Photobucket

BENARKAH WANITA SUKA BUNGA

posted in at 4:44 PTG

HADIAH BUNGA

BUNGA - Dapat hadiah bunga sempana hari lahir atau ulangtahun, photos:apaajanews


Acapkali itulah yang selalu kita terbaca, kaum wanita memang suka pada bunga, terutama sekali mendapat hadiah bunga, mereka amat menyukainya, malah ada yang meyimpan hadiah bunga tersebut didalam buku..walaupun sudah kering dan layu

bertapa hebatnya nilai hadiah bunga tersebut...apakah yang menyebabkan hadiah bunga itu seolah olah seperti intan permata yang begitu dihargai oleh kaum wanita.

Kaum adam masih tidak dapat merongkai secara mendalam tentang hal ini, namun pada zahirnya mereka mengetahui wanita dan bunga memang tak dapat dipisahkan, namun pemahamannya seolah olah secara zahir namun tidak pada batinnya, rasa ingin tahu terus menerjah untuk terus mendapatkan kepuasan dihati,,,hanya satu cara iaitu mendapat jawapan secara terus dari kaum wanita itu sendiri.

Entry ini sebenarnye ada hubungkait dengan entry wakenatag, yang lepas. Oleh kerana ramai sahabat sahabat blogger penulis dari kaum wanita yang singgah menyinggah di blog ini...maka penulis ingin memohon kepada mereka supaya dapat memperjelaskannya dari dalam hati ,tentang fenomena ini, semoga kaum adam dapat memahaminya dengan jelas, sila kupaskan pendapat anda.

Kepada rakan-rakan blogger lelaki, kita lihat apa jawapan ikhlas dari pada mereka yang terpilih ini, semoga dapat dijadikn panduan.

Persoalannya:
1. Apakah perasaan anda terhadap sidia apabila menerima hadiah bunga?
2. Apakah nikmat yang dirasai apabila dihadiahkan bunga?
3. Adakah dengan mendapat hadiah bunga, akan melenyapkan kemarahan terhadap sidia yang anda sayangi?
4. Sebagai seorang wanita, mengapa anda suka mendapat hadiah bunga?
5. Adakah hadiah bunga akan menambahkan lagi kasih sayang anda terhadap sidia,?
6. Adakah anda menyimpan bunga yang telah dihadiahkan kepada anda, berapa lama ianya disimpan?
7. Waktu dan ketika apakah yang anda rasa BEGITU mendambakan untuk dihadiahkan bunga, kepada anda?
8. Adakah anda dapat merasakan bahawa hadiah bunga yang diberikan merupakan tanda kasih sayang yang ihklas? 

Soalan ini ditujukan khas buat insan blogger terpilih dibawah, sila jawab dengan ikhlas ye, semoga sudi menjawabnya dalam entry terbaru anda semua

  • Syamila        http://syamilamohd.com/  
  • Lizarazak      http://www.lizarazak.com/

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share