Photobucket

SUAMI RINGAN TULANG

posted in at 3:53 PTG

ringan tulang

BANTU ISTERI - rajinkah si suami membantu isteri meringankan kerja rumah

Kadang-kadang kasihankan tengok ister-isteri masakini, terutamanya yan bekerjaya, siang bekerja petang balik ke rumah kena pulak menguruskan rumahtangga, mana nak mengemas, mana nak melayan anak kecil, mana nak memasak lagi untuk makan malam.

Kalau tak masak kebulur pulak anak-anak, situasi ini mungkin tak berapa dirasai sangat bagi yang baru bernikah, al maklumlah baru bernikah...tingal berdua je....malas masak pergi kat luar makan...senang cerite komitment belum banyak lagi....baru kawin la katakan...lebih komitment kat tut...je   he he.

tapi bagi yang dah beranak-pinak ni terutamanya yang ada anak kecil, tentu amat meletihkan...bak kata orang putih.....stress.

Agaknya sebagai suami....ada tak perasankan situasi ini, adakah anda sanggup meringan-ringankan tulang sama-sama membantu...isteri dalam membereskan hal hal kerja rumah...setidak tidaknya sapu sampah ke, melayan anak ke, membasuh pinggan ke, tolong basuh baju ke, atau but buat poyo je...bace suratkhabar atau tengok tv.

Rasanyalah bagi penulis kaum suami jua perlu membantu, jika si suami bantu....ermmm hilanglah rasa penat lelah si isteri dan bertambah sayanglah si isteri pada sang suami, tapi kadang-kadang tu...malas juga nak menolong,

pengalaman penulis...buat dengan ikhlas...insyallah kita tak rasa penat, malah Allah gantikan penat itu dengan dengan perasaan kepuasan dan lapang dada,

ERmmmmm...apa komen cik jah, cik jah sekalian

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share