Mengapa Orang Bukan Islam Maju dan Orang Islam Tidak Maju
rumpun buluh
Mengapa orang bukan islam maju dan org islam tidak maju itulah yang penulis terbaca disaat berlegar-legar di ruang udara alam maya yang dinamakan internet....huh penulis tersenyum sendirian bila membaca tajuk tersebut...kadang-kadang rasanya bagai nak termuntah apabila terlalu acapkali orang mempersoalkannya..padahal jawabannya amat mudah dan pendek sahaja...untuk merumuskan segala persoalan yang tak pernah habis-habis dipersoalkan.
MAJU dan MUNDUR....
Sebab apa mereka maju...sebabnya mereka bersatupadu...sebab apa kita mundur...sebabnya kita tak bersatupadu. Mereka bukan setakat bersatupadu dalam satu kumpulan malah juga bersatu didalam bidang-bidang lain yang strategik seperti sains dan teknologi....bersatukan otak untuk memecahkan kebuntuan teknologi menjadikan mereka maju didalam bidang tersebut, dek majunya ilmu teknologi inilah mereka berjaya mencipta pelbagai produk-produk mutakhir ...terutamanya didalam bidang pertahanan. Melalui kekuatan pertahanan dan penguasaan teknologi...mereka tak perlu bergantung pada pihak lain.. Itulah yang menjadikan mereka berkuasa dan kuat dan bertambah kuat apabila mereka bergabung membentuk satu pasukan.
Adakah kita bersatu....aku tertawa sendirian lagi...contoh bersatunya kita...paling dekat contohnya ialah di forum TOPIX....buat satu tajuk provok thread ...dan sipembuat tajuk itulah yang menghentam didalamnya...dengan meninggalkan 2 atau 3 jawapan yang membakar didalamnya.
ibarat menyimbah minyak ...menantikan api
Majukah kita bersikap demikian ...sedangkan kita dikatakan serumpun. Perangkap yang kita pasangkan sendiri hanya perlu diusik sedikit sahaja untuk memporak-perandakan semuanya. Musuh yang ingin memecah-belahkan kita tersenyum...tanpa perlu bekerja keras...kerana kita sendiri telah menyediakan bahan idea untuk menggagalkan kita dari bersatupadu dan kemudiannya kita saling mula bercakaran sesama sendiri dek tohmahan yang kita sendiri ciptakan.
Mungkin itulah kemajuan teknologi namanya, yang dikejar oleh kita yang dikatakan serumpun.
blogging | malaysia | personal | apaajanews