BERHATI HATI BILA BUKA EMAIL ANDA | BANK SECURITY FRAUD
Penipuan didalam email anda, berhati- hati sebelum KLIK link dalam email anda, jangan klik sembarangan lihat terlebih dahulu dengan teliti terutama pada tajuk seperti gambar diatas. Bagaimana nak pastikan ianya penipuan di sini penulis berikan panduannya.
Contoh email ini menggunakan nama AMBANK kalau dibaca dari atas sehingga ke bawah kita tentu percaya bulat-bulat ianya dihantar oleh Bank AMBANK dan ada link bewarna MERAH untuk anda klik kononnya melalui link tersebut akan menghubungkan anda secara online, untuk anda membuat semakan dan update pada akaun anda.
Sekiranya kita panik, setelah membaca email tersebut...sudah tentulah kita akan buka untuk buat semakan akaun kita ...manalah tahu duit dah hilang...betul tak....INILAH SELALUNYA YANG TERKENA...DAN AKHIRNYA TIPAH TELAH TERTIPU.
Untuk memastikannya lihat pada gambar dibawah
Gunakankan mouse anda dan point pada link yang bewarna merah tadi, tapi jangan klik, setelah anda pointkan mouse pada link tersebut, alt 'text' akan muncul (kotak bewarna kuning ) disitu anda akan lihat link tersebut seperti benar-benar merujuk kepada URL bank Ambank, tapi itu hanyalah ayat sahaja bukan link sebenar.
Link sebenar adalah dibawah pada status bar anda dibawah...disitulah FRAUD LINK yang akan menipu anda. Jadi sekiranya anda dapati 2 url yang berlainan seperti ini, sahlah ianya FRAUD, JUST DELETE email tersebut.
Email ini telah penulis dapati berada di dalam inbox penulis...dan ianya telahpun di hapuskan, kepada anda semua ingatlah pesanan penaja ini....berhati-hati sebelum klik bila jumpa sebegini. Alhamdulillah link tersebut telahpun di MARK oleh SKMM.