Photobucket

NAK PONTENG SEKOLAH YE

posted in at 10:23 PTG

PONTENG_SEKOLAH

jangan ponteng sekolah ye anak-anak - photos:apaajanews using samsung mini galaxy

Cerita dongeng sikit pada hari ini...sebuah kisah lawak, bagi teman cerita ni lawak la kan, tak tahu la pulak pada blogger semua, begini kisahnye. Pada suatu hari di zaman yang serba moden yang dipenuhi dengan pelbagai gajet, terdapat seorang penuntut sekolah rendah yang begitu malas untuk ke sekolah pada hari tersebut...maka diapun berfikir apakah alasan untuk membolehkannya ponteng sekolah, apa yang perlu dicakapkan pada gurunya. 

Setelah agak lama berfikir...yang mana tidaklah sepurnama lamanya...maka diapun mendapat ilham...ermmm  ...seperti kepuasan yang lahir dari dalam dirinya kerana rasanya ilham tersebut boleh memperdayakan gurunya.

Maka selepas beberapa detik kemudian..Bungapun mengangkat telefon bimbitnya...dan mendail nombor telefon guru kelasnya...arakian setelah beberapa saat kemudian terdengarlah Chorus lagu yang keluar dari telefon gurunya...sebuah lagu yang sememangnya menjadi kegemaran gurunya dan amat sinonim dengan status gurunya ketika itu, yang sedang dilamun alam percintaan antara chorus lagu tersebut berbunyi seperti berikut....


Kasih, kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu
Ke mana pun langkahku pergi


kemudian terdengar suara gurunya menjawab panggilan, perbualannya seperti berikut:

Guru: helo cikgu Romlah disini

Bunga: betulkah ini guru kelas 6 Halia, cikgu Romlah

Guru: ye, memang betul

Bunga: maaflah cikgu Bunga tak dapat hadir ke kelas hari ini,,,kerana kurang sihat

Guru: oh ye ke,,, tak apelah kalau begitu

Guru: err...boleh saya tahu siapa yang bercakap?

Bunga: emak saya.

Kepada pembaca sekelain , berjayakah Bunga menipu gurunya...anda sekalian menjadi pengundinya. Demikianlah sebuah kisah dongeng yang dapat dipersembahkan kepada rakyat-rakyat blogger sekalian, semoga terhibur hendaknya. Kisah dan nama di dalam cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati. Ianya hanya sebuah penceritaan, Seribu kemaafan dipinta sekiranya ada hati yang terguris.

Masing-masing sibuk memerah otak untuk menulis entry...apakata kala sesekali dapat membaca entry lawak sebegini, ya bisa bikin ceria dong...tak gitu.

psstt: lagu tersebut sempena ucapan tahniah kepada blogger-blogger hawa yang telahpun mendapat hadiah bunga sempena ulangtahun daripada hubby masing-masing, semoga anda semua berbahagia.

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share