BAGAIMANA PENGALAMAN KERJA DIPEROLEHI
Bagaimana pengalaman kerja diperolehi, acapkali bila mula-mula kita memohon pekerjaan, kerapkali juga kita menemui kriteria yang diperlukan untuk memenuhi kelayakan jawatan yang dipohon iaitu, 'berpengalaman 3 tahun didalam bidang yang berkaitan.' Pengalaman sebenarnya tidak akan kita perolehi semasa pembelajaran di alam persekolahan dan subjek pengalaman juga tidak didalam silabus buku teks, sebab itulah kita selalu mendengar orang berkata, 'pergilah kerja cari pengalaman'. Bagaimana susurgalur dan liku-liku sebelum kita memperolehi pengalaman, berikut serba sedikit perjalanannya:
'Hardwork' sesuatu yang pernah kita dengari apabila kita mula bekerja, 'hai, kerja kuat nampak' , itulah contohnya, apabila pada peringkat permulaan pekerjaan kita masih belum cekap dalam pekerjaan tersebut dan kita hanya berpandukan step-step asas bidang yang kita ceburi itu, kadangkala kita agak keliru dan tidak dapat untuk membuat keputusan apabila kerja kita itu berubah situasi dan lokasinya dan setiap hari kita berusaha untuk memahami kaedah untuk menguasai bidang kerja kita itu. Dari sinilah pelajaran pengalaman itu bermula apabila kita mula belajar bagaimana untuk: ( gain experience)
- mengadaptasi tugas/kerja dalam pelbagai situasi,lokasi dan masa.
( problem solving)
- mempermudahkan lagi kerjanya
- mengurangkan masa yang dambil untuk menyiapkan sesuatu kerja.
hardwork+ problem solving = experience,
experience+ reduce time/workload = worksmart
Kesimpulan:
Bekerja tanpa berfikir, tidak akan menghasilkan pengalaman, tanpa pengalaman tiada kaedah 'worksmart' akan terhasil Pengalaman amat penting didalam menjimatkan masa dan kos. Oleh kerana itulah pengalaman pekerjaan didalam sesuatu bidang itu amat penting.
Tag: | pengalaman | kerja | umrah | apaajanews |