Photobucket

BAGAN PINANG - Pakatan Lost In Bagan Pinang?

posted in at 2:00 PTG

Semuanya Kerana Nak Cuba Masak Kek Guna Acuan Bahulu!

Aku bukan kaki politik, cuma rakyat biasa, aku rasa terpanggil untuk untuk meluahkan pandangan aku akibat dari kemenangan BN di Bagan Pinang. Hmmm memang aku dah jangka BN akan menang. Cuma aku tak rasa kalau kekalahan ini patut dituding jari kepada PAS kerana dia bertanding disitu.

acuan kuih bahulu

Mungkin suatu tamparan HEBAT juga pada parti PKR, walaupun mereka mungkin menggangap ianya perkara kecil. Kecil atau besar parti PKR perlu duduk, teguk air kopi…dan fikirkanlah BAHAWA Ini adalah satu petanda pengundi sudah mula BOSAN.

BOSAN bila apa yang diharapkan sebelum ini dan janji-janji yang di war-warkan masih terawang-awang perlaksanaannya. Seolah-olah tak ada apa-apa perubahan dan faedah yang mereka nampak.

Paling membosankan bila isu ketuanan Melayu diperkotak-katikkan. Konsep Malaysia ala PKR yang tidak menyenangkan orang-orang melayu. Orang melayu takut nanti jadi macam ‘ rumah ada tapi orang punya’.

Takut nanti identiti Melayu itu hilang ditelan waktu…lama kelamaan anak cucu sendiri pun dah tak ambil peduli lagi samada dia sendiri adalah bangsa Melayu, mungkin itu yang dimahukan kot.

Melayu zaman sekarang ini, memang dah moden dan educated, tapi Melayu tetap Melayu,Melayu tak akan membuang identitinya, kerana Melayu telah ada peradabannya sendiri, sejak dari zaman Melaka lagi.

Kalau kita lihat JEPUN atau KOREA contohnya, mereka sangat-sangat menjaga identiti asal mereka, bangga dengan sejarah dan budaya mereka. Begitulah juga orang-orang Melayu, mereka juga tidak mahu lenyap didunia sendiri.

Orang Melayu tidak hanya melihat sokongan kepada sesebuah parti politik hanya dari segi PEMBANGUNAN EKONOMI.

Aku tak rasa parti politik ciri-ciri REPUBLIK akan menang atau mendapat sokongan padu dari orang-orang Melayu, tapi kalau berdasarkan patuh kepada RUKUNEGARA insyaallah akan menang besar pada pilihanraya UMUM akan datang.

Mungkin ada perkara yang menyentuh perasaan orang-orang melayu takkala ini, menyebabkan SOKONGAN TERHADAP PKR MERUDUM, walaupun tak nampak, tapi BAGAN PINANG sudah diberikan sahamnya.

Isu yang menyentuh HAK KETUANAN MELAYU, hendaklah di tangani dengan rapi, kalau perkara ini diambil mudah, aku tak hairan kalau the next pilihanraya umum PKR akan tumbang besar- besaran.

HANG TUAH pernah berkata , TAK MELAYU HILANG DI DUNIA, ya mungkin ada yang kata mitos, terpulang, tapi itulah kenyataannya, tapi kalau ada yang cuba untuk menghilangkan identiti Melayu, jangan haraplah nak buka parti politik, bazir masa dan duit, tak akan ada Melayu yang nak undi nanti.

KESIMPULANNYA
Jangan masak KEK guna acuan BAHULU.

Bagan Pinang part2

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share