KARAOKE DAH TAK BOLEH?
KAROK REDBOX - seperti ini lebih sesuai dan selesa untuk berkaraoke secara berhemah...ermm madam sesi karok ke sesi makan - photo kredit madammondoq
Nampak gayanya karaoke dah tak dibenarkan lagi beroperasi, kerana terdapat laporan yang mengatakan wujudnya gejala negatif sosial berlaku, terutamanya golongan remaja yang gemar berkaraoke.
Orang ramai kurang senang dengan gelagat remaja yang berpelukan dengan pasangan ketika berkaraoke, dan kewujudan kemudahan karaoke ini...boleh mengundang masalah gejala sosial negatif. Kini kemudahan tersebut disalah satu pusat karaoke telahpun menghentikan operasinya.
Dok sibuk-sibuk pasal KAROK NI, teringat pulak sesi KAROK MADAMMONDOQ bersama bloggger...tentu terkedu bila baca berita ini...dah tak bolehlah nak buat sesi karok lagi....kesianpun ada...simpatipun ade juga...baru je plan nak buat sesi karok kedua...jangan tak caye pula brader ZUL UMBRELLA pun turut serta, kelas gitu....he he, apapun madammondoq....relax and bawa bertenang ye ...baca lagi berita di bawah ni.
Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) membuat keputusan menghentikan pengeluaran lesen KARAOKE KOTAK, yang banyak boleh kita lihat wujud di shopping complex, bagaimanpun cuma karaoke kotak je tidak lagi mendapat kelulusan lesen baru, ini bermakna no more karaoke kotak.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelesenan dan Peniaga Kecil MPK, Datuk Suhaimi Sulong, berkata, keputusan menghentikan pengeluaran lesen kepada pengusaha terbabit berdasarkan aduan diterima.
Karok Kotak seperti inilah yang telah dihentikan operasinya di Kuantan, kerana aduan orangramai mengenainya, banyak mengundang perlakuan gejala kurang bermoral di kalangan remaja, ermm dek kerana nila setitik ...habis korang dah tak boleh nak berkaraoke lagi....
KARAOKE KOTAK - atau sinonim dengan nama jamban yang telah tidak dibenarkan lagi beroperasi di Kuantan, Pahang
Menurutnya, kewujudan karaoke terbabit menimbulkan rasa tidak selesa dan permasalahan sosial seperti penyalahgunaan dadah dan maksiat adalah sebab keputusan itu dibuat, ada yang panggil karaoke kotak ada juga sebut karaoke jamban...dan ada juga sebuat KAROK mungkin singkatan pada perkataan karaoke yang panjang.
Kesimpulannya madammondoq tak perlulah nak nak risau sangat ye...ahaks...saje buat gempak.