Photobucket

JUARA PILIH KASIH - MUSIM KEDUA

posted in at 12:29 PTG

Siapakah bakal juaranya. Penulis bukanlah peminat tetap rancangan PILIH KASIH - Rosham Nor, cuma sejak beberapa minggu ini penulis berpeluang menonton rancangan tersebut, dari pemerhatian penulis penuntut-penuntut di akademi pilih kasih musim kedua ini semakin bagus mutu lakonan mereka, agak sia-sia sekiranya bakat mereka ini dipersia-siakan setelah tamat rancangan Pilih Kasih muism kedua ini.

juara pilih kasih
jay- sememangnya berbakat


Namun undian Sms PKUNDI ini, kadangkala boleh menghapuskan seseorang yang benar-benar berbakat, jika kuantiti sms diambil kira dan rasanya perkara ini sudah tentu dapat dirasai oleh Rosham Noor sendiri.

Kali ini bedasarkan apa yang telah penulis tonton dan inilah pendapat penulis, siapakah juara Pilih Kasih, sekiranya undian sms tidak diambil kira, cuma yang penulis muktamadkan hanya dari segi bakat. Jay Iswazir juara pilih kasih musim kedua. 

Tahap mutu lakonannya semakin menyerlah dari hari ke hari...inilah yang boleh penulis nyatakan dan oleh kerana itulah penulis memilih Jay Iswazir sebagai pemenangnya. Namun bagi finalis yang tidak terpilih sebagai juara janganlah kecewa, kerana anda semuanya berbakat jangan dipersia-siakan bakat yang telah mula digilap menjadi pudar.

Tak lupa diucapkan tahniah kepada Rosham Nor atas inisiatifnya menerbitkan rancangan seperti ini, bukan setakat berjaya mendidik ilmu lakonan malah berjaya melahirkan pelapis-pelapis muda pelakon tanah air.

Tag: | juara pilih kasih | pkundi | milik siapa | jay iswazir juara pilih kasih musim kedua | apaajanews |   

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share