Photobucket

RENTAKA MELAYU

posted in at 10:21 PTG

rentaka | lantaka | swivel gun |

RENTAKA MELAYU - antara salah satu jenis yang digunakan oleh kerajaan melayu lama.

Kita pernah belajar sejarah Melayu dan kita selalu dikaitkan pahlawan melayu itu dengan keris, begitu juga sejarah menceritakan kepahlawanan Melayu itu tak pernah lekang dengan keris, sejenis senjata yang digunakan pahlawan melayu dalam pertempuran jarak dekat.

Namun kita agak terkebelakang dalam memaparkan lain-lain senjata di alam melayu, seketika mereka berperang dan mempertahankan tanahair, Rentaka juga sebenarnya adalah senjata yang telah lama digunakan di alam melayu, atau dalam bahasa inggerisnya disebutkan sebagai 'swivel gun'.  Rentaka merujuk kepada salah satu daripada senjata api tradisional Melayu yang menggunakan ubat bedil.

rentaka | lantaka | swivel gun |
RENTAKA MELAYU - beginilah cara ianya digunakan, penulis agak kebingungan bagaimana ia digunakan, tetapi melalui gambar ini semuanya telah jelas.

Reka bentuk rentaka adalah jenis bedil mudah alih dan agak kecil, lebih pendek berbanding Lela. Pada kebiasaannya, rentaka diperbuat daripada besi atau gangsa dan sering dipasang pada perahu pedagang yang berlayar di perairan Kepulauan Melayu. Meriam ini digunakan bagi mempertahankan diri dari serangan lanun.

Sungguhpun kebanyakan rentaka memiliki berat di bawah dua ratus paun, dan banyak yang hanya beberapa paun, rentaka terbesar memiliki berat melebihi seribu paun dengan sesetengah seberat melebihi satu tan. Banyak daripada meriam yang indah ini dipasang pada tenggekan. Rentaka yang kecil boleh dipasang pada mana-mana termasuk pada tiang layar. Meriam serdahana biasanya digunakan pada susuran tepi kapal yang diperkukuh dan dikenali sebagai meriam susuran (" rail guns " ) . Meriam tenggekan yang terberat dipasang pada pedati meriam bagi menjadikan ia lebih mudah alih.


Rentaka merupakan antara senjata melayu popular yang digunakan oleh kerajaan melayu silam, ianya terkenal di sekitar Borneo, Brunai, filipina(moro) ,tanah melayu dan juga di Indonesia. Manakala meriam besar telah dibuat di Patani, oleh kerajaan melayu di Patani.

Antara meriam yang terkenal di alam melayu adalah seperti berikut, meriam lela, meriam badak berendam, dan meriam Sri Pattani dan meriam Singgora

Roughly a century after firearms were invented by the Arabs, the Malays began making guns. Evidence of these activities were documented by W Linehan in his paper entitled Some Discoveries on the Tembeling. On the banks of the Tembeling river in peninsula Malaysia he found molds that were used to cast cannons in the 13th or 14th century.
According to the conqueror of Malacca,Alfonso d'Albuquerque, Malaccan gun foundries were as good as those in Germany; This could mean they were better than Portuguese ones but the most powerful guns in those days were made by the Ottoman Turks. When the Portuguese defeated Malacca, they found thousands of cannons including an extraordinarily large one which Alfonso sent to his Hindu ally the Zamorin of Calicut.
Penggunaannya telah lama digunakan sehinggakan portugis sendiri ada menulis tentang perkara ini, ketika menyerang Melaka, sejarah penggunaanya juga ada tertulis ketika perang naning dan pasir salak.

Kisah Filem 'Queen of Langkasuka' ada menceritakan pembuatan meriam besar tersebut, di mana suatu masa dahulu kisahnya ada berkaitan dengan kerajaan melayu kedah, tentunya sejarah Lembah Bujang ada kaitannya, tetapi hanya kajian yang mendalam tentang lembah bujang yang masih tertanam, sejarahnya.  


Sedikit sebanyak tentang sejarah melayu yang mungkin generasi kini tidak di ketahui...dan misteri sejarah melayu itu seolah olah dilenyapkan...mengapa? Penulis belum berkesempatan untuk melawat lembah bujang, mungkin bila berkesempatan nanti...bolehlah membuat sedikit kajian.

Penulis berharap akan terus dapat membuat update tentang rentaka dan meriam  melayu dari masa ke semasa, sekiranya ada menemui info terbaru berkaitan dengannya, Sekadar untuk menambahkan ilmu pengetahuan sejarah melayu yang dilupakan oleh bangsa generasi muda melayu masa kini, yang mungkin merasakan sejarah melayu itu kolot dan tak bertamadun.  
Mungkin sekiranya rakan-rakan blogger yang berkesempatan melawat ke pusat sejarah pasir salak, muzium tentera di port dickson dan muzium kota Ngah Ibrahim serta dari kawasan lain dapat membuat pertambahan artikel tenang kesianmbungan RENTAKA ini.

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share