PENAMBAHAN SU30MKM UNTUK TUDM?

PENAMBAHAN SU30MKM UNTUK TUDM?

posted in at 1:28 PG

BUY SU30MKM-BRAHMOS

Su30-MKM - penambahan baru bakal melengkapkan lagi tahap kesedian TUDM, dalam memantau ruang udara negara

Menurut sumber yang dipetik dari RIA Novosti, Kementerian Pertahanan bercadang untuk menambah kekuatan skuadron Su30-MKM yang kini bejumlah 18buah pesawat, pertambahan dijangka sebanyak 18buah lagi pesawat pejuang tersebut bakal menjadikan jumlah keseluruhan menjadi 36 buah kesemuanya.

TUDM juga bercadang memperlengkapkan persenjataan peluru berpandu cruise dari jenis BrahMos yang dikeluarkan secara usahasama antara negara India dan Rusia, untuk digunakan oleh pesawat pejuang Su30-MKM.

Nama BrahMos adalah singkatan gabungan nama dua sungai dari 2 buah negara iaitu sungai Brahmaputra di India dan sungai Moskva diRusia. 



Seandainya ia menjadi kenyataan, TUDM pasti dapat beroperasi dengan lebih efektif, dalam tugas yang telah diamanahkan kepadanya untuk menjaga ruang udara negara, disamping dapat menarik nafas lega diatas kekangan aset udara yang dihadapinya sebelum ini. Walaubagaimanapun keperluan terhadap lain-lain aset udara dalam iventori  TUDM  yang masih belum dipertingkat dan diperbaharui diharap tidak akan dibiarkan begitu sahaja.

Su30-MKM | Su30-MKi | BrahMos Missile | TUDM |  NextGen | Supersonic | Mach 2.8 | MMRCA | Jet Pejuang | Menteri Pertahanan | Zahid Hamidi | Malaysia |

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

Comments (31)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
aku sangat setuju dengan penambahan sukhoi, sangat setuju
1 reply · active 699 weeks ago
apaajanews's avatar

apaajanews · 699 weeks ago

cepat betul enkau bau berita ni ye, anyway akupun setuju memandangkan pesawat sedia ada masih belum mencukupi untuk diagihkan memantau ruang udara negara secara efektif
mmg bagus pn amek yg baru2 ni tp yg lme tu nk watpe???nk upgrade pn cm ssh je sbb dh tak mmpu kejar new tech.jual besi buruk la aircraft lme2 tu.hahaha
1 reply · active 699 weeks ago
mig29 kalau nak scrap macam tu je...sayang juga sebab dia masih efektif...cadangan penulis adalah lebih baik saki baki pesawat tersebut dijadikan unit aggressor untuk tujuan latihan
wah.. dah mantap dah malaysia kan?
1 reply · active 698 weeks ago
ambik berat juga madam ye....bagus tu
cruise missile BrahMos, komen mamat dlm video tu - best in the world. bagus menambah kekuatan tentera M'sia, juga lebih menarik minat anak muda utl jadi tentera udara/laut bila ada peralatan terkini.
1 reply · active 699 weeks ago
memang betul aset aset baru tudm dan ATM secara keseluruhannya ..mampu menjentik keterujaan anak muda untuk menyertai pasukan ini.
Kapa terbang tempur dari menguatkan tentera udara kita maklumlah jiran kita mendapat sokongan padu dari Amerika berbanding kita dari segi pembelian senjata.
1 reply · active 698 weeks ago
penambahan adalah perlu...apa yang ada sekarang masih tak mencukupi untuk mencakupi segenap ruang udara negara
bagus untuk pertahanan negara kita...semoga ATM lebih kukuh
Saya percaya berita ini tidak lebih daripada khabar angin. Sebelum ini pun, Ria Novosti dah laporkan beberapa kali mengatakan bahawa konon-kononnya Malaysia berminat nak tambah satu skuadron Su-30. Saya rasa peluangnya sangat tipis. Sebabnya TUDM tidak gemar bergantung kepada satu pihak pengeluar. Jika kita tambah lagi 1 skuadron Su-30, maka keseluruhannya kita akan ada pesawat pejuang dari Russia dan F-18 dari AS. Jika F-18 ditamatkan perkhidmatan contohnya lagi 10-15 tahun, maka kita terpaksa bergantung kepada Russia semata-mata. Pada masa itu kita tidak akan ada pilihan dari Barat. Jet-jet pejuang generasi ke-4+ yang ditawarkan di pasaran sudah hampir mencapai potensi optimum. Contohnya Saab tidak keluarkan lagi upgrade untuk Gripen selepas 2025. Pengeluar-pengeluar lain seperti AS, British dan Perancis akan beralih kepada JSF-35.

Dengan erti kata lain, kita perlu beralih kepada jet generasi ke-5. Masalahnya ialah kesemua pengeluar dari Barat kecuali Sweden bertumpu kepada JSF-35 dan Saab tidak ada rancangan terdekat untuk membina pejuang generasi ke-5. Jika kita hendak membeli JSF-35 sebagai pengganti F-18 nanti, sudah tentu kita kena beratur panjang kerana pengeluar sudah ada komitmen dengan negara-negara pelabur program JSF (Singapura adalah salah satu diantara mereka).

Hal ini bermakna jika kita tidak membeli jet dari negara Barat kali ini, kita mungkin terpaksa menunggu sehingga 2035-2040 untuk mendapatkan jet pejuang dari negara Barat. Kemungkinan F-18 TUDM akan ditamatkan pada 2020-2030. Selepas itu, Russia akan menjadi negara pengeluar tunggal untuk TUDM. Senario ini yang TUDM cuba elakkan, iaitu bergantung kepada satu sumber sahaja. Oleh itu, saya rasa TUDM tidak akan tambah satu lagi skuadron Su-30.
1 reply · active 698 weeks ago
menurut jurucakap menteri pertahanan baru baru ini juga telah mengesahkan bahawa ianya sekadar khabar angin, apapun pilihan 18sukhoi yang kita ada sekarang masih tak mencukupi untuk mencakupi.
Untuk makluman, TUDM memerlukan sekurang-kurangnya 7 skuadron lengkap jet pejuang. Sekarang kita cuma ada 2 (Jika diandaikan falsafah TUDM iaitu 1 skuadron lengkap=18 jet). Sudah tentu jumlah Su-30 sedia ada tidak mencukupi. Saya pada dasarnya berpuas hati dengan Su-30, tetapi seperti yang saya nyatakan, sesetengah 'bos' TUDM tidak berminat dengan tambahan Su-30 atas sebab yang telah saya nyatakan. Secara peribadi saya rasa lebih baik kita jual F-18D sedia ada kepada Boeing dan beli 18 jet F-18F baru. Dulu Boeing pernah tawarkan pakej ini, tetapi saya tidak pasti sama ada Boeing masih berminat untuk membeli F-18 kita sekarang.
2 replies · active 697 weeks ago
pada hemat saya bukan kita tak mahu ,mungkin pakej yang kita kehendaki...tidak dapat dipenuhi, itu yang menyebabkan ianya menjadi ...tersangkut ditengah jalan...antaranya seperti AIM-120C-7 latest version, itu baru kira bab AMRAAM tak kira lagi lain lain persenjataan, yang kita ada dapat cuma AIM-120C-5, lack of weapon yang sepatutnya boleh dibawa oleh pesawat ini dengan kecanggihan sistem avionik dan sensor yang ada padanya...hanya menjadikan pesawat ini sama seperti skyhawk...sekiranya kita tak mendapat pakej persenjataan yang lengkap.
haa...sbub uh malaysia akan bli pesawat typhoon dri eropah...pesawat generasi 4.5 ni lagi baek dri f-16 singapore...maybe dieorg bli 18-36 buah.....
pada saya,adalah menjadi satu kerugian sekiranya kita menjual F/A18D Hornet pada masa kini,mungkin sesetengah orang tidak mengetahui rahsia sebenar yang ada pada Hornet & Mig29N.Senat US adalah paling gembira sekiranya mereka dapat membeli kembali Hornet D.Mig cuma masalah dari segi kos minyak adalah punca segalanya...tapi yang lain adalah mangagumkan!Mungkin saudara diatas tidak mangetahui kejadian sebenar yang menimpa F-16 dari S'land dimana pesawat tersebut telah diekori oleh mig29-n sehinga telah di"Lock" dan sekiranya F-16 S'land tak mengalah mungkin peluru yang dipasang pada Mig-29n jenis #$%&*@$^ akan menjadi mimpi ngeri pada S'land...ini hanyalah sebahagian cerita benar dan tidak diwar-warkan oleh kementerian atas sebab2 tertentu.
4 replies · active 696 weeks ago
apaajanews's avatar

apaajanews · 696 weeks ago

kisah tersebut memang pernah saya baca..f-16 with SEAD mission, rasanya daripada hornet 'D' lah, maka terhasilnya super hornet E/F sekarang
Saya juga rasa jalan terbaik adalah membeli F-18D daripada AS. Tetapi kita harus sedar F-18D tidak lagi dijual oleh Boeing kerana mereka telah beralih kepada F-18F/D. Pesawat F-18C/D milik AS adalah tidak banyak, dan pesawat yang ada pula masih digunakan oleh tentera AS. Jika mereka berminat untuk menjual F-18D, saya sokong habis-habisan kita membelinya, tetapi saya tidak rasa mereka berminat untuk menjual pesawat mereka. Oleh itu, jalan alternatifnya adalah menggantikan pesawat F-18D kita dengan pesawat F-18E/F, sama ada yang baru keluar daripada kilang (iaitu dengan radar AESA) atau pesawat F-18E/F generasi awal (yang tiada radar AESA) milik tentera AS. Bagi saya, cara ini lebih menguntungkan daripada sudut kos perolehan, kos operasi dan logistik, latihan dll. Saya kurang setuju jika kita hendak mengoperasikan jet pejuang lebih daripada 2 jenis, melainkan Perancis (Rafale), Sweden (Gripen), dan British (Eurofighter) berminat untuk 'trade-in' pesawat Mig-29 atau F-18 kita, maka F-18E/F adalah lebih sesuai.
Silap taip F-18F/D. Pembetulan F-18E/F
apaajanews's avatar

apaajanews · 696 weeks ago

salam old timer, nampaknya fa18d kekal, kerana offer upgrade telahpun dibuat disahkan, pendapat saya biar mig 29n remain walaupun ia dipencenkan, lebih baik letakkan kategori pencen itu sebagai sqn 'agressor' top gun untuk latihan,
Saya awal-awal lagi memang dah jangkakan F-18D kita tidak akan dijual dan kemungkinan besar Eurofighter akan menang. Apa yang saya tulis adalah sekadar memberikan pendapat peribadi dan sudah tentu TUDM ada pilihan tersendiri. Mana yang baik dijadikan panduan, mana yang silap sama-sama kita betulkan.

Mengenai Mig 29, apa kata kita jual terus dengan Russia. Jual sekarang dan duitnya dipegang Russia dulu. Bila tiba masa untuk membeli T-50 Pak-Fa, harga asal T-50 akan ditolak dengan jumlah duit hasil jualan Mig 29. Lagipun, dah hampir pasti kita akan beli T-50 bagi kategori jet generasi ke-5 selepas 2040. Setakat ini mana ada negara lain yang akan buat pesawat generasi ke-5 kecuali AS, China, Korea dan mungkin Sweden. Pesawat gen-5 daripada Sweden mungkin lambat lagi akan dibina dan mungkin juga akan dibina bersama Korea dan Turki. Pesawat KF-X daripada Korea/Indonesia nanti bukanlah sepenuhnya dalam kategori gen-5, maka TUDM tidak mungkin berminat. Maka yang tinggal adalah Russia dan China. Adakah TUDM akan beli pesawat dari China? Ada kemungkinan, tetapi J-20 mungkin tidak setanding T-50, oleh itu peluangnya sangat tipis. Oleh itu, adalah jelas bahawa T-50 adalah pilihan utama dan saya yakin ada kemungkinan 99% kita akan beli T-50. Jika kita jual sekarang, pembelian T-50 akan menjadi lebih mudah.

Mig-29 hendak dijadikan bahan latihan boleh dilakukan. Ada kebaikannya iaitu masa penerbangan jet Su-30 dan jet MRCA boleh dikurangkan, sekaligus meningkatkan jangka hayat pesawat dan mengurangkan kos penyelenggaraan kedua-dua pesawat ini. Tetapi kita harus ingat, alasan utama untuk memencenkan Mig-29 dan membeli MRCA adalah menurut TUDM kerana kos penyelenggaraannya yang mahal. Saya tidak rasa TUDM akan jilat balik ludah mereka.
2 replies · active 695 weeks ago
tak apa old timer setiap manusia mana ada sempurna,mesti ada membuat kesilapan.tegur menegur lebih baik dari berperang mulut.TUDM dah sediakan planing untuk jangka masa hadapan,cuma tinggal hendak melaksanakan sahaj.cuma apa yang old timer tulis diatas ada yang betulnya cuma kita tak dapat memperincikan sahaja disebabkan ianya bersangkut keselamatan negara.Mig-29N mungkin akan direhatkan seperti mana F-5E cuma untuk seketika sahaja.mungkin menjelang 2020 variasi Mig-29N cuma hanya tinggal kenangan sahaja lebih mudah masuk muzium....
thanks old timer dan tango, harap anda singgah selalu untuk memberi komen dan membuat perbincangan positif disini...kehadiran anda memberi suntikan moral kepada penulis, cuma dalam beberapa hari lagi penulis akan menulis tentang EC725, ada sesuatu yang perlu diperbincangkan...lack of something...based on gambar la, just wait my new entry
Kita boleh mengkaji dan membeli apa sahaja yang sepatutnya .pada masa yang sama kita kena fikirkan hal hal rakyat jelat kita yang masih banyak kais pagi makan pagi yang masih tidak punyai rumah dengan harga rumah murah yang mengalahkan membeli bungalow di era 80an) . Tidak salah kita membeli peralatan perang jika kita benar benar mampu ( tapi tolonglah lengkapkan kehidupan orang yang akan mengendalikan , membayar cukai, menyengara peralatan tersebut) . Sebagai rakyat kita percaya para pemimpin kita bijak menguruskan hal ini cumanaya apa kah pengobannan kita.
1 reply · active 669 weeks ago
apaajanews's avatar

apaajanews · 669 weeks ago

pengorbanan kita adalah perlu menanamkan semangat patriotik tulen dalam diri terutamanya pada anak anak kita
Beli yang kita mampu tetapi bermutu
1 reply · active 669 weeks ago
Kalau begitu, jawapannya cuma satu, iaitu pesawat Gripen NG. Antara pesawat yang termurah untuk dibeli dan pesawat tempur paling murah untuk diselenggara di dunia, dengan kualiti tertinggi bagi pesawat tempur jenis ringan, integrasi persenjataan anti udara paling moden di dunia dengan misil A-Darter, Iris-T, dan Meteor, disertakan sekali dengan diskaun pembelian pesawat Erieye 2000.

Tetapi sayangnya inilah pilihan yang paling tidak disukai oleh TUDM, walaupun daripada sudut ekonomi adalah yang paling rasional untuk dimiliki. Pemenangnya jika keputusan terletak di tangan TUDM pastinya adalah Eurofighter. Ada sebabnya.....
apaajanews's avatar

apaajanews · 669 weeks ago

setuju
su 30 MKM perlu ditambah sekurang-kurang satu squadron, then beli typhoon satu squadron 18 buah..beli rafale ganti hawk letak kt sabah..in case ada pecerobohan...buat kerjasama mcm NGV dgn turki utk keluarkan helikopter TIGER
1 reply · active 639 weeks ago
Cukai pendapatan kena naik sehingga 50 % baru boleh beli agaknya.

Post a new comment

Comments by

share

The last comments for

GOWIND CLASS MENJADI PILIHAN SGPV KEDUA MALAYSIA

jone

Okutandental is a dental clinic that provides various dental services including cosmetic dentistry, ...

February 06, 2023 12:04:55 Jump to

The last comments for

waze aplikasi navigasi android

noisecontrol

Acoustic Panels Solutions Perth...

July 17, 2021 09:05:55 Jump to

The last comments for

MRSS SHIP UNTUK TLDM PART3

Amazing Post! very interesting and useful post........October 12, 2019 01:49:12 Jump to

Great post. Happy to read this post.

June 11, 2019 13:48:06 Jump to

Glad to find this post. Happy to read this post.

December 13, 2018 06:34:54 Jump to