Photobucket

C-130 TUDM ke Yogyakarta, Solo

posted in , at 2:22 PTG

C-130 TUDM berlepas ke Yogyakarta, Solo insiden letusan gunung Merapi:

KUALA LUMPUR, 7 Nov — Dua pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berlepas ke Yogyakarta, Solo, Indonesia dari Pangkalan TUDM Subang dekat sini hari ini, bagi membawa pulang 664 rakyat Malaysia yang terkandas di provinsi republik itu berikutan kejadian letusan Gunung Merapi.
Pengarah Malaysian Education Department di Indonesia Datuk Dr Junaidy Abu Bakar berkata pesawat berkenaan sepatutnya berlepas ke Solo semalam, namun disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu serta tidak mendapat kebenaran dari Lapangan Terbang Solo, ia ditangguhkan ke hari ini.
Bagi misi hari ini, hanya 240 orang akan dibawa pulang dan dijangka tiba di Pangkalan TUDM Subang kira-kira 5 petang memandangkan setiap pesawat C-130 itu hanya dapat memuatkan seramai 120 orang dalam satu-satu masa.
“Selebihnya akan dibawa pulang esok,” katanya ketika ditemui di Pangkalan TUDM Subang sebelum berlepas dengan pesawat itu hari ini. Junaidi turut meminta ibu bapa pelajar terbabit yang terlibat agar tidak terlalu risau kerana keadaan anak mereka selamat.
“Di sana kita telah menempatkan anak mereka di hotel dan asrama jadi anak mereka berada dalam keadaan selamat, jadi ia berbeza dengan keadaan kita semasa di Padang dahulu,” katanya.
petikan dari — Bernama

Semoga semua pelajar selamat kembali dengan selamat, dan jangan lupa jasa dan ucapan terima kasih pada TUDM, tanpa mereka sudah tentu anda semua akan mengalami kesukaran untuk pulang katanah air. Kadang kala dalam keadaan begini bila dah selamat sampai ketanah air, kita lupa untuk mengucapkan terima kasih, dan lupa jasa TUDM, walaupun mereka tidak pernah meminta pujian, semuanya dilakukan kerana negara tercinta.

Kesimpulannya
Janganlah kita anggap setiap kali perbelanjaan memodenkan TUDM ataupun lain-lain cabang ATM sebagai suatu pembaziran.

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share