wakenaTAG
kena tag - first time kena tag, imej by: apaajanews
SALAM satu blogger, ermm tak sangak pula kena tag oleh mymekar, mula mula tak perasan juga tapi bila refresh blog nampak kat bawah ada komen TAG, jadinya inilah kali pertama blog apajanews kena tag, sebelum ni pernah juga terbaca pasal blogger kena tag
hairan juga macam mana tag ni....lame jugalah mencari petunjuknya...penulis memang blur skit pasal tag tag ni...nasib baik cik ct intanterpilih membantu memberi sedikit penerangan...malu den. sempat bersoaljawab dengan cik ct sebentar...tak apalah tentang soaljawab tu akn datang pada next entry
sekarang ni nak kena jawab soalan dari mymekar dulu:
1. Perkara yang boleh menceriakan hidup anda
bila tiada hutang langsung
2. Tajuk dan sinopsis novel/buku yang kali terakhir anda baca
Think Big And Kick Ass - Donald Trump
3. Nama bunga yang digunakan untuk membuat nasi kerabu supaya berwarna biru
bunga biru...baju kelabu dah lame tak makan nasi kerabu..ho ho ho...
marvelous x2
4. Hal yang memalukan pernah terjadi dalam hidup anda
malu beso den bila tak tahu apa yang perlu dibuat apabila ditag...nasib
baikla cik ct intanterpilih ni mesra alam sempat bertanya
5. Keistimewaan pasangan hidup anda ( kalu belum kawin, special friend pun bole)
rahsia suami..he he
6. Pandangan tentang filem/drama ala seram yg banyak ditayangkan sekarang
filem ala seram...as long as filemnya bagus dan mampu memberi kepuasan pada
penonton...tak menjadi masalah, memandangkan buat filem ni adalah
perniagaan...jadi trend dan selera penonton perlu diutamakan
...kalau tak nanti rugi sape nak bayar kos. win win situation la.
7. Rancangan TV yang anda rasakan memberi manfaat kepada penonton? Kenapa?
The Apprentice, kenapa....mengajar kita bagaimana untuk menjadikan kerja yang berat boleh
disimplekan. Berfikir untuk memudahkan sesuatu kerja.
8. Perkara paling Mewah yang pernah anda lalui
setiap minggu boleh pergi holiday.....makan angin kemana sahaja nak
pergi...err dalam negara je, dulu le sekarang dah tak boleh lagi
9. Prinsip hidup
- jangan berbangga diri....ibarat padi semakin tunduk semakin berisi
- jangan pijak orang kalau nak naik keatas...tapi selalunya yg pijak orang ni kebiasannya akan dilihat sebagai orang yang PERFORM....itulah dunia.
- tidak suka membodek....sebabnye yang membodek ni selalunya akan pijak orang lain untuk naik keatas...tak membodek selalunya diketepikan walaupun kerja bagus...itulah dunia.
- perlu ada rukun dalam kehidupan...jangan jadi golongan murtad tanpa disedari.
- sentiasa menyemai semangat patriotik dalam diri...jangan biarkan melayu hilang di telan zaman.Bangsa Jepun dan Korea contohnya, cukup mengambil berat tentang budaya bangsa mereka...mengapa tidak kita?
10. Tempat makan best (ditempat anda) yang dicadangkan patut dicuba
satey station kg pandan kl...sate dan mee rebusnye...marvelous
11. Impian hidup anda
nak jadi jutawan...he he
Harap mymekar berpuashati dengan jawapan yang telah diberikan.
penat juga memikir nak cipta logo ni, apakata kalau logo 'wakenatag' ni dijadikan logo tag rasmi blogger...setuju tak...cuma jangan ubah nama file je....