GEMPAK MEDIA, BARANG NAIK DAN PENGGUNA GABRA
Cuba fikir sedikit............pakai otak ....jangan pakai kepala lutut.
Acapkali, bila menjelma tahun baru kita akan digemparkan oleh kenaikan ataupun kemungkinan harga barangan akan naik, soksek-soksek berita sebegini yang menjalar dan menjadi bualan para pengguna akan merebak dengan cepat...walaupun kemungkinan harga barangan naik belum lagi ...pasti.
Namun apabila media cetak membuat berita gempak, kekurangan minyak masak dibeberapa tempat, maka bermulalah pengguna 'GABRA' ni mula keluar membeli seberapa banyak yang boleh minyak masak, kononnya untuk mengelakkan dari rugi jika dibeli selepas harga minyak tersebut naik, ....al maklumlah 'pengguna bijaklah katakan.
Bijak amendenya, bagi penulis pengguna sebegini hanyalah tak lebih dari pengguna 'gabra' atau 'GELABAH BIAWAK' tak tentu pasal. Begitu mudahnya pengguna di Malaysia ini ditipu, akhirnya yang tak ada niat nak sorok minyakpun, akan menyorokkan minyak untuk mendapat keuntungan berlipat kali ganda...dengan andaian bahwa barangan akan naik, yang sememangnya kaki sorok.....tentulah awal-awal dah sorokkan. Persoalannya siapa yang untung?
Kata seorang pengguna, 'saya untung sebab saya dah beli stok minyak banyak-banyak sebelum harga dijangka naik'. Untung jangka pendek, macam saham kot.....ha ha ha, gelak penulis dalam hati. Terkenangkan ketika berita tersebar, penulis ketika itu sempat menjeguk stok minyak didapur penulis yang kebiasaannya satu botol 1.5 kg je, itupun dah tinggal setengah botol je isinya, ade aku kesah.
Sikap 'GELABAH BIAWAK' inilah yang menyebabkan tukang - tukang sorok ini amat gemar untuk memanipulasikan keadaan untuk mengaut untung, antara masa yang terbaik untuk memulakan upacara ini ialah bermulanya tahun baru dan ditambah dengan sikap gelabah yang tak pernah hilang inilah, acara gempak ini akan terus diadakan pada setiap tahun...memandangkan sambutan yang begitu hangat dan keuntungan yang berlipatkali ganda dapat dijanakan.
Jadinya lain kali bila dengar atau terbaca berita barangan harga konsumer akan naik, just cakap 'ADA AKU KESAH'. Bila pengguna buat tak kisah, beli barangan seperti biasa sekadar keperluan, maka acara gempak ini tidaklah akan diadakan lagi pada masa mendatang, sebab tak dapat sambutan...samalah dengan tak ada untung. Jadi bila tak untung tak adalah penganjur nak buat event tersebut.
Media cetak juga jangalah terlalu ghairah, menyiarkan berita 'gempak' sebegini, yang nyatanya akan merugikan pengguna....takkan tak tahu kot atau tahu tapi nak keluarkan juga.
Kalau kita melalui highway...sepanjang jalan kita boleh lihat ladang kelapa sawit sayup mata memandang, takkanlah minyak masak boleh habis kat Malaysia ni.
Hasil tulisan - apaajanews
barangan konsumer | harga minyak masak | harga minya naik | harga minyak petrol | minyak diesel | ron97 | ron95 | apaajanews |