Photobucket

Ganti MIG29N - Vote Now

posted in at 3:59 PTG

Sekiranya pesawat pejuang MRCA dari Blok Timur – bagi aku MiG 35 tetapi kalau diberi pilihan pesawat dari blok Barat sudah semestinyalah aku pilih RAFALE.

Mengapa aku tidak memilih FA-18E/F, pesawat FA-18D yang telah kita ada sekarang ini sudah memadai untuk membuat tugas-tugas dalam kategori INTERDICTION STRIKE. Apa yang penting HORNET yang ada sekarang hanya perlu ditambah nilainya.

Seandainya MiG29N akan diganti, pesawat pejuang MRCA yang mempunyai kelebihan untuk tugas memintas jarak sederhana patut diutamakan, dimana SU-30MKM adalah untuk tujuan rondaan/pemintasan jarak jauh.

RAFALE adalah pesawat pejuang pelbagai misi/multirole buatan negara Peranchis. Bagi yang kurang memahami istilah MULTIROLE ini secara mudah maksudnya ialah pesawat pejuang yang berkebolehan membuat pelbagai misi serangan samada tugas pemintasan, serangan darat mahupun serangan laut.

Pesawat ini mampu membuat 3 misi dalam sesuatu masa. Tidak seperti dahulu, pesawat untuk serangan darat adalah dari jenis lain dan pesawat untuk pemintasan adalah dari jenis yang lain, kini dengan kemajuan teknologi ke tiga-tiga tugasan ini telah digabungkan kedalam sebuah pesawat.

RAFALE berkelajuan MACH 2.0, antara pesawat pejuang tercanggih masa kini, mempunyai ciri-ciri ‘STEALTH’. Pesawat ini juga mampu untuk diintegrasikan dengan radar jenis AESA dimana teknologi radar ini dipergunakan pada pesawat F22 dan juga F35.


Pesawat JAS GRIPPEN juga tak kurang hebat dari segi teknologinya, Menggunakan enjin versi F404, adalah antara enjin yang digunakan pada pesawat siri FA-18. digabungkan dengan sistem avionik sofistikated. Cuma satu sahaja yang kurang iaitu pesawat ini tidak berenjin kembar, seperti RAFALE,MIG 35 ataupun HORNET.

Ini adalah komen aku semata-mata, sekiranya ada salah dan silap sila beri komen, supaya dapat diperbetulkan terutama dari segi maklumat spesifikasi dan tugasan pesawat.


NAMUN AKU TETAP BANGGA DENGAN KEMAMPUAN MIG29N dan para



lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share