA MALAYSIA

jone

Okutandental is a dental clinic that provides various dental services including cosmetic dentistry, ...

February 06, 2023 12:04:55 Jump to

The last comments for

waze aplikasi navigasi android

noisecontrol

Acoustic Panels Solutions Perth...

July 17, 2021 09:05:55 Jump to

The last comments for

MRSS SHIP UNTUK TLDM PART3

Amazing Post! very interesting and useful post........October 12, 2019 01:49:12 Jump to

Great post. Happy to read this post.

June 11, 2019 13:48:06 Jump to

Glad to find this post. Happy to read this post.

December 13, 2018 06:34:54 Jump to